30 April 2011

"Segmen Aku dan Cinta"

Klik banner untuk join

Cinta. Anugerah Allah kepada manusia. Hadirnya tanpa dipaksa. Bila cinta menjelma, dunia yang kosong terisi tiba-tiba. Cinta membuatkan sang pencinta bahagia. Boleh juga membuatkan sang pencinta menderita. Cinta tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Jika seseorang sedang bercinta, orang lain tidak diendahkannya. Manusia sanggup berkorban demi cinta. Cinta kepada harta, akan habis juga. Cinta kepada manusia, hanya sementara. Cinta sejati hanya pada yang Esa. Cinta itulah yang kekal selama-lamanya.

Cinta SHM, hanya pada ibubapa, keluarga, kawan-kawan, Rasulullah dan Allah s.w.t. Belum ada lagi rasa cinta untuk mana-mana wanita selain keluarga.

SHM nak tag Azra dan Syuxer

28 April 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


Kenapa SHM seorang blogger? SHM seorang blogger kerana telah disarankan oleh seorang sahabat sekolah pada suatu ketika dahulu. Sebab sahabat ni suka tengok gambar yang diambil dan diedit oleh SHM, beliau menyarankan agar gambar-gambar itu dipamerkan di blog.

Sebenarnya, sebelum itu SHM telah pun lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang blogger, tetapi terhenti sekerat jalan. Dan usaha yang dilakukan sekerat jalan itu bersambung semula setelah diberi dorongan oleh sahabat ini yang pada ketika itu sangat-sangat berharap supaya SHM dapat menyediakan satu blog untuk mempamerkan hasil karya-karya SHM.

p/s : tiba-tiba mood untuk menulis karangan tercetus gara-gara tidak mahu entry ini melebihi 100 patah perkataan.

60 blogger dicari


Tengah takde keje ni, tiba-tiba jumpa pulak entry ni. Menarik. Jadi SHM pun joinlah.

Kenapa SHM nak jadi bloglist Bicara Kata Cinta? Sebab SHM nak menambah kenalan dalam dunia maya ini. Lagipun, lebih ramai kenalan, lebih banyak ilmu yang SHM boleh dapat selain SHM boleh berkongsi dengan lebih ramai pembaca apa yang SHM kongsikan.

 

Iblis Berkata Benar Kepada Rasulullah S.A.W

السلام عليكم

Alhamdulillah, design masjid yang SHM kena buat dah siap. Cuma tinggal dikritik aje. Terasa macam nak suruh readers semua kritik, cuma lukisan yang SHM buat dalam bentuk 2D. Takut ramai yang tak faham. Nanti kalau ada masa, SHM tunjuk 3D masjid yang SHM dah design tuh.

Hari ni, SHM nak kongsi dengan artikel yang SHM terjumpa tadi. Tentang soalan Nabi Muhammad S.A.W kepada iblis dan iblis menjawabnya dengan jujur. 




20 soalan Rasulullah S.A.W Kepada Iblis dan dijawab oleh Iblis sebagai peringatan kepada kita semua. Moga kita terlindung dari kejahatan dan tipu daya iblis. kongsikan bersama-sama rakan anda.

Soalan Nabi yang Pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah!Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"

Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"


Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"


Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"


Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"


Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"


Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Inisemua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"


Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"


Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"



Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"



Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab iblis -"Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup"


Semua rahsia dah kita ketahui. Cuma pandai-pandailah diri sendiri nak elak godaan tu macam mana.


Sumber dari sini.

25 April 2011

Masjid tercantik di dunia

Assalamualaikum w.b.t

Mase SHM tengah mencari-cari design masjid untuk dibuat rujukan memandangkan SHM kena design masjid untuk projek terbaru, SHM nak berkongsi dengan para pembaca antara masjid-masjid yang tercantik di dunia menurut pendapat SHM sendiri.

Masjidil Haram, Mekkah


Masjid Nabawi, Madinah


Masjid Zahir, Alor Setar


Masjid As-Syakirin, KLCC


Masjid Sultan Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.








