28 May 2011

Selamat tinggal

Assalamualaikum w.b.t



Selamat tinggal JB . Aku rasa teruk duduk sini . Hidup penuh dengan buang masa . Aku semakin teruk kat sini . Banyak bende aku tinggal . Ada benda aku buat . Yang aku dah tinggal lama dulu . Tapi aku tak suka . Aku lebih suka tidur awal . Lebih suka bangun awal . Bukan tidur 3-4 pagi . Bangun dekat tengah hari . Bukan duduk menghadap laptop setiap masa . Aku tak nak makan kat kedai , tapi nak makan apa yang mak aku masak . Lagi sedap , lagi puas hati . Boleh tambah sesuka hati , tak payah bayar . Kat sini duit aku keluar laju , macam air . Cuma 5 hari , tapi belanja dekat RM400 . Bukan macam dulu , RM400 aku boleh guna untuk sebulan . Macam orang kaya la kau SHM . Babai JB . Ntah aku tak tau macam mane aku nak saving kalau duduk kat sini . Doakan SHM selamat sampai ke Segamat ye esok kawan - kawan . Niat nak bertolak pukul 4 pagi , nak sarapan ngan family same - same . Tapi tengoklah bangun pukul berapa esok .

p/s bila duduk kampung , takde entry baru . doakan aje ade line p1 kat kg , boleh update blog nih 

Kawal emosi

Assalamualaikum w.b.t

Cuma nak kongsi , semalam SHM main futsal . Orang tengah tido , SHM main futsal dengan kawan - kawan . Biasalah tu orang , jadi kelawar kat JB ni . Orang ajak friendly , kitorang pun ok je lah . Lawannya budak junior kolej .

SHM nak cerita pasal perlawanan futsal tu . Entah macam mana , disebabkan 2 orang pihak lawan yang main agak kasar , perlawanan jadi tegang . Terhenti ketika hampir - hampir hujung perjalanan . Cuma gaduh mulut , tapi tetap bergaduh .

Lepas dah balik , lupakan kejadian tadi , berlaku perbualan SHM dengan kawan SHM .

Kawan SHM : Aku tak pernah nampak ko mental koyak SHM .
SHM : Aku malas gaduh - gaduh ni .
Kawan SHM : Kalau ko mental , aku tengok ko jalan . Tak de nak emo - emo .
SHM : Aku kalau boleh tak nak gaduh - gaduh nih . Nanti tak sedap bila jumpa balik .
Kawan SHM : A'ah . Nanti jumpa kat kolej rasa macam lain pulak .

SHM memang jarang gaduh - gaduh ni . Kalau main futsal , kalau ada yang gaduh - gaduh , SHM tengokkan je dari jauh . Malas masuk campur . Nanti kalau masuk campur nanti takut ada yang patah tangan ke , kaki ke , lebam biji mata . Hehe .

Orang yang dapat mengawal kemarahan tu orang yang paling kuat sebenarnya . Bukan orang yang dapat mematahkan tangan , kaki orang lain sebenarnya kuat . Sebab marah ni datangnya daripada syaitan . Kalau ada orang marah , maka syaitan pun mengapi - apikan lagi . Jadi , bersabarlah .


Itu yang lebih baik . Wallahualam .

26 May 2011

CONTEST BEST HEADER EVER!!!

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni SHM nak join contest lagi . Memandangkan otak ni stuck lepas buat report , SHM malas nak kerah otak fikir ape nak kongsi walaupun ada , tapi SHM join contest ni dulu sebab senang je contest ni . Tak payah tag - tag .


Dan header yang paling SHM suka ialah yang tengah guna sekarang nih . Agak susah sebenarnya nak buat header nih , tapi disebabkan keminatan yang tinggi terhadap alam semulajadi nih , SHM buat jugak . Ada la dalam beberapa hari nak siapkan sebab SHM tak terus buat sampai siap . Buat sikit , tak de idea nak edit . Akhirnya jadilah sampai rupa bentuk macam harini walaupun masih tak puas hati dengan header nih . Tapi rasanya ni jelah header yang paling cantik SHM ade .


