31 October 2010

Ada apa dengan bola?

Semalam menjadi hari yang agak sibuk bagi aku. Pagi-pagi gi kolej wat skm @ sijil kemahiran malaysia. Kat kolej aku, yang mengambil dip. tek. mesti mengambil skm juge. So, dengan automatik aku sebagai student diploma teknologi senibina mengambil skm untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kolej untuk grad.

Settle semua tu, aku dan kawan-kawan balik ke rumah sambil membungkus nasi untuk makan tengah hari. Lepas Asar, aku dan kawan-kawan pergi menziarahi seorang SAHABAT yang dijangkiti demam denggi. Kesian rasanya melihat beliau yang diuji takkala beberapa hari lagi beliau akan mengikuti program mendaki gunung kinabalu.

Selepas selesai melawat beliau, aku dan kawan-kawan pun balik rumah. Malam itu, selepas Isya', aku dan kawan-kawan pergi bermain futsal di Taman Tun. Agak jauh tetapi berbaloi kerana dapat mengeluarkan peluh yang sangat banyak malam itu. 

Selepas bermain futsal, kami balik rumah dan membersihkan diri lalu pergi ke kedai mamak untuk mengisi perut. Jam ketika itu menunjukkan pukul 12 lebih dan ketika itu perlawanan di antara mu dan tottenham. Patutla ramai kat kedai mamak ni malam ni. 

Yang menjadi perhatianku, kenapa ramai orang suke tengok bola? Walaupun aku seorang lelaki yang suka bermain bola, tetapi untuk menonton perlawanan bola sepak di televisyen, amat jarang. Pergi ke stadium, jauh sekali. Dengan rasa seriusnya aku ingin memeberitahu kalian semua, aku tak pernah pergi ke stadium! Ya, tidak pernah sama sekali. Kesian kan? Tidak perlu kasihankan aku kerana aku sememangnya tidak berkeinginan pergi ke sana walaupun stadium larkin dekat dengan rumah aku (kalau stadium old trafford, mungkin nak). Aku adalah seorang manusia yang tidak sanggup meluangkan masa aku selama 90 minit di depan televisyen hanya untuk menonton perlawanan bola sepak. Ini adalah fakta diri aku. Pada aku, tiada faedah yang aku boleh dapat selama 90 minit menonton perlawanan bola sepak. Lebih baik aku duduk rumah dan tidur @ buat perkara yang lebih berfaedah. Jangan marah kepada penonton bola sepak semua ya... ^_^



p/s tahniah kepada kelantan yang menjadi juara piala malaysia malam tadi

30 October 2010

Lelaki lemah

Petang tadi aku gi Angsana nak amik laptop kat Yes Support. Tapi bile aku sampai kat sane, technician kat sane kate kat aku? "Ala,sory dik...belum siap lagilah". Peh, terasa menyirap gile time tuh. Semalam cakap tengah hari confirm siap. Tapi petang aku datang tak siap lagi. Mentang-mentang aku bayar RM9.90 jek. Masuk hari ni, da 3 kali aku datang nak amik laptop aku tu, tiap kali datang, "lom siap lagi". Naik bosan + segan aku nak gi sane lagi. Cakap ari Rabu bole siap, tapi sampai hari Jumaat ni tak siap lagi. Ikutkan ati aku memang nak je aku sound akak tu, tapi disebabkan masih ade kesabaran dalam diri ini, aku diamkan jek. Tapi dalam hati sape tau kan? Menyirap memang la terasa, tapi nak buat cmne, da anta pun kat sane. Confirm lepas ni aku tak anta sane lagi da.

