27 March 2011

Sunrise


Dalam entry yang lepas, ada yang berkata, sunset cantik, sunrise lagi cantik sebab tak ramai yang sanggup bangun pagi. Sebenarnya SHM juga ada koleksi sunrise sebab kebiasaannya lepas subuh SHM tak tidur dah. Tak baik tidur lepas subuh (tapi kadang-kadang buat jugak :D) Kali ni SHM nak berkongsi gambar-gambar yang diambil pada waktu pagi. Orang pun pelik tengok SHM. Ramai yang keluar pagi-pagi nak joging, tapi SHM je yang keluar amik gambar.







p/s kabus banyak. sejuk kot ^_^ 

26 March 2011

Sunset hunter 2

Nikmatilah keindahan ciptaan Allah yang Maha Agung ini. Keindahan yang tidak terbanding dengan mana-mana ciptaan manusia.




25 March 2011

Sunset hunter

Mungkin ada yang dah tahu SHM minat dalam fotografi. Tetapi dalam banyak-banyak jenis gambar yang SHM suka , SHM  suka sangat gambar pemandangan. Dan dalam banyak-banyak gambar pemandangan, SHM suka 'tangkap' gambar sunset dan langit. SHM 'addicted' sangat dengan kedua-dua kejadian ni sebab keindahan alam semulajadi ni tak kan ada yang boleh ditandingi. Kejadian yang Allah kurniakan kepada kita semua untuk mengagungkan kuasa-Nya. Jadi, nikmatilah gambar-gambar yang SHM 'tangkap' sendiri.







p/s gambar-gambar ini semuanya daripada saiz asal untuk tidak merendahkan kualitinya.
maaf jika blog ini lambat loading kerana saiz gambar-gambar ini di antara 7-12mb

21 March 2011

3D using 3D Max


Semasa menjalani latihan industri ini, aku banyak belajar benda-benda baru. Memang banyak sangat sebab kat kolej dulu tak belajar benda-benda nih. Sama ada perkara yang berkaitan dengan architecture ataupun tidak.


Antara perkara yang tak berkaitan dengan architecture seperti binding, photostat, print, kemas office dan banyak lagi. Perkara yang berkaitan architecture lak seperti melipat drawing, buat setting-out kat site, buat title block, dan yang terbaru buat 3D menggunakan 3D Max. Software yang dah lama aku nak belajar. Sebelum ni aku dah boleh buat 3D guna sketch-up, tapi sekarang 3D Max pon dah boleh sikit-sikit. Kalau nak diikutkan, 3D Max ni lagi senang nak digunakan. Pastu tak leceh macam sketch-up. Kalau sape-sape yang tau guna tu, mesti cakap 3D Max lagi senang nak guna.


Seperti gambar kat atas, rumah yang dibina oleh aku sendiri tu menggunakan 3D Max. Dan ditambah pokok-pokok dan orang-orang menggunakan Photoshop CS4. Software yang paling penting untuk memanipulasi gambar supaya menjadi lebih real.


p/s : nak cari CS5. sape2 ade?

19 March 2011

Hi, i'm back



Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya tak menulis kat sini. Disebabkan hidup aku dah berubah sekarang ni sejak praktikal, aku dah tak sempat nak menulis dalam blog nih. Cuma menulis dalam buku laporan praktikal aku je tuh.

Hari-hari, aku gi kerja. Pagi, dalam pukul 8.00 aku siap-siap nak gi kerja. Kul 9.00, masuk kerja sampai kul 6.00. Daripada hari Ahad sampailah hari Khamis, rutin harian aku sama jek. Kadag-kadang stay office malam tuh sebab wat kerja yang tertangguh. Ada sehari tuh, aku stay office daripada pukul 8.00 malam sampai la 6.00 petang. Tak tido sebab banyak kerja yang nak submit tengah hari tuh. Dengan tak balik rumah, pakai baju yang sama, aku duk dalam office tuh lebih kurang 22 jam sebab buat 3D.

Then, hari minggu lak, duk rumah takde buat ape-ape. Just online, men game, tengok citer. Nak keluar takde member lak. Kalau ade pon, tak tau nak gi mane. Macam tu lah rutin hidup aku. Rase macam bosan jek. Tapi macam ni lah realiti orang bila ada kerjaya kot. Tapi kadang-kadang tu, lepas balik kerja salin baju, gi main takraw kat depan rumah. Main bola ngan budak-budak kecik sebelah rumah. Temankan kawan sebilik aku ni senam. Rasanya, tak banyak perbezaan dari minggu ni dengan minggu lepas pon.

Hari ni, tiba-tiba tergerak hati aku nak menulis sesuatu kat dalam blog nih. Aku rasa nak 'hidupkan' balik blog nih. Tapi tak janji boleh update setiap hari sebab masa tak mengizinkan aku nak keluarkan idea untuk tulis apa dalam blog nih. Kalau boleh, aku pun tak nak menjadikan blog aku nih tempat untuk menceritakan perihal peribadi aku.

sampai berjumpa lagi dalam entry akan datang.