23 October 2010

Jerebu di JB semakin menjadi-jadi

Ketika tempat lain semakin pulih dengan fenomena jerebu, Bandaraya Johor Bahru baru mengalami fenomena ini. Pada mulanya aku tidak perasan dengan fenomena ini kerana tidak mengalaminya di JB, tetapi apabila aku pergi ke kelas pada hari Khamis lepas pada pukul 10.30, baru aku perasan bahawa hari itu berlainan daripada hari-hari lain. Kelihatan hari itu lain daripada yang lain kerana tidak melihat matahari muncul walaupun sudah 10.30. Lebih kurang pukul 12 tengah hari dan aku balik ke rumah, masih sama keadaannya. Tiada kelihatan kelibat sang matahari. Keadaan sekeliling sejuk! Tidak seperti lain-lain hari.

Aku baru perasan fenomena jerebu ini pada hari Khamis walhal fenomena ini aku telah baca di blog orang lain. Hari ini aku ingin berkongsi gambar yang telah ditangkap pada pukul 2, 21 Oktober 2010. 






Fenomena ini boleh menjejaskan orang ramai kerana jerebu boleh menjejaskan kesihatan kita semua. Terdapat beberapa komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asthma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru.

Alhamdulillah kerana setakat ini tidak ada sebarang sebarang effect terhadap diri aku walaupun batuk-batuk. Marilah kita semua berdoa supaya bencana ini segera dihindarkan. Hanya kepada-Nyalah tempat kita meminta pertolongan. 

Wallahualam bi sawab...

4 nasihat:

Wahida Nasution Thakhrim said...

jaga diri okay.. jangan keluar rumah kalau tak ada aktiviti..

SHM said...

jerebu @ x sma je...bkn kluar rumah pon...ahaks

Yuni Aisyah said...

teruk gak jelebu kt johor..mmg kne kurangkan aktiviti luar..

SHM said...

yuni : truk gak r...mmg lepas ni duk rumah jek. klu keluar pon nk g kelas @ makan jek..

Post a Comment