Masjid Sultan Ahmed @ Blue Mosque, Istanbul, Turki.




Masjid Putrajaya


Majid Ubudiah, Kuala Kangsar




Masjid Kristal, Terengganu



Masjid Baiturrahman, Acheh





Masjid Sultan, Singapura




Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam




Dan banyak lagi sebenarnya masjid-masjid yang tercantik di seluruh dunia. Semasa SHM belajar teori dulu, dalam senibina masjid ini patutnya terdapat ciri-ciri seperti 'kesederhanaan' dan 'panggilan'.  

Tapi menurut SHM, masjid-masjid yang dibina sekarang dah takde elemen 'kesederhanaan' yang menjadi sifat agama Islam itu sendiri yang mementingkan kesederhaan. Kesederhanaan di sini bermaksud rekabentuk sesuatu masjid itu sepatutnya tidak berlebih-lebih seperti kubah yang terlalu besar. Minaret yang banyak.

Elemen 'panggilan' pula bermaksud jika seseorang melihat sesebuah masjid itu, dia 'terpanggil' untuk masuk ke dalam sesebuah masjid itu. Maknanya, ramai orang akan tertarik jika sesebuah masjid itu mempunyai rekabentuk yang menarik minat orang untuk masuk ke dalamnya. Elemen ini amat penting supaya masjid-masjid yang dibina bukan untuk menarik orang ramai datang ketika Solat Jumaat sahaja, tetapi solat lima waktu juga. 

p/s pening pikir camne nak design masjid nih..



23 April 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

 
Tengah-tengah takde idea nak tulis ape kt blog ni, jumpe plak entry ni yang menyertai segmen BEN ASHAARI CARI BLOG LAH ! kat blog GERBANG MAYA MELANKOLIA SEGAR. Bagai pucuk ulam mendatang (eh, betul ke nih) SHM pun buat lah entry ni. Senang je kot. Kalau nak tau lebih lanjut segmen ni, boleh klik sini.


SHM buat blog ni atas kehendak diri sendiri. Tapi telah diberi semangat oleh seorang sahabat yang nampak keminatan SHM ni amik gambar, die suruh buat blog dan publish. Tak lame lepas tu, SHM terus buat blog nih.


Sumber inspirasi SHM memang banyak. Yang paling menginspirasi SHM ialah kedua orang tua SHM. SHM ni bukan orang senang. Dulu mase duduk dengan mak ayah, SHM selalu tolong diorang. Kadang-kadang mengeluh jugak, tapi bile fikir-fikir balik, kalau SHM ni penat, camne diorang yang carik rezeki untuk anak-anak. Lagi la penat.


Ok, jap. (kire patah perkataan). Dah lebih 100 patah. Cukup sampai kat sini jek untuk BEN ASHAARI CARI BLOG LAH ! Semoga diterima hantar last-last minit nih.

21 April 2011

Assignment 2 UBM : Sunnah Nabi di dalam Hidup kita

Assalamualaikum w.b.t

Assignment kedua daripada UBM telah pun menjelma dan tarikh penghantarannya pun akan ditutup pada 11.59 malam ini. Assignment ni dihantar agak lambat kepada prof sebab SHM sibuk sikit edit blog nih. Tapi masih boleh diterima kan?

Berbalik kepada tajuk assignment yang SHM nak hantar harini iaitu mengenai sunnah Rasulullah yang ditinggalkan untuk diamalkan dalam hidup kita. Sebelum masuk ke topik yang utama, tahukah anda maksud sunnah?

Sunnah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud "cara" atau "kebiasaan". Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.

1) Memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah. Mungkin ada yang tak tahu cara memotong kuku yang betul. Tetapi sebelum itu, kita perlu tahu hari yang sepatutnya kita memotong kuku.

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk padanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar daripadanya dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk rahmat daripada Allah Ta'ala.

Ini bermakna cuma hari Isnin, Khamis dan Jumaat aje yang seharusnya kita memotong kuku. Hari lain bukan tak boleh potong kuku, cuma tidak digalakkan la.