Pastu malam ni bole lak aku teremosi. Sambil buat-buat keje, borak dengan Ajiem pasal zaman sekolah yang tak pernah nak fikir mase depan. Barulah sekarang nak menyesal perbuatan yang tak boleh diubah. Barulah sekarang fikir "kenapelah aku buat macam tu dulu". Lepas borak-borak pasal kisah silam, timbul lak pasal praktikal. Ajiem tanye,"betul ke ko nak praktikal kat Kedah sane?". Aku jawab,"Insya'allah kalau dapat". Ajiem cakap lagi,"Da tu ko nak duduk kat mane?" Aku jawab,"Tak tau lagi". Aku sambung lagi,"Sebenarnya aku da lame nak gi sane and aku nak duduk jauh daripada family. Aku sebelum ni tak pernah duk jauh daripada family. Dari kecik, baru sekarang duk jauh sikit. Tu pun JB jek. Masih dalam negeri sendiri. Aku nak hidup berdikari". Ajiem cakap lagi,"Aku ingatkan ko nak mintak kat sane ade family ko duk sane". Aku cakap,"Aku rase sewa rumah kot sebab setahu aku, aku takde family yang duduk sane. Aku memang berharap sangat nak duduk sane sebab da lame aku nak gi sane". Walaupun aku berharap dapat praktikal kat Kedah, sebenarnya ade sebab kenape sangat nak duk jauh kat sane. Tapi biarlah aku dan Ajiem (setakat ni) je yang tau sebab yang sangat utama tu. Sebabnye aku tak nak citer kat sini. Agak peribadi walaupun aku rase tak sangat.

Tu jelah aku nak citer kat sini walaupun banyak lagi sebenarnya. Tapi disebabkan emosi diri ini tidak mengizinkan, (mungkin teringat kat emak ayah di kampung) aku berhenti setakat ini. Agak lemah sebenarnya diri ini jika nak dibandingkan dengan sifat-sifat aku yang seperti tiada yang disembunyikan. Tetapi sebenarnya aku insan yang lemah, memerlukan tempat mengadu. Tetapi tiada tempat yang sesuai, aku hanya meluahkan di sini. Mungkin ada yang merasakan menulis entry sebegini hanya memalukan diri, tetapi diri ini hanyalah seorang lelaki yang lemah. Terlalu lemah jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan yang ada di sini.

28 October 2010

Berita terkini tentang Sodium Laureth Sulfate

Sebelum tu, korang kene bace entry tentang ni dulu. Kalau da bace, baru sambung yang ni. Ok, tadi sebelum gi kelas, Chet ade bagitau aku tentang Sodium Laureth Sulfate kat palmolive aku. Die kate SLS (bukan SDS ea) ni bukannye terdapat di dalam sabun mandi sahaja, tetapi juga terdapat dalam shampoo, ubat gigi dan banyak lagi. Die kate, die tak jadik nak tukar palmolive aku dengan shokubutsu die. Tak pe la, lebih berharga kawan daripada bende tu an. So, tak tukar pon tak pe.

Berbalik kepada SLS, Chet cakap lagi banyak effect yang boleh kite dapat kalau gune barang yang mengandungi SLS ni. Sebab tu die tak jadik nak tukar shokubutsu die dengan palmolive aku. Ok, bile die cakap je bukan dalam sabun jek ade SLS ni, aku terus tengok barang-barang aku. Dan aku terkejut bila tengok kat shampoo aku pon ade SLS jugak. So, lepas ni memang tak ar aku nak gune shampoo tu an.

Lepas tu, aku search kat internet, memang ternyata SLS ni banyak memberi kesan buruk terhadap diri manusia. Di antaranya ialah kerosakan kulit, kerosakan mata sementara, keguguran rambut, kerosakan hati dan banyak lagi. Kalau korang tak percaya, korang search sendiri. Ish, memang sungguh tidak diduga. Sebelum ni memang tak mengambil berat tentang ni semua, walhal beli air tengok ade tande halal, ok jek.

Tetapi setelah menginjak dewasa dan mahu memikir tentang kesihatan diri, kini aku lebih berhati-hati dalam membeli barang. Marilah kita bersama-sama mengelakkan daripada menggunakan barangan yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate untuk kesihatan diri. Jangan menyesal di kemudian hari. Mengelak lebih baik daripada merawat.

Wallahualam...

Fakta untuk anda percaya atau tidak

Malam tadi di dalam fb, aku telah di tag oleh seorang SAHABAT tentang fakta yang sangat mengejutkan aku. Yelah, sebelum ni tak tau, memang la terkejut. Baca ni...

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.



Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694


Ha, kalau korang tak percaye korang boleh tanye kepada penama di atas. Aku walaupun tak tau, tapi aku percaye gak. Hakhak. Dan aku amat terkejut dengan fakta nombor 3. Disebabkan aku baru jek beli refill Palmolive, aku tengok kat ingredients, memang ada Sodium Laureth Sulfate! DANG. Aku baru guna salah satu refill dan banyak lagi yang ada. Tapi disebabkan fakta di atas, mandi malam tu aku terus tak guna dah palmolive tuh. Aku mintak Chet punye shokubutsu skit. Aku rase shokubutsu ni bagus, ade tanda halal lagi. 


