22 October 2010

Wangi-wangian kepada wanita

Baru petang tadi aku update blog, malam ni nak update lagi. Hehe, semangat yang berkobar-kobar untuk menulis! Hah. Petang tadi, lepas aku update entry ni, aku terfikir untuk berjoging. Bagus jugak kalau gi joging, da lame gak tak keluarkan peluh ni. Futsal pun da 2 kali skip. Sorry Kep. Hehe.


Then, lepas shutdown laptop, gi ajak sape-sape nak ikut. Tanya sorang-sorang, semua tak nak! DANG. Gi sorang? Fikir 2-3 kali, macam malas lak nak gi sebab sorang jek. Then fikir 2-3 kali lagi, laptop da shutdown. Pastu tak da bende nak wt. Tak bole jadik ni. Aku suntik semangat untuk diri sendiri untuk berjoging sendirian!


Lalu berjoginglah aku di Istana Garden bersendirian. Sorang pun soranglah. Tak mati pun. Then lepas stretching sket, aku memulakan langkah. Ramai gak petang nih. Ade lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, yang pakai seluar pendek, yang pakai seluar panjang, yang pakai tight, yang berjoging, yang berjalan-jalan, yang bawak family, yang datang sorang (cam aku), yang datang berdua, yang bawak awek, Melayu, Cina, India. Senang kata macam-macam ada. 


Semakin lama aku berlari, semakin ramai aku jumpa orang. Dan semakin banyak jugalah dosa aku. Sebab melihat mereka-mereka yang tidak menutup aurat. Kadang-kadang ada juga aku senyum ketika melintasi mereka. Bukan berniat untuk 'melihat' mereka, tetapi hanya untuk melemparkan senyuman. Senyum kan sedekah. Then tiba-tiba aku terlintas satu kumpulan yang terdiri daripada 2 perempuan dan seorang lelaki. Bile lintas jek dengan kumpulan ini, aku terbau haruman yang harum. Ish, gi joging pun pakai wangi-wangi ke?   


Nah, ini dia yang aku ingin sampaikan sebenarnya. Yang tadi baru intro. Hukum memakai wangi-wangian yang dipakai oleh wanita jika memakainya di luar rumah yang terlalu kuat sehingga orang lain boleh menghidunya dengan hanya dia lalu sahaja dihadapan orang ialah HARAMMemakai wangian yang kuat hanya boleh dipakai di rumah sahaja. Dan terdapat hadis yang melarang wanita untuk memakai wangi-wangian.


“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).


Nah. itu dia bukti wanita tidak boleh memakai wangian di luar rumah. Ini kerana bau wangi boleh menarik perhatian orang lain dan orang lain ini tentulah termasuk kaum adam atau lelaki. Dan secara tidak langsung hal ini boleh menggoda kaum adam yang sememangnya tertarik dengan kaum hawa. Dengan ini, dengan secara tidak langsung perkara ini melonjakkan graf kes-kes rogol, mencabul kehormatan dan yang berkaitan. Wanita tidak boleh menyalahkan 100% kepada kaum adam jika anda memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian orang lain.






Sekian, wassalam...

7 nasihat:

Ckin Kembaq said...

Intronya panjang woo...hehe

Mmg pun..kalau gi masjid pakai wangian bg wanita, solat nya tak sah..ada baca dlm buku hukum..dia kena bersihkan wangian tu baru leh solat..

Yuni Aisyah said...

intro yg baik n entry yg baik..=)
sy x suke perfume..hehe

SHM said...

ckin : btul, tp llki x pe kn?
yuni : sbnrnye nak citer pasal joging jek...tp ad manfaat klu kite berkongsi ilmu rite?

Ckin Kembaq said...

lelaki pakai apa pun tak apa..hehe pmpn ni kna menjaga..pmpn kan fitnah bagi lelaki...huhu dugaan utk lelaki tu adalah kuat bila berdepan dgn pmpn...

p/s:kena jga2 la naa.. n_n

SHM said...

ckin : serius, mmg kuat...lg2 yg mnusuk hidung...dari hidung jatuh ke hati...^_^

Ckin Kembaq said...

Haa.. Itu lah payahn ya pakai perfume..Kang da jatuh hati lagi susah kan...

SHM said...

ckin : ye, btul tu...nnti jdi yg bukan2, susah...

Post a Comment