Disebabkan ruang yang terbatas untuk meletakkan header SHM ni kat template yang tengah SHM guna sekarang ni , SHM terpaksa memendekkan header ni . Jadi macam tak lawa sangat . Tapi bolehla kan , untuk dijadikan penghias blog SHM yang macam perempuan ni .



p/s ada orang ingat ini blog perempuan :D

SUNSHINE SMILE CONTEST

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

Dibawah ini adalah gambar yang dipertaruhkan saya (contoh sahaja):



Pagi - pagi ni SHM nak join SUNSHINE SMILE CONTEST . Sebenarnya SHM dah ditag oleh Fariza Othman . Bile dah ditag oleh beliau , SHM fikir bukan setakat 2 - 3 kali tapi banyak kali . Nak join ke tak nak . Dan SHM buat keputusan nak join sebab orang dah tag . Macam tak elok pulak orang dah tag kite tak jawabkan .

Dalam pemilihan gambar , SHM carik - carik gambar lama , takde pun gambar SHM senyum sorang - sorang ! Sebab SHM ni bukan jenis yang suke diambil gambar , SHM suke mengambil gambar . Gambar orang lain yang tengah senyum penuh la dalam simpanan SHM . Tapi setelah digodek - godek laptop nih , jumpalah gambar yang sesuai kot . Nak kate menawan , takde lah menawan sangat cuma bole la dikatakan senyum kan . Ni dia gambar yang dipertandingkan .


Gambar ni diambil semasa program berbuka puasa untuk kos architecture . SHM diapit dikiri dan kanan oleh sahabat SHM dan SHM telah memenangi pakaian paling retro malam tuh memandangkan tema untuk malam tu ialah retro *saje nak mention* . Dan sebenarnya SHM tengah sakit , baru lepas excident . Tapi macam takde ape - ape kan ? Sebab takde luka luaran yang terlibat , tu yang tak nampak macam excident . Yang terlibat hanyalah luka buah pinggang . Darah banyak keluar semasa buang air kecil . Tu yang masuk hospital 2 hari tuh . Tapi sekarang dah ok . Nasib baik takde kesan sampingan .

Ok , lari tajuk . Sekarang SHM nak tag 3 orang walaupun part ni paling tak best . Disebabkan dah syarat - syarat pertandingan macam tu , kite kene buat jugaklah . SHM tag Azra , Syuxer dan Siti .

25 May 2011

Gambar rosak 2

Assalamualaikum w.b.t

Entry pendek nak kejar mase , enjoy gambar rosak 2 .








24 May 2011

Gambar rosak 1

Assalamualaikum w.b.t

Mari rosakkan gambar . Hari ni SHM nak tunjukkan gambar - gambar yang dah dirosakkan oleh SHM . Bosan asyik benda yang sama , SHM rosakkan gambar jadi lain sikit . Jom tengok .









Bila tengok balik , macam lawa pulak gambar - gambar rosak ni .

19 May 2011

Hukum meletakkan gambar tidak menutup aurat

Assalamualaikum w.b.t


SHM nak berkongsi dengan topik yang mungkin kita anggap remeh . Hukum meletakkan gambar yang tidak menutup aurat tak kisah lelaki ataupun perempuan . SHM bercakap bukan berdasarkan logik akal semata - mata , tetapi setelah membuat sedikit kajian , SHM mendapati hukum menyiarkan gambar - gambar tidak menutup aurat ialah BERDOSA . Ini bersandarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud " Sesiapa yang menyeru manusia kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala sama dengan orang yang melakukannya tanpa dikurangkan walau sedikitpun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru manusia kepada kesesatan maka dia juga turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikit pun.  (Hadis riwayat Muslim) "

Hukum melihat dan memperlihatkan aurat orang lain yang bukan mahram ialah berdosa . Ini kerana Islam telah mengajarkan kepada penganutnya supaya menutup auratnya jika berhadapan dengan orang yang bukan mahram . Kita akan dikira penyumbang dosa kepada pembukaan aurat orang lain jika kita menyebarkan gambar - gambar yang tidak menutup aurat .

