27 October 2010

Sebab bukan blogger yang baik

Selamat pagi. Pagi ini masih sejuk semenjak jerebu hari tu. Masih sejuk seperti di kampung. Jarang-jarang hal ini berlaku di bandar JB nih. Selalunya tak payah pakai selimut pun tak pe, tapi sekarang tak lagi. Dengan kipas yang di depan mata, memang menggigil kalau tak pakai selimut.

Hari ni, aku nak cerita kenapa aku tak boleh jadi blogger yang baik macam korang. Terdapat banyak perkara yang mengekang aku daripada menjadi blogger yang baik cam korang.

1.Tidak mempunyai banyak masa.

Aku tidak mempunyai banyak masa untuk 'masuk' ke sini dan berjalan-jalan menjenguk blog orang lain walaupun update blog hampir setiap hari. Al-maklumlah, aku ni student, banyak komitment lain yang perlu aku ambil berat(ceh, macam la busy sangat).

2. Tidak pandai menulis

Ok, aku admit yang aku memang tak pandai menulis @ bercerita cam korang. Bila aku tulis jek, tak tau apa yang nak disampaikan sebenarnya. Macam entry nih. Then, aku tak pandai nak wat ayat-ayat yang best-best.

3. Tidak rajin membaca

Aku juga tidak rajin membaca entry-entry yang korang tulis. Tak tau kenapa walaupun aku ni sebenarnya minat juga membaca. Tapi depends entry yang korang tulis. Sebab tu tak banyak entry yang aku komen. Sebab aku pun tak tau nak komen ape. Lagi satu, kalau entry yang panjang sangat tu, memang serius aku reject. Membaca kat laptop bukannye senang. Lagi bagus aku bace novel yang 300 halaman lebih.

Erk, sebenarnya banyak lagi sebab-sebab kenapa aku tak boleh menjadi blogger yang baik. Sebab yang utama kat atas sekali tuh. Yelah, untuk menjadi blogger yang baik mestilah rajin gi kat blog orang lain, update blog best-best, tapi aku tak mempunyai banyak masa untuk itu sebenarnya. Aku rasa terlalu banyak untuk berjalan-jalan kat sini, baca entry orang lain, follow blog orang lain and so on. Aku buat blog ni bukan nak suruh semua orang bace blog ni, cuma untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan orang lain semoga ada manfaat disebalik apa yang ditulis. Setakat mengarut-ngarut, buat ape. Buang mase, buat dose. Aku mintak maaf kat korang kalau ada yang terasa. Sampai kat sini je aku tulis sebab da takde idea da nak tulis ape.

Wassalam

5 nasihat:

Kalamhati said...

takpe slow2..ye ke tak pandai menulis?hehe setiap org ada gaya menulis tersndiri kan..=)

selamat blogging ya!

Ckin Kembaq said...

It's okay la.. Utamakan yg utama naa..

Blog ni adalah sampingan kita.. Bukannya keperluan kan?..

SHM said...

kalamhati : menaip pndila..mnulis skit2 kot..ahah

ckin : sebab bukan keperluan la tak rajin nak melawat ke sini selalu...^_^

Ameen Muslim said...

insyaALLAH, dlm kita ber-belog something yg org cakap merapu, kita selitkan dgn pengajaran atau perkara2 yg baik. kerana bukan semua pmbaca mampu mencerap apa yg disampaikan oleh blogger ilmiah. (^^)v

SHM said...

ameen : ya, btul tu...entry yang bagus jika diselitkan dgn pengajaran daripada entry yang merapu...

Post a Comment