Cara memotong kuku tangan dimulakan dengan membaca Basmallah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Selepas itu potonglah kuku bermula dengan tangan kanan iaitu jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking. Selepas itu beralih pula tangan sebelah kiri dimulai dengan jari kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari. Akhir sekali barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. (Lihat gambar supaya mudah memahami)

Memotong jari kaki pula hendaklah dimulakan dengan kaki sebelah kanan bermula dari jari kelingking dan berakhir dengan jari kelingking sebelah kiri.

2)  Tidur mengikut sunnah. Cara tidur pun kita digalakkan mengikut sunnah Rasulullah. Di antaranya ialah :

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

3) Menangis kerana takutkan Allah. Rasulullah SAW bersabda: Tujuh golongan yang
dilindungi Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya
iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup dalam suasana beribadat kepada Tuhannya,
orang yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang kekasih yang bertemu
dan berpisah kerana Allah, lelaki yang dirayu oleh wanita berkedudukan dan jelita tetapi
ia menolak dengan berkata: Aku sangat takutkan Allah. Orang yang bersedekah secara
sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkah oleh tangan kanan dan
orang yang berzikir kepada Allah secara perseorangan bersama linangan air matanya.

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Sebenarnya banyak lagi sunnah-sunnah Rasulullah yang ditinggalkan untuk dijadikan amalan kepada kita. Dan banyak juga kelebihan mengamalkan sunnah Rasulullah. Antara hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan mengamalkan sunnah Rasulullah ialah :

1) Daripada Anas ibn Malik ra bekata, Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2260).



2) Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

3) Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku!

Masya'allah. Banyak kelebihan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah ni. Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasullullah yang akan membantu kita di hari akhirat kelak.

p/s jika ada kesalahan di mana-mana, tolong tegur SHM. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada diri SHM sendiri.

19 April 2011

Menangislah

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni SHM nak berkongsi tentang sebuah video yang sangat menyentuh hati. Tontonlah untuk kebaikan diri sendiri.

 


Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini, menangis adalah dituntut. Setitis air mata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di hari akhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tiak reda. Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya kepada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi, apabila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

-Semoga ada manfaat yang dapat kita kongsi bersama-

18 April 2011

Status rezeki photographer

Hari ni dapat balik awal. Lebih kurang pukul 1 tadi balik rumah sebab office terpaksa ditutup untuk mengelakkan disaman kerana menggunakan software tiruan @ bukan original. Sebenarnya minggu lepas lagi dah mula operasi membanteras penggunaan software tiruan nih. Dan minggu lepas pon dapat balik awal sebab bos suruh balik. So, ape tunggu lagi. Balikla.

Berbalik kepada tajuk asal hari ini, SHM nak membincangkan tentang dosa seorang photographer. Sumber diambil daripada sini.
Assalamualaikum..
Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.
1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.
4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).
Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Dan SHM tepegun seketika dengan penemuan SHM nih.


Anda kenal dengan lelaki dalam gambar ni? Inilah dia Ustaz Azhar Idrus. Sebelum ni SHM cuma kenal beliau sebagai seorang penceramah sahaja. Tetapi setelah terlihat artikal ini, baru SHM tahu Ustaz Azhar Idrus ni pon seorang photographer bertaraf professional! Tengok ajelah berapa kamera die bawak tu. Pastu ade lens putih pulak tu. Dan SHM juga meminati hasil karya-karya beliau yang sealiran dengan SHM iaitu landscape.

Cuma sedikit pesanan SHM, matlamat tak menghalalkan cara. Kalau dah tak boleh nak ambik gambar orang yang tak menutup aurat tu, janganlah ambik. Melainkan anda tak kisah dosa yang anda kumpul semakin berlambak.

Peace no war ^_^

14 April 2011

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan


Masa tengah jalan-jalan kat blog kawan sekolah SHM Azra Wahab, SHM terbace la pasal Universiti
Blogger Malaysia yang baru sahaja diwujudkan. Oleh kerana baru diwujudkan, kita bermula dulu dengan sesi memperkenalkan diri.