Tapi aku rase macam nak buang jek palmolive yang ade, tapi membazirlah. Aku ingat nak buat basuh motor jek, hakhak. Basuh motor pakai palmolive? Tapi Chet kate die nak tukar refill shokubutsu die dengan palmolive aku. Mule-mule aku nak beli shokubutsu die, cash! Mule-mule die cakap tak nak. Tapi selang beberapa saat, "tukar jelah dengan aku". Die nak amik palmolive aku, then aku amik shokubutsu die. "Betol?" aku cakap. Die balas,"ajal maut di tangan tuhan". Memang la ajal maut di tangan tuhan, tapi kalau kite yang tak jage kesihatan, memang senang nak dijangkiti penyakit yang tak diingini. Sama juga dengan merokok. Kalau orang yang sihat hisap rokok, tak ke lame-lame jadik penyakit rokok tu. Kan rokok tu racun. Banyak bende-bende yang boleh mengakibatkan kerosakan organ kat dalam rokok tuh.


Ok, aku tak nak membebel panjang-panjang, da Chet cakap macam tu, so tukar jelah dengan die. Kalau boleh aku tak nak orang lain gune palmolive lagi sebab aku sayang kawan-kawan aku. Buatnye 5-10 tahun lagi dapat berite si polan tu sekarang tengah sakit barah. Peh, tak ke terasa bersalah member ni...






Ape-ape pon serahkan segalanya di tangan Yang Maha Esa. Wallahualam...

27 October 2010

Sebab bukan blogger yang baik

Selamat pagi. Pagi ini masih sejuk semenjak jerebu hari tu. Masih sejuk seperti di kampung. Jarang-jarang hal ini berlaku di bandar JB nih. Selalunya tak payah pakai selimut pun tak pe, tapi sekarang tak lagi. Dengan kipas yang di depan mata, memang menggigil kalau tak pakai selimut.

Hari ni, aku nak cerita kenapa aku tak boleh jadi blogger yang baik macam korang. Terdapat banyak perkara yang mengekang aku daripada menjadi blogger yang baik cam korang.

1.Tidak mempunyai banyak masa.

Aku tidak mempunyai banyak masa untuk 'masuk' ke sini dan berjalan-jalan menjenguk blog orang lain walaupun update blog hampir setiap hari. Al-maklumlah, aku ni student, banyak komitment lain yang perlu aku ambil berat(ceh, macam la busy sangat).

2. Tidak pandai menulis

Ok, aku admit yang aku memang tak pandai menulis @ bercerita cam korang. Bila aku tulis jek, tak tau apa yang nak disampaikan sebenarnya. Macam entry nih. Then, aku tak pandai nak wat ayat-ayat yang best-best.

3. Tidak rajin membaca

Aku juga tidak rajin membaca entry-entry yang korang tulis. Tak tau kenapa walaupun aku ni sebenarnya minat juga membaca. Tapi depends entry yang korang tulis. Sebab tu tak banyak entry yang aku komen. Sebab aku pun tak tau nak komen ape. Lagi satu, kalau entry yang panjang sangat tu, memang serius aku reject. Membaca kat laptop bukannye senang. Lagi bagus aku bace novel yang 300 halaman lebih.

Erk, sebenarnya banyak lagi sebab-sebab kenapa aku tak boleh menjadi blogger yang baik. Sebab yang utama kat atas sekali tuh. Yelah, untuk menjadi blogger yang baik mestilah rajin gi kat blog orang lain, update blog best-best, tapi aku tak mempunyai banyak masa untuk itu sebenarnya. Aku rasa terlalu banyak untuk berjalan-jalan kat sini, baca entry orang lain, follow blog orang lain and so on. Aku buat blog ni bukan nak suruh semua orang bace blog ni, cuma untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan orang lain semoga ada manfaat disebalik apa yang ditulis. Setakat mengarut-ngarut, buat ape. Buang mase, buat dose. Aku mintak maaf kat korang kalau ada yang terasa. Sampai kat sini je aku tulis sebab da takde idea da nak tulis ape.