Bayangkan kalau kita berkongsikan gambar seseorang yang tidak menutup aurat seperti di blog contohnya , kita akan dikira sebagai penyumbang kepada maksiat bukan ? Orang lain yang melihat gambar itu berdosa kerana melihat aurat orang lain , tetapi siapa yang membuatkan orang itu mendapat dosa kalau bukan kita yang menyebarkannya ? Orang yang paling banyak mendapat dosa sudah tentu tuan punya badan yang diperlihatkan auratnya . Tidak kurang photographer yang mengambil gambar tuan punya badan yang memperlihatkan auratnya juga . Orang yang berkongsikan gambar yang tidak menutup aurat di blog misalannya dapat tempias dosa kerana telah menyebarkan gambar itu . Dan akhir sekali , orang yang melihat sahaja gambar itu turut sama mendapat dosa .

Hal ini tejadi sama seperti sistem piramid yang telah SHM kongsikan sebelum ini . Siapa yang paling mendapat banyak saham daripada sistem ini ? Sudah tentulah orang yang diambil gambarnya dan disebarkan di blog , facebook , myspace dan sebagainya yang menjana saham terbesar . Walaupun penyebar - penyebar gambar seperti ini mungkin mendapat peratusan yang sedikit dalam pembahagian dosa yang dijana melalui gambar - gambar seperti itu , tahukah anda selagi gambar itu tidak dipadamkan daripada blog , facebook , myspace dan sebagainya , kita tetap mendapat ' keuntungan ' selagi orang lain melihatnya .

Sebab tulah kalau anda semua perasan , gambar - gambar yang dijadikan penyeri blog ni rasenye takde gambar - gambar perempuan walaupun kartun . SHM cuba mengelakkan menjana dosa daripada blog ni . Harap - harap takde lah gambar - gambar yang tak elok dalam blog ni . Kalau ada tu , tegur - tegurlah ye . SHM ni manusia biasa yang tak lepas buat silap .

Cukup sampai di sini penerangan SHM , para pembaca mungkin sudah cukup dewasa untuk menilai sesuatu samaada yang baik atau pun tidak . Gunakanlah kecerdikan anda untuk mencari keredhaan-Nya . Jangan berputus asa dalam mencari kebenaran . Mungkin penerangan ini tidak begitu jelas , tetapi anda boleh merujuk di sini , atau di sini dan juga di sini untuk meyakinkan anda .

Banyak lagi kelemahan SHM yang belum dibaiki . Tetapi tidak salah rasanya berkongsikan sesuatu yang telah kita ketahui kepada umum untuk kebaikan diri . Kalau yang dah baca entry ni , harap - haram cepat - cepatlah padam gambar - gambar yang tak berkenaan . Kalau tak nak , tak pe lah sebab SHM dah menjalankan tanggungjawab SHM . Keputusan terletak di tangan anda .

