26 October 2010

Praktikal di utara

Pada waktu ini, keadaan sekeliling sekeliling amat sejuk disebabkan hujan pukul 3 pagi tadi. Baru berhenti dalam pukul 6 lebih. Dan keadaan jug sunyi kerana waktu-waktu begini lebih sedap jika tidur. Lepas subuh tadi, aku tak berhasrat untuk menyambung tidur kerana telah menjadi tekadku bahawa tiada lagi tidur selepas subuh. Dan terdapat banyak kesannya kepadaku jika tidur selepas bangun subuh. Contohnya, pergi ke kelas akan terasa mengatuk. Ya, kesan yang amat mendalam kerana pelajaran di kelas tidak akan sama dengan pelajaran melalui pembacaan.

Hari ini juga aku masih dalam mood meminjam. Disebabkan tuan punya laptop ini sedang enak dibuai mimpi, aku mengambil kesempatan ini untuk berjalan pagi. setelah meminta izin tuan punya laptop, aku menjalankan kerja-kerja awalan dengan membuka laptop ini. Ape hal aku citer ni semua. Tak de kene-mengene dengan tajuk.

Ok, berbalik kepada tajuk. Diumumkan bahawa aku student of architecture akan menjalani Latihan Industri (LI) ataupun praktikal bermula Januari tahun hadapan. Tapi aku belum meng"apply" di firm mana-mana. Aku juga berhasrat untuk menjalani praktikal ini di negeri sebelah utara. Kenapa? Sebab aku ingin membawa diri yang sedang berduka-lara.Haha. Sebenarnya aku ingin merantau ke negeri orang. Sebab da bosan duduk JB.

Kenape tak gi KL? Memang KL banyak tempat praktikal, tapi tak berhasrat lagi nak ke sana. Sebab? Ntahla, mungkin tak bersedia nak menjalani kehidupan seperti di sanan. Ok, berbalik kepada topik. Sebenarnya aku berhasrat nak praktikal di Segamat aje. Tapi, mase perjumpaan dengan MQA haritu, aku ditanya oleh salah seorang daripada orang MQA. "Awak nak praktikal kat mane?". Aku jawab " Segamat je kot". Die cakap lagi "Kat Segamat? Buat ape gi praktikal kat sane? Air-cond pun tak de". DANG. Berani-beraninya die cakap kat Segamat tak de air-cond. Die tanye lagi "Dulu Nabi Muhammad keluar merantau umur berapa?". Tanpa berfikir panjang, aku menjawab "12 kot". Die sambung "Ha, dulu Nabi Muhammad keluar merantau umur 12, awak sekarang da 20 kot". Haha, terasa malu menyelebungi aku. Tapi,  btul ke Nabi Muhammad keluar merantau umur 12? Aku main cakap jek. Padahal tak pasti umur berapa beliau keluar merantau. Abaikan, maksud die sebenarnya nak suruh aku keluar dari Segamat sebab architect kan kene banyak merantau. Cari pengalaman kat tempat lain.

Atas dasar itulah, aku memilih untuk mencari tempat praktikal di utara. Dah alang-alang jauh, biar jauh betul an. So, dapatlah aku berdikari. Tapi fikir-fikir balik, susah jugak ye kalau praktikal jauh-jauh ni. Aku nak duduk mane ni? Sewa camne? Ah, abaikan dulu. Yang penting cari, then barulah settlekan camne urusan lain. So, sape-sape yang ade tempat praktikal kat utara, bole la tolong share kat aku eh. Mengharap sangat nih. Hehehe.

                                                       Kedah pun best gak sebab ade padi.

Cukup sampai kat sini, jumpa lain kali ye.
Wassalam...

8 nasihat:

Ckin Kembaq said...

Praktikal di utara?...
Wah! Tapi btter cari kwn kat cni..utk memudahkan...kalu boleh mtk kt swasta,kurang2 pun dpt gak elaun dr tak dpt lgsung di krajaan..bkn mengharap, tp kna usaha kan?...

SDS said...

Sedang dalam proses untuk mencari. Memang kalau nak yang terbaik, kena usaha lebih sikit. Ckin bukan orang utara?

Ckin Kembaq said...

Yup..site penang...hehe Kat Praktikal bidang apa?mana tau nanti boleh tanya kat kwn2 area perlis...mgkin sds bolh bersahabat ngn depa kan..untung2 praktikal sekali..ye dak?

SDS said...

ckin : architect. kt penang pun byk firm architect an, tp sna byk civil. x sma. perlis? wah, pun boleh...^_^

MiszNoRuL said...

salam adik soul..
waaa sudah mau praktikal dh ni..
akak sokong jugak kalau buat LI kt swasta..dpt la elaun skit..paling2 koman pn dpt la rm500..dulu akak dpt byk tu pn dh meloncat kegembiraan..siap leh blanjer family makan..
nk site kt utara ke? akak sll pegi perlis..ade 2 site kt situ..tp 1 dh nk masuk defect..lg 1 tgh ongoing..nnt akak tykan ye kalau ade kosong..
tp perlis bosan dik tkde entertainment tk macam kl..but still ok..nyaman tgk padi..

SDS said...

misznorul : sis, mmg nk wt kat swasta. hehe. mmg nk g utara, bukan kat perlis pun tak pe. yg penting utara. hehe. x de entertainment sgt pun tak pe sbb sy bukan org yg suka bersosial. lagi 1 sy utara ni sbb sawah padi. cantik dan menyamankan. ^_^

PIDUT ASiS said...

jom2..datang kedah meh..rumah pidut kat situ..hahaha

Post Terhangat...

Semua Muhammad?

SDS said...

hukhuk, rumah pidut kat situ, tp pidut x de kt sni an?

Post a Comment