Wassalam

26 October 2010

Praktikal di utara

Pada waktu ini, keadaan sekeliling sekeliling amat sejuk disebabkan hujan pukul 3 pagi tadi. Baru berhenti dalam pukul 6 lebih. Dan keadaan jug sunyi kerana waktu-waktu begini lebih sedap jika tidur. Lepas subuh tadi, aku tak berhasrat untuk menyambung tidur kerana telah menjadi tekadku bahawa tiada lagi tidur selepas subuh. Dan terdapat banyak kesannya kepadaku jika tidur selepas bangun subuh. Contohnya, pergi ke kelas akan terasa mengatuk. Ya, kesan yang amat mendalam kerana pelajaran di kelas tidak akan sama dengan pelajaran melalui pembacaan.

Hari ini juga aku masih dalam mood meminjam. Disebabkan tuan punya laptop ini sedang enak dibuai mimpi, aku mengambil kesempatan ini untuk berjalan pagi. setelah meminta izin tuan punya laptop, aku menjalankan kerja-kerja awalan dengan membuka laptop ini. Ape hal aku citer ni semua. Tak de kene-mengene dengan tajuk.

Ok, berbalik kepada tajuk. Diumumkan bahawa aku student of architecture akan menjalani Latihan Industri (LI) ataupun praktikal bermula Januari tahun hadapan. Tapi aku belum meng"apply" di firm mana-mana. Aku juga berhasrat untuk menjalani praktikal ini di negeri sebelah utara. Kenapa? Sebab aku ingin membawa diri yang sedang berduka-lara.Haha. Sebenarnya aku ingin merantau ke negeri orang. Sebab da bosan duduk JB.

Kenape tak gi KL? Memang KL banyak tempat praktikal, tapi tak berhasrat lagi nak ke sana. Sebab? Ntahla, mungkin tak bersedia nak menjalani kehidupan seperti di sanan. Ok, berbalik kepada topik. Sebenarnya aku berhasrat nak praktikal di Segamat aje. Tapi, mase perjumpaan dengan MQA haritu, aku ditanya oleh salah seorang daripada orang MQA. "Awak nak praktikal kat mane?". Aku jawab " Segamat je kot". Die cakap lagi "Kat Segamat? Buat ape gi praktikal kat sane? Air-cond pun tak de". DANG. Berani-beraninya die cakap kat Segamat tak de air-cond. Die tanye lagi "Dulu Nabi Muhammad keluar merantau umur berapa?". Tanpa berfikir panjang, aku menjawab "12 kot". Die sambung "Ha, dulu Nabi Muhammad keluar merantau umur 12, awak sekarang da 20 kot". Haha, terasa malu menyelebungi aku. Tapi,  btul ke Nabi Muhammad keluar merantau umur 12? Aku main cakap jek. Padahal tak pasti umur berapa beliau keluar merantau. Abaikan, maksud die sebenarnya nak suruh aku keluar dari Segamat sebab architect kan kene banyak merantau. Cari pengalaman kat tempat lain.

Atas dasar itulah, aku memilih untuk mencari tempat praktikal di utara. Dah alang-alang jauh, biar jauh betul an. So, dapatlah aku berdikari. Tapi fikir-fikir balik, susah jugak ye kalau praktikal jauh-jauh ni. Aku nak duduk mane ni? Sewa camne? Ah, abaikan dulu. Yang penting cari, then barulah settlekan camne urusan lain. So, sape-sape yang ade tempat praktikal kat utara, bole la tolong share kat aku eh. Mengharap sangat nih. Hehehe.

                                                       Kedah pun best gak sebab ade padi.

Cukup sampai kat sini, jumpa lain kali ye.
Wassalam...

24 October 2010

Hikmah di setiap cubaan

Di hujung minggu ini, tak ada satu aktiviti pun yang aku rancangkan. Cuma ingin mengemas bilik yang bersepah dan membuat kerja yang sudah lama terbengkalai. Mencuba untuk mengerah idea untuk subjek design. Sambil-sambil itu melayari internet tanpa tujuan. Tiba-tiba laptopku terpadam. Dan bila dihidupkan kembali...lah,kenapa begini? Laptop aku rosak. Mungkin diserang virus. Tulah, ade Kaspersky ditutup. Mane taknye, bukak Autocad tak boleh, bukak tu tak boleh, ini pun tak boleh. Senang citer, pause protection Kaspersky dan biarkan laptop tiada protection. Dan effectnya begini. Padan muke aku.