Wallahualam bissawab

18 May 2011

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

Assalamualaikum w.b.t


SHM nak join segmen BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN . Persoalan yang Ben Ashaari utarakan ialah " SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? ". Persoalan yang rasanya tak perlu dipertikaikan lagi sebab wang hantaran tu nak diberi kepada pihak perempuankan . So , mestilah pihak lelaki yang sediakan untuk diberikan kepada pihak perempuan kan ? Takkan pihak perempuan yang nak dapat duit hantaran tu , pihak perempuan yang tolong sediakan . Macam pelik pulak bunyinya kalau pihak perempuan yang tolong sediakan . Tanggungjawab pihak lelakilah sebab hantaran tu macam hadiah nak diberi kepada pihak perempuan . Kalau pihak perempuan yang tolong sediakan hadiah , bagi kat diri sendiri , takde lah namanya hadiah kan . Cuma kalau boleh tu , janganlah pihak perempuan mintak wang hantaran yang mahal - mahal . Kalau semua perempuan mintak 10-20k , confirm ramai perempuan - perempuan kat Malaysia ni tak kahwin - kahwin . Yang wajib , mas kahwin . Wang hantaran tak wajib pun kan .

Aku Seorang Loser ?


Assalamualaikum w.b.t

Teringat kata - kata seorang abang architect kat tempat praktikal . Masa tu malam . Kat office . Sambung buat keje yang belum siap . Dalam tengah buat keje , tibe - tibe berlaku perbualan di antara kami .

AT : Awek ko orang mane ? ( tanye kat SHM la )
SHM : Saya mana ada awek . ( sambil senyum )
AT : Gile loser ko . ( sambil gelak - gelak )
Yang lain menyampuk : Mana boleh takde awek . Sanggup datang jauh - jauh praktikal kat sini . Tak kan ada apa - apa .
SHM : ( cuma senyum )

Walaupun dah banyak kali SHM cakap saje je datang Kedah nak cari pengalaman duk negeri orang , diorang masih lagi tak percaye .

SHM seorang loser sebab takde awek ? Ahaha . Kenape SHM tak rase macam seorang loser pon ? Tanpa awek , SHM boleh hidup bahagia je . Kelakar la abang tu kan . Marah ? SHM tak rase marah pon kat abang tu , cuma kesian jek sebab pemikiran semua dah terikut - ikut dengan orang Barat .

SHM dulu pernah gak berminat nak carik awek . Tapi semua tu dulu . Sekarang dah tau hukum , SHM tak nak ! Dulu SHM ingat lagi , kalau ade yang SHM berkenan , SHM senyapkan jek , tak pernah keluarkan pon . Kan SHM pernah kata , SHM ni pemalu . Nasib baik SHM pemalu , kalau tak mesti da lalui alam bercinta ni .

Ade jugak yang minat SHM ni . Tapi SHM buat tak endah jek . Pernah mintak couple ngan SHM , tapi SHM tak nak . Sebab ape ? Sebab SHM tau hukum la weh . Kalau tak , awal - awal lagi SHM terima . Lagi orang yang mintak kan . Bukan SHM yang carik . Ntah macam mane die boleh minat kat SHM . First time jumpe , terus nak mintak no. telepon . Kalau nak ikutkan jiwa remaja ni , mungkin dah ramai jadi ' bekas - bekas ' SHM dah ni . Kesian pulak kat lelaki - lelaki lain yang nak jadikan diorang isteri . Dapat yang ' bekas - bekas ' SHM . Tapi lelaki - lelaki lain tak kesian ke kalau SHM dapat ' bekas - bekas ' diorang sebab SHM ni tak pernah jadi ' bekas ' sesiapa .

Kepada yang takde awek @ pakwe tu , tak payah la cari . Peratusan pasangan - pasangan yang couple - couple ni berkahwin bukannye tinggi sangat pon . Banyak masalah adela . SHM tahu sebab sekeliling SHM ni , banyak la yang mengadu . Walaupun SHM tak tau kenape diorang mengadu kat SHM , tapi SHM akan lebih gembira diorang tu putus jek ! Macam kejam kan ? Tapi , buat ape couple - couple . Bukan tentu kita kahwin dengan couple kita kan . SHM berharap yang SHM takkan lalui couple sebelum kawin ni . Kalau boleh , time SHM nak kawin nanti , SHM suruh mak SHM yang carikan . Lebih berkat kan :D

17 May 2011

Pandangan pertama

Assalamualaikum w.b.t






Hari ni nak bercerita sikit pasal "Pandangan pertama" . Pandangan pertama yang nak kita bincangkan adalah berkaitan pandangan pertama orang terhadap kita . Baik ke , buruk ke , tu semua bergantung dengan apa yang kita ada . Apa yang kita pakai .


