01 November 2010

Bila tension menguasai diri

Entry kali ini aku menulis dengan keadaan diri aku yang tidak sihat. Pagi tadi, selepas aku bangun daripada tidur, terasa pinggang dan perutku sakit sangat. Selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku berbaring untuk meredakan kesakitan pinggangku. Entah kenapa pinggangku terasa begitu sakit. Mungkin kesan daripada duduk yang begitu lama. Semasa aku berbaring, tanpa disedari aku terlelap. Tidak dapat menulis entry seperti kebiasaan.

Selepas itu, aku terus pergi ke kelas dengan keadaan pinggangku yang masih terasa sakit. Hari ini pelajar Jepun ada melawat kolej aku. Tetapi aku tidak dapat menyertai program itu seperti biasa kerana kesibukan membuat SKM.

Selalunya, jika pelajar Jepun datang melawat kolej, aku dan kawan-kawan akan menyertai program ini dengan bermain dan mengajar pelajar-pelajar Jepun bermain kompang. Sewaktu hendak balik ke rumah, tiba-tiba aku dan 2 lagi kawan disuruh oleh Cik Diana mengajar pelajar-pelajar Jepun bermain takraw. Dan aku terkejut apabila melihat pelajar-pelajar yang ingin belajar bermain takraw ialah perempuan. Lengkap dengan memakai uniform sekolah mereka pula. "Tak kan nak ajar diorang dengan pakai skirt cik",kataku kepada Cik Diana. "Tak pe, ajar je. Diorang tak kisah", jawab Cik Diana. Aku dengan serba-salah pun pergi ke sekumpulan pelajar yang sedang menanti seorang jurulatih yang akan mengajar mereka bermain takraw. Lalu aku ajarlah mereka cara-cara bermain takraw. Ish, banyak dosa aku harini. Selepas aku menunaikan amanat daripada Cik Diana di tengah-tengah panas (ish, makin hitamlah aku lepas ni), aku pergi ke Cik Diana dalam keadaan berpeluh. Aku berkata kepada beliau "Haus cik". Beliau menjawab "Tak pe, nanti saye belanja minum". Sebenarnya aku tak mengharapkan apa-apa daripada beliau, tetapi beliau menunaikan kata-katanya dengan membelanja aku dan 2 orang kawan air sirap bandung special dan juge burger sorang satu. Terasa segan pule. Ini kali pertama aku dibelanja oleh seorang lecturer yang berstatus bujang. Aku mengajak beliau duduk minum bersama, tetapi beliau berkata "Tak pe lah. Segan". Maklumlah, kami bertiga lelaki, dan beliau seorang perempuan. Memang wajarlah beliau bersikap demikian. Tambahan pula, beliau merupakan seorang lecturer Iqra' dan menjaga batas-batas pergaulannya.

Selepas balik ke rumah dan tidak lama selepas itu aku keluar berseorangan menuju ke Holiday Plaza atas sedikit urusan. Dalam perjalanan balik, aku telah ditahan dan disaman atas kesalahan yang memang aku lakukan. Ye, memang aku bersalah kerana aku membelok di simpang yang tidak sepatutnya aku belok. Tetapi aku tidak begitu berpuas hati dengan salah seorang anggota polis yang tidak memberi peluang kepada aku membela diri. Argh, tension aku.

Lepas balik ke rumah, aku dan kawan-kawan pergi ke kelas untuk menyiapkan SKM. Terasa sangat tension kerana kerja yang terpaksa dibuat, disaman buat pertama kali dalam hidup dan juga penat yang menguasai diri. Tiba-tiba aku jadi pendiam untuk seketika di kelas.

Selepas selesai semua urusan SKM, aku dan kawan-kawan balik ke rumah. Aku menghubungi wanita yang bertakhta di hatiku selama ini untuk memaklumkan kepadanya tentang berita aku disaman tadi. Selepas beberapa minit, aku meletakkan telefon. Perasaan tension masih menguasai diri. Terasa ingin menjerit sekuat hati. Aku keluar lalu melepaskan tensionku dengan menyepak sekuat hati bola di laman rumah. Selepas beberapa ketika, aku masuk ke rumah lalu membersihkan diri, ambil wuduk, menunaikan solat Asar. Terasa hilang tekanan yang membelenggu tadi. Alhamdulillah, cara ini berjaya mengatasi rasa tensionku.

Lebih kurang pukul 6, aku dan We pergi ke Angsana untuk mengambil laptop ku yang sudah seminggu di sana. Aku tidak kisah, walaupun jika laptopku belum siap, aku akan ambil juga hari ini. Aku tidak boleh bersabar lagi kerana aku memerlukan laptopku untuk membuat banyak kerja yang tertangguh. Dan hasilnya, aku berjaya membawa pulang laptop ku ini walaupun wifi tidak boleh digunakan. Tak pe, aku boleh download drivernye sendiri.

Dari petang selepas balik ke rumah, aku masih menginstall program-program yang aku perlukan. Walaupun keadaan diriku ini masih dibelenggu sakit pinggang yang agak terasa, aku menggagahkan diri untuk menulis entry ini. Tak mengapa, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Masih terlalu banyak kesakitan yang perlu aku tanggungi untuk menghapuskan dosa-dosaku. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan dalam sepanjang aku hidup di dunia ini sama ada sengaja ataupun tidak. Oleh itu, janganlah kita mengeluh jika kita ditimpa ujian-Nya.



p/s jangan tension selalu sebab tak baik untuk kesihatan

8 nasihat:

Ameen Muslim said...

sungguh menakjubkan. aku mampu habiskan pembacaan tentang catatan harian sds. tahniah, penulisan ko memang improve.

back to our real track, ibrah yg kita boleh ambil dari entry kali ni:
(1) sakit2 tu kafarah ALLAH utk dosa kita yg lalu.
(2) sakit2 tu jgk buktinya manusia ni byk kelemahan, dan hanya ALLAH yg Maha Perkasa.
(3) elakkan drpd memandang wanita (yg berskirt) yg mmbuka aurat.
(4)err... ko buat la sendiri. kih3x..

p/s: aik? rajin pulak aku (yg pemalas ni) buatkan ibrah entry org lain. ajaib!

SHM said...

ameen : erk? improve?
1. ye, btul tu
2. pun btul gak.terlalu banyak kelemahan
3. mmg niat nak mengelak, tp atas sbb2 tertntu, x dpt
4. pe bende yg wt sndri? ^_^

p/s mungkin ko lbh ske mmbce drpd mnulis

Ckin Kembaq said...

setiap yg berlaku tu ada hikmahnya...
Jgn lepas gram ke tmpt yg slh ok..

p/s : gaya penulisan macam diari la..n_n keep writing..

SHM said...

ckin : betul tu...klu lps grm ke tmpt yg salah, mkn menjadi masalah. ye dak?

p/s erk, cam diari ea? ^_^

Ameen Muslim said...

tukaq u-turn jadi u-turn diaries. ngehehe...

SHM said...

ameen : sbnrnya dlu mmg nk tls psl diri sndri jek...

Ckin Kembaq said...

Kena campur2 la..v^_^v baru meriah blog..

p/s : Camni pun dak ok la.. =)

SHM said...

ckin : ya? thanks for that comment..but sy mnulis ikut mood...klu tulisan nmpk lain, mood tgh lain la tu...^_^

Post a Comment