Nak tak nak, kene anta gi Yes Support nih. Warranty ade lagi, so gunakan dengan sebaik-baiknya. Tapi, cari-cari tak de pulak warranty card nih. Eh, mase beli dulu ade dapat warranty card ke? Pulak dah. Then, cari resit pun takde! Grr, gi jelah kedai tuh. Da sampai kat sane, Yes Support tak bukak pulak. DANG. Bukan hari Ahad bukak ke? Gi jalan-jalan je lah kat Landmark. Cuci mate. Jumpe bag laptop, berkenan pulak dah. Memang aku nak beli beg laptop sebab yang lame ni da koyak, tapi nanti dululah. Tunggu PC Fair, mane tau murah sket.

Lepas tu balik rumah, then petang gi pasar minggu @ pasar malam @ pasar lambak. Whatever. Bermacam ragam manusia boleh tengok di sane. Tapi untuk mengelakkan diri daripada hanyut keindahan dunia, aku berjalan tanpa mata melilau ke sini-sana untuk mengundang lebih banyak mengumpul dosa. Tetapi apakan daya, diri ini terlalu lemah untuk menghadapi dugaan yang maha besar, kadang-kadang terlihatlah manusia-manusia yang tidak menghiraukan perintah-Nya. Tetapi ada juga aku terlihat sebuah keluarga yang berjalan dengan memakai purdah dan kopiah. Oh, terjumpa juga aku golongan yang sebegini di pasar ini. Moga-moga, mereka semua diberkati Allah S.W.T. Untuk mengelakkan lebih banyak dosa terkumpul di pasar ini, aku tekadkan hati supaya tidak menghiraukan manusia disekeliling ini. Bukan untuk meninggi diri, tetapi untuk peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan sekalian. Dunia sekarang tidak lagi selamat untuk mereka yang benar-benar beriman. Teringat pula satu ayat yang berbunyi "Dunia adalah neraka bagi mereka yang beriman, tetapi syurga buat mereka yang tidak beriman". Sungguh berat cubaan dunia kepada aku rasanya walaupun aku bukanlah dari kalangan orang-orang yang mematuhi semua perintah-Nya. Tetapi aku akan cuba untuk menjadi orang yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini.


Sampai di sini sahaja coretanku kerana aku meminjam laptop SAHABATku walaupun aku tidak mempunyai kesukaan meminjam kepunyaan orang lain. Semoga ada sedikit pengajaran daripada coretanku yang tidak seberapa ini. 

Wallahualam bi sawab...

23 October 2010

Ada apa dengan award?

Tadi mase bukak blog, tengok kat hout box ade sorang SAHABAT datang beritahu ade award untuk aku? Award? Award bende? Ntah, aku pun tak tau. Aku gi tengok kat blog die, name aku tersenarai kat award tuh. Korang nak tau award ape? Tengok nih.


Beautiful blogger? Blogger tu orang yang berblog an? Ke aku salah? Kalau tak silap aku la, blogger tu maknanye 'pemblog'. Maknanye pemblog tu aku. Dan award tu merujuk aku pemblog yang cantik. Ish, pening aku. Sila abaikan. Dan SAHABAT aku menyuruh aku untuk mengambil award tu sendiri. Pastu jawab soalan yang dikemukakan. Untuk ape? Aku pun tak tau. Aku tolong layankan jek. Dan atas kelayanan tu, aku pun jawablah soalan-soalan nih.

Q : Thank the person who gave you the award and the link of the person
A : Thanks a lot to Tasa.

Q : Spread the award to 15 blogger who you like & you think their blogs are awesome
-Joe-
-Ann-

Q : Tell 7 things about yourself
-Single but NOT AVAILABLE-
-Architecture student-
-Johorean-
-Simple person-
-Love sport especially futsal-
-Love kids, family and friends-
-Wishing to be successful person in the world and hereafter-

Ok, done! Tak tau kenape aku wat semua ni, tp yang jelas aku ingin menyenangkan hati Tasa kerana award nih.
Thank very much.

p/s: aku tengok senarai blogger yg dpt award daripada Tasa semua perempuan. Hanya aku satu-satunya lelaki.