Korang percaya dengan pandangan pertama ? SHM yakin , semua orang nak orang lain memandang kita sebagai orang yang baik - baik . Pada pandangan pertama , orang boleh menilai keperibadian diri kita . Contohnya , kalau korang baru pertama kali jumpa orang tu , korang pun banyak berbual , mesti orang memandang korang sebagai peramah . Ye kan ? Begitu juga sebaliknya . Orang juga boleh menilai kita dengan melihat apa yang kita pakai . Kalau kita pakai - pakaian yang selekeh , mesti orang menilai kita sebagai pengotor . Mana ada orang yang pembersih pakai - pakaian yang kotor - kotor , busuk - busuk .

Pandangan pertama ni sangat penting untuk melahirkan perasaan kesukaan orang lain terhadap kita . Kalau dari pandangan pertama orang dah benci kita , apatah lagi nak diorang jadikan kita sebagai kawan baik kan ?

SHM : Ape ko rase bile tengok aku first time ?
NM : Orang takut kot tengok ko .
SHM : Aik ? Apsal lak ?
NM : Sebab orang tengok ko mesti ingat ko gangster . Dengan badan ko , muka ko lagi .
SHM : Apsal plak badan ngan muka aku ?
NM : Orang mesti tengok ko orang yang jage gim . Pastu muka ko pulak macam ade parut samseng . Dengan kulit ko gelap sikit kan .
SHM : Ahaha . Badan cam ni jage gim ?


Nampak tak ? Memangla kulit ni gelap sebab SHM ni bukannye orang bandar . SHM orang kampung . Selalu sangat berjemur tengah panas . Buat kerja kampung . Jadilah kulit gelap macam nih . Tapi takde lah gelap sangat macam orang Afrika tuh .

Bila SHM cerita pandangan SHM kat kawan SHM yang dah lama kenal SHM , diorang gelak . " Muka ko macam samseng ? Tak sesuai betul " *sambung gelak* . Betapa pentingnya pandangan pertama . Tapi lagi penting mengenal isi hati orang tuh . Orang cakap tak kenal maka tak cinta . Jadi pandangan pertama penting , kenal isi hati lagi penting .

Bila SHM pakai baju kemeja , pakai songkok , kawan SHM cakap SHM ni macam ustaz pulak . Tinggal gi ujibakat Imam Muda jek . Baru pakai songkok , belum pakai Baju Melayu , kain pelekat . Kawan SHM cakap SHM dah macam watak Adam dalam cerita Nur Kasih pulak dah . Lain pakaian , lain pandangan . Betapa pentingnya cara kita berpakaian . Kalau dah pakai Baju Melayu , pakai songkok , pakai kain pelekat , tak kan orang fikir kita nak gi mencuri pulak kan .


Kesimpulannya , berhati - hatilah dalam memilih pakaian kerana orang menilai kita dari luaran sebelum menilai dari segi dalaman pulak . SHM tak suka sebenarnya orang menilai SHM yang buruk - buruk . Siapalah yang suka orang nilai kita buruk - buruk . Tapi SHM tak nak orang nilai SHM terlalu baik pulak . Sebab SHM ni manusia biasa , banyak lagi perkara - perkara yang tak baik masih SHM buat . Nanti kalau orang SHM pandang baik sangat , susah pulak SHM nak hipokritkan diri supaya orang tengok SHM ni budak yang baik je .

16 May 2011

Culture shock !

