01 February 2011

Ujian yang datang

Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku menanam impian, akhirnya telah tercapai jua. Sekarang, masanya untuk menjaga impian yang telah dibina sekian lama dengan baik, gunakan dengan cara yang betul dan tidak terpesong daripada landasan agama.

Pada waktu ini, musim tengkujuh sedang berlaku Johor. Dan kampung halamanku tidak terkecuali. Mungkin musim tengkujuh kali ini lebih teruk daripada tahun 2006. Kerana tahun ini, keluargaku turut dipindahkan ke tempat pemindahan banjir. Selalunya, rumahku tidak dinaiki air yang begitu tinggi hingga memaksa  kami sekeluarga pindah. Sekadar berkongsi sedikit gambar yang aku ambil daripada facebook yang menjadi medan pengantara aku dan Segamat secara visual untuk aku memantau keadaan di sana.










Sedikit ujian daripada Allah S.W.T. Kini, berita pelajar Malaysia di Mesir sedang hangat diperkatakan. Teringat juga aku, ada seorang kawan satu sekolah kini sedang belajar di sana dalam jurusan Medic. Entah bagaimana keadaan beliau di sana. Harap-harap beliau berada dalam keadaan yang baik sahaja. Marilah kita semua mendoakan keselamatan saudara-saudara kita yang derada dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji makhluknya melebihi kemampuan mereka.

p/s : Tak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Harap-harap dapatlah sampai ke kampung dengan selamat.

7 nasihat:

Yuni Aisyah said...

dasyatnya banjir..takut..:(

bila ckp psl mesir teringgt kwn2 yg ngh belaja kt sane...risaunya..:(

harap mereka dlm kedaan baik hendaknya..amin..

SHM said...

Yuni Aisyah : dasyat2..
erm, da la rmi pmpn an..berdoalah utk mereka..

sollehahn.com said...

memang banjir kali ni lebih teruk daripada 2006...air naik lagi tinggi..nasib baik tak berlanjutan sampai seminggu...

SHM said...

x sbr nak blk sgmt da nih..mntk2 lps la smpi ke kg..

Kalamhati said...

semoga semuanya selamat..insyaAllah

SHM said...

amin...

RuMaH TuA said...

Tingkatkan iman & amal...

"Mudah - mudahan Allah pelihara"

Post a Comment