Nama penuh : Salihin Hilmi Bin Mustapa
Nama blog : www.solldesouza.blogspot.com

Sejak bila mula berblogging : Blog ini telah ditubuhkan pada Januari 2010. Tapi SHM mula menulis pada 19 Jun 2010. Kewujudan blog ini sebenarnya didorong oleh seorang sahabat sekolah yang mencadangkan agar aku mewujudkan sebuah blog untuk mempamerkan hasil minat SHM dalam dunia fotografi. Beliau berkata bahawa gambar-gambar yang dipamerkan oleh SHM di Facebook seperti gambar-gambar Kukubesi. Tetapi apabila SHM melihat gambar-gambar Kukubesi, SHM merasakan SHM dan Kukubesi sangat jauh perbezaannya.

Apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini : Darsawarsa ini SHM melihat dunia blog semakin berkembang khususnya di Malaysia. Banyak topik yang ditulis para blogger untuk menarik perhatian pembaca. Tetapi pada pendapat saya, ramai blogger yang menulis tentang diri sendiri. Hobi, meluahkan rasa yang terbuku di hati, pendapat peribadi, dan sebagainya.

Pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini : Pada pendapat SHM, kewujudan IPTM ini terbahagi kepada 2 kesan iaitu baik dan buruk. Kesan yang baik, mungkin para blogger akan dapat menambah bilangan kawan di dalam dunia maya ini sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim. Kesan kedua pula ialah, jika para blogger yang tidak mengawal jumlah masa yang diperuntukkan untuk berblogging, mungkin akan memberi kesan khasnya kepada para pelajar yang sepatutnya memperuntukkan lebih masa kepada pelajaran. Pendapat ini hanyalah pendapat peribadi yang mungkin banyak lagi kesan-kesan yang wujud dengan penubuhan IPTM ini.

p/s da lame x buat karangan. bile da msk iptm ni, rse mcm msk skola blk..

11 April 2011

Kenape SHM suke sunset?

Hari ni SHM citer sket pasal minat SHM yang satu nih. Kenape ye SHM minat sangat kat sunset @ yang berkaitan ngan matahari nih?

Sebenarnye SHM bukan minat ngan matahari je. SHM ni minat ngan landscape. Cuma, dalam banyak-bayak landscape, SHM amat tertarik dengan matahari.

SHM pon tak tau sejak bile SHM mule suke sangat kat sunset, tapi yang SHM pasti SHM akan bertambah excited bile langit jadik kekuningan. Setiap pagi SHM akan tengok cahaya langit kaler kuning. Waktu petang pun same.

SHM sangat kagum dengan ciptaan Allah yang satu ni. Kadang-kadang terfikir jugak, betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T sebab cahaya matahari yang sangat terang mampu menerangi bumi ini.

Hari ni jugak, SHM nak kongsi dengan para pembaca blog ni gambar-gambar sunset yang ditangkap oleh SHM sendiri.







p/s 2 gambar terakhir merupakan waktu yang sama. Cuma menggunakan setting yang berlainan.

03 April 2011

Penyakit setiap orang

MALAS. Itulah rasanya penyakit yang dihadapi kebanyakan manusia di atas muka bumi ini. SHM jugak tak terkecuali menghidap penyakit MALAS ni. MALAS nak update blog.

Dalam malas nak update blog, SHM rajin lak follow blog orang lain. Sebab SHM hanya rajin membaca, malas menulis. Bila SHM rajin bace tapi malas tulis, maknanya bila SHM membaca kat blog orang, SHM akan malas nak komen. Ya, itulah realitinya. Jadi, SHM nak mintak maaf kepada yang berkenaan kalau singgah kat mane-mane blog tapi tak tinggalkan jejak.

Oleh itu, SHM ni hanya nak kongsi gambar jek. Boleh? Mari kita tenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam semulajadi.






p/s asyik2 gambar yg berkenaan dgn matahari :D