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam pelik culture shock kat negeri sendiri . Walaupun baru 5 bulan aku duduk negeri orang , tapi persekitarannya aku dah biasa . Balik negeri sendiri , pelik ! Mata ni dah biasa persekitaran yang menghijau . Sampai kat JB , semua bangunan . Kiri , kanan , depan , belakang , atas pun nampak bangunan .

Masa tengok wayang haritu , pelik jugak . Tengok ramai sangat perempuan . Kasihan mereka . Kebanyakannya pakai - pakaian tak cukup kain ! Kiri , kanan , depan , belakang , semua ada perempuan . Tak tahu mana mata ni sesuai dialihkan .

Pergi makan , pelik lagi . Selalu makan dengan minum , lebih kurang 5 ringgit . Tapi makan minum kat sini , dekat 10 ringgit . Kos sara hidup kat sini lagi tinggi . Fakta yang membuatkan aku mengakuinya .

Duduk rumah , tengok jiran - jiran sebelah , Cina . Kat Alor Setar , aku takde jiran Cina . Takde anjing . Bukan nak membangkitkan isu perkauman , tapi hanya luahan hati . Kita 1 Malaysia . Sepatutnya kita boleh hidup berjiran bersama . Kan ?

Banyak perbezaannya . Utara dan selatan . Memang berbeza . Di mana pilihan hidup aku ? Masih belum dapat ditentukan lagi . Masih belum puas duduk di rumah yang telah ditinggalkan setelah terlalu singkat menjenguknya .

Perjalanan yang panjang

Assalamualaikum w.b.t

Khamis 12 Mac 2011

Hari terakhir praktikal . Petang tu sebelum balik , mengucapkan kata - kata terakhir kat kawan sepejabat . Minta maaf . Minta dihalalkan makan minum , ilmu yang diajar .Pukul 9 malam , mulakan perjalanan menuju ke kampung halaman , meninggalkan Kedah Darul Aman , tempat bermukim aku lebih kurang 5 bulan .

Jumaat 13 Mac 2011

8 pagi , sampai di Segamat , tempat aku dilahir dan dibesarkan . 9 pagi , menjejakkan kaki di kampung halaman , bersalaman dengan bonda yang sedang menunggu kepulangan . Pipi dicium tanda rasa kerinduan . 2 petang , usai solat Jumaat , berkemas untuk ke JB pula . Bersalaman dengan kedua orang tua dan adik - beradik . Bonda mengulang perbuatan yang sama ketika aku tiba di rumah . Terasa berat meninggalkan keluarga yang baru berjumpa setelah agak lama terpisah . 7 malam , tiba di JB yang ditinggalkan lebih kurang 5 bulan lalu . Terdapat beberapa perubahan yang berlaku di sini . 8 malam , berjumpa dengan sahabat yang agak lama tidak bertemu . Berbual - bual bertanya khabar , berkongsi pengalaman sepanjang praktikal . 9 malam , bermain futsal bersama kawan - kawan di sini . Gembira dapat bertemu mereka semula .

Sabtu 14 Mac 2011

9 pagi , berkumpul di tempat futsal untuk menghadiri pertandingan futsal tertutup anjuran kolej . Alhamdulillah , Landak Kawan FC menang tempat pertama dan kedua setelah kedua - dua team berjaya mara ke final . 2 petang , berkumpul di Batam untuk makan tengah hari bersama . Masih seperti dahulu , cuma terdapat sedikit perubahan yang berlaku . 12.30 malam , berkumpul di City Square . Menonton wayang bersama . Cuba menguatkan ikatan persahabatan yang agak lama terjalin .

Ahad 15 Mac 2011

2 petang , makan tengah hari di Kampung Melayu bersama . Menikmati keenakan ABC Kampung Melayu yang kami sukai bersama . 3 petang , beralih ke Danga City Mall untuk bermain boling . Agak ramai manusia di sana . 12 malam , dalam keadaan badan yang lenguh - lenguh kerana terlalu lama tidak bermain futsal , aku menziarahi blog ini menggunakan line percuma . Terlalu lambat rasanya .

p/s : berkongsi sedikit pengalaman hidup .