Jerebu di JB semakin menjadi-jadi

Ketika tempat lain semakin pulih dengan fenomena jerebu, Bandaraya Johor Bahru baru mengalami fenomena ini. Pada mulanya aku tidak perasan dengan fenomena ini kerana tidak mengalaminya di JB, tetapi apabila aku pergi ke kelas pada hari Khamis lepas pada pukul 10.30, baru aku perasan bahawa hari itu berlainan daripada hari-hari lain. Kelihatan hari itu lain daripada yang lain kerana tidak melihat matahari muncul walaupun sudah 10.30. Lebih kurang pukul 12 tengah hari dan aku balik ke rumah, masih sama keadaannya. Tiada kelihatan kelibat sang matahari. Keadaan sekeliling sejuk! Tidak seperti lain-lain hari.

Aku baru perasan fenomena jerebu ini pada hari Khamis walhal fenomena ini aku telah baca di blog orang lain. Hari ini aku ingin berkongsi gambar yang telah ditangkap pada pukul 2, 21 Oktober 2010. 






Fenomena ini boleh menjejaskan orang ramai kerana jerebu boleh menjejaskan kesihatan kita semua. Terdapat beberapa komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asthma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru.

Alhamdulillah kerana setakat ini tidak ada sebarang sebarang effect terhadap diri aku walaupun batuk-batuk. Marilah kita semua berdoa supaya bencana ini segera dihindarkan. Hanya kepada-Nyalah tempat kita meminta pertolongan. 

Wallahualam bi sawab...

22 October 2010

Wangi-wangian kepada wanita

Baru petang tadi aku update blog, malam ni nak update lagi. Hehe, semangat yang berkobar-kobar untuk menulis! Hah. Petang tadi, lepas aku update entry ni, aku terfikir untuk berjoging. Bagus jugak kalau gi joging, da lame gak tak keluarkan peluh ni. Futsal pun da 2 kali skip. Sorry Kep. Hehe.


Then, lepas shutdown laptop, gi ajak sape-sape nak ikut. Tanya sorang-sorang, semua tak nak! DANG. Gi sorang? Fikir 2-3 kali, macam malas lak nak gi sebab sorang jek. Then fikir 2-3 kali lagi, laptop da shutdown. Pastu tak da bende nak wt. Tak bole jadik ni. Aku suntik semangat untuk diri sendiri untuk berjoging sendirian!


Lalu berjoginglah aku di Istana Garden bersendirian. Sorang pun soranglah. Tak mati pun. Then lepas stretching sket, aku memulakan langkah. Ramai gak petang nih. Ade lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, yang pakai seluar pendek, yang pakai seluar panjang, yang pakai tight, yang berjoging, yang berjalan-jalan, yang bawak family, yang datang sorang (cam aku), yang datang berdua, yang bawak awek, Melayu, Cina, India. Senang kata macam-macam ada. 


Semakin lama aku berlari, semakin ramai aku jumpa orang. Dan semakin banyak jugalah dosa aku. Sebab melihat mereka-mereka yang tidak menutup aurat. Kadang-kadang ada juga aku senyum ketika melintasi mereka. Bukan berniat untuk 'melihat' mereka, tetapi hanya untuk melemparkan senyuman. Senyum kan sedekah. Then tiba-tiba aku terlintas satu kumpulan yang terdiri daripada 2 perempuan dan seorang lelaki. Bile lintas jek dengan kumpulan ini, aku terbau haruman yang harum. Ish, gi joging pun pakai wangi-wangi ke?   


Nah, ini dia yang aku ingin sampaikan sebenarnya. Yang tadi baru intro. Hukum memakai wangi-wangian yang dipakai oleh wanita jika memakainya di luar rumah yang terlalu kuat sehingga orang lain boleh menghidunya dengan hanya dia lalu sahaja dihadapan orang ialah HARAMMemakai wangian yang kuat hanya boleh dipakai di rumah sahaja. Dan terdapat hadis yang melarang wanita untuk memakai wangi-wangian.


“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).


Nah. itu dia bukti wanita tidak boleh memakai wangian di luar rumah. Ini kerana bau wangi boleh menarik perhatian orang lain dan orang lain ini tentulah termasuk kaum adam atau lelaki. Dan secara tidak langsung hal ini boleh menggoda kaum adam yang sememangnya tertarik dengan kaum hawa. Dengan ini, dengan secara tidak langsung perkara ini melonjakkan graf kes-kes rogol, mencabul kehormatan dan yang berkaitan. Wanita tidak boleh menyalahkan 100% kepada kaum adam jika anda memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian orang lain.






Sekian, wassalam...