24 October 2010

Hikmah di setiap cubaan

Di hujung minggu ini, tak ada satu aktiviti pun yang aku rancangkan. Cuma ingin mengemas bilik yang bersepah dan membuat kerja yang sudah lama terbengkalai. Mencuba untuk mengerah idea untuk subjek design. Sambil-sambil itu melayari internet tanpa tujuan. Tiba-tiba laptopku terpadam. Dan bila dihidupkan kembali...lah,kenapa begini? Laptop aku rosak. Mungkin diserang virus. Tulah, ade Kaspersky ditutup. Mane taknye, bukak Autocad tak boleh, bukak tu tak boleh, ini pun tak boleh. Senang citer, pause protection Kaspersky dan biarkan laptop tiada protection. Dan effectnya begini. Padan muke aku.

Nak tak nak, kene anta gi Yes Support nih. Warranty ade lagi, so gunakan dengan sebaik-baiknya. Tapi, cari-cari tak de pulak warranty card nih. Eh, mase beli dulu ade dapat warranty card ke? Pulak dah. Then, cari resit pun takde! Grr, gi jelah kedai tuh. Da sampai kat sane, Yes Support tak bukak pulak. DANG. Bukan hari Ahad bukak ke? Gi jalan-jalan je lah kat Landmark. Cuci mate. Jumpe bag laptop, berkenan pulak dah. Memang aku nak beli beg laptop sebab yang lame ni da koyak, tapi nanti dululah. Tunggu PC Fair, mane tau murah sket.

Lepas tu balik rumah, then petang gi pasar minggu @ pasar malam @ pasar lambak. Whatever. Bermacam ragam manusia boleh tengok di sane. Tapi untuk mengelakkan diri daripada hanyut keindahan dunia, aku berjalan tanpa mata melilau ke sini-sana untuk mengundang lebih banyak mengumpul dosa. Tetapi apakan daya, diri ini terlalu lemah untuk menghadapi dugaan yang maha besar, kadang-kadang terlihatlah manusia-manusia yang tidak menghiraukan perintah-Nya. Tetapi ada juga aku terlihat sebuah keluarga yang berjalan dengan memakai purdah dan kopiah. Oh, terjumpa juga aku golongan yang sebegini di pasar ini. Moga-moga, mereka semua diberkati Allah S.W.T. Untuk mengelakkan lebih banyak dosa terkumpul di pasar ini, aku tekadkan hati supaya tidak menghiraukan manusia disekeliling ini. Bukan untuk meninggi diri, tetapi untuk peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan sekalian. Dunia sekarang tidak lagi selamat untuk mereka yang benar-benar beriman. Teringat pula satu ayat yang berbunyi "Dunia adalah neraka bagi mereka yang beriman, tetapi syurga buat mereka yang tidak beriman". Sungguh berat cubaan dunia kepada aku rasanya walaupun aku bukanlah dari kalangan orang-orang yang mematuhi semua perintah-Nya. Tetapi aku akan cuba untuk menjadi orang yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini.


Sampai di sini sahaja coretanku kerana aku meminjam laptop SAHABATku walaupun aku tidak mempunyai kesukaan meminjam kepunyaan orang lain. Semoga ada sedikit pengajaran daripada coretanku yang tidak seberapa ini. 

Wallahualam bi sawab...

6 nasihat:

Ckin Kembaq said...

Antivirus untuk laptop guna kaspersky...

'Antivirus' diri nak guna apa yer?

Gunakan sebaiknya utk orotect iman,.,

SHM said...

ckin : erk, antivirus diri? solat?

Murni Alfathunnisa said...

salam kenal...

penting tu...klu off anti-virus ni la akibatnya. lain kali beringat tau...hihi.

SHM said...

siti murni : salam perkenalan...bukan suka sgt nak off antivirus, tp strict
sgt kot kaspersky...nak buka Autocad pun x boleh..

Ckin Kembaq said...

Tu lah antaranya... Antivirus puasa boleh scan virus nafsu..kan? Kalau solat, boleh menjadi firewall dari melakukan bnda2 yang dilarang. Kalau zakat, boleh meneutralkan hati sbb mmbantu org susah. Macam tu la perumpamaannya... n_n

SHM said...

btul2..sebenarnya klu solat kita sempurna, kita tidak akn melakukan maksiat..

Post a Comment