12 May 2011

Nice conversation

Assalamualaikum w.b.t



Yesterday I had a good conversation with HER in ym . Quite good enough . And I satisfied with that conversation . Finally , I have been successful to express my feeling to HER . And I hope she not hate me after I express my feeling .

Ahaha . Skema ayat . Gatal plak nak tulis English SHM ni . Dah la ayat tunggang - langgang . Tapi ini serius . Semalam SHM chat ngan kawan sekolah SHM . KAWAN! . Kitorang memang agak rapat dalam dunia maya ni . Tapi bile bersua - muka , masing - masing kelu lidah . Tak tau nak borak ape .

Kawan SHM ni SHM perkenalkan sebagai Gem . Dulu SHM ngan Gem kat sekolah dulu tak rapat . Die masuk skola SHM form 4 . Pastu ntah macam mane lepas abis skola , masing - masing duduk jauh bole rapat plak kat fb. Pastu add kat ym pulak . Lagi rapat . Pastu kitorang amik kos yang tak jauh beza , architecture ngan planning . Tambah pulak kitorang minat photography ni . Memang si Gem ni menjadi kawan perempuan yang paling rapat dengan SHM .

Gem ni bagus sebab bersedia menerima teguran dan kritikan . Tak cepat melatah .  Kalau gurau - gurau pun rilek aje . So semalam die nak kan penjelasan SHM kenape SHM tak nak publish gambar die mase kitorang gi Bukit Bendera haritu . Sebabnya SHM tak nak tambah dosa yang sedia - ada ni . Dah la SHM ni amik gambar perempuan , dah berdosa kat situ . Pastu publidh lagi , tambah la dosa SHM kalau orang tengok . Lagi tambah - tambah kalau orang amik gambar tu , share kat orang lain . Sama la macam sistem piramid dosa tu . SHM ada kat atas sekali .

Gem tanye , tak boleh ke kite amik gambar ? SHM cakap boleh , cuma kalau gambar tu tak menepati syara' x bole la . Contoh macam perempuan yang tak tutup aurat , memang la tak boleh kan . Jadi SHM pun cakap ngan die .

SHM : Setuju tak kalau aku cakap ko masih tak tutup aurat dengan sempurna?
Gem : Betul - betul . Aku tau tu .
SHM : So , aku tak nak publish gambar tu sebab tak nak tambah dosa aku.
Gem : O. Aku paham . Pendapat ko , kat mane yang aurat aku masih tak sempurna .
SHM : Aku rase seluar ngan baju ko . Masih ketat walaupun tak berapa ketat . Boleh nampak susuk tubuh kan .
Gem : Lain tak de ?
SHM : Mungkin tudung ko kot . Kalau labuh lagi , lagi bagus kot .
Gem : O , thanks ea . Nice conversation weh . Sambung lagi lain kali .
SHM : Ok2.

See . Bukan senang actually perempuan ni nak bincang pasal isu aurat ni . Tapi SHM respect kat Gem ni sebab menerima nasihat SHM yang tak seberapa ni . Mula - mula SHM takut jugak nak tegur die ni , tapi sebab dah kenal Gem ni camne , SHM bedal je la .Sebelum ni banyak yang kitorang bincangkan tentang sesuatu kemusykilan . Pernah Gem tanye kt SHM hukum bertunang tanpa ibu bapa ni . SHM pun pelik gak kat Gem ni , die ni dulu sebelum masuk sekolah SHM form 4 , die ni sekolah agama . Patutnya SHM yang tanye die kalau ade ape - ape kemusykilan ni , tapi die yang tanye SHM pulak . Tapi SHM jawab ape yang SHM tau je la .

Kesimpulannya , SHM nak tegur sikit kaum Hawa khasnya , kaum Adam pun tak terkecuali . Janganlah kita publish gambar - gambar yang tak sempurna auratnya kat fb ke , blog ke , flikr ke , tak kisah la kat mane - mane . Ingatlah , gambar - gambar yang kite publish tu semue dapat menjana pendapatan kita kat akhirat nanti . Yang tangkap gambar dapat , yang publish dapat , yang tengok pon dapat .

Wallahualam bissawab

11 May 2011

Yang mana satu ?

Assalamualaikum w.b.t

Belum habis merenovate blog ni . Pening jugak kepala architecture kalau masuk software engineering nih . Tengok kod - kod html , agak serabut . Tapi berjaya jugak edit sampai macam nih . Ada banyak benda lagi nak kena buat . SHM berkenan sangat kat template blog ni , tapi disebabkan tak dapat kod html yang blog ni guna , SHM mencuba edit seakan - akan blog tu . Sambung lain kali renovate blog ni sebab ada kerja yang SHM kena buat , SHM nak berkongsi sikit pengalaman hidup hari ini .
 
Hari ni hari kedua terakhir SHM berada Kedah ni . Banyak cara bos SHM nak suruh kerja kat sini . Sama ada secara halus ataupun terang - terangan . Secara halus macam bos SHM sanggup main badminton dengan kitorang semalam walaupun sebelum ni tak pernah main dengan kitorang pun . Tapi hebat jugak bos SHM main badminton . Satu set je kalah , set last . Tengok jugak sape jadi partner die , SHM la ^_^

Pastu lunch tadi bos SHM buat jamuan khas untuk SHM . Die cakap , sebelum ni tak pernah pun die buat jamuan untuk student praktikal ni . Tapi disebabkan bos offer keje kat SHM , tapi SHM tak nak , die buat jamuan ni .

Petang sebelum balik , bos SHM suruh masuk bilik die . Die tanye lebih kurang macam ni .

Bos : Betul tak nak kerja sini?
SHM : Saya boleh je nak kerja sini , tapi dapat offer kat JB , kerja sana je lah .
Bos : Kalau tak dapat offer JB hang kerja sinilah?
SHM : A'ah .
Bos : Lagi untung kalau hang kerja sini . Dapat lebih .
SHM : Yeke ?
Bos : Ha la . Depa bagi berapa ?
SHM : Tak tau lagi . Bos bagi berapa ?
Bos : Kena tau dulu sana bagi berapa . Nanti habaq kat saya depa bagi berapa . Baru saya cakap saya bagi berapa .

Nampak tak permainan die ? Punyalah nak suruh SHM kerja kat Alor Setar ni . Pastu sebelum balik , die letak surat pengesahan LI , notebook ngan cek . Die bagi hadiah sikit . SHM terkelu lidah , tak tau nak cakap ape melainkan terima kasih . Terasa dirasuah bile bos letak cek depan mata .  Memang sangat berharap bos nak suruh SHM kerja sini .

Keluar bilik bos , lalu meja Abang Tony , architect kat situ tengok cek . Wah , ok la tu . Tak pernah - pernah bos bagi bonus kat student praktikal . See , betapa sayangnya beliau nak lepaskan SHM pergi *statement perasan* . Jadi , SHM kena fikir balik jalan yang mana SHM patut pilih . Jauh ataupun dekat dengan family .

10 May 2011

"First Giveaway Ame Dan Aneff"

Assalamualaikum w.b.t

SHM telah ditag oleh Shera dan SHM nak buat entry khas untuk menjawab tag ini .


SHM diberi pilihan untuk mengutuk ataupun mengkritik blog AME dan juga ANEFF .

Blog AME - SHM tak berkenan kat header . Pastu facebook badge pulak . Memang tak berkenan . Tu je kot yang SHM nak kritik . Cukup SHM cakap "tak berkenan" , nanti lebih - lebih pulak jadi lain pulak .

Blog ANEFF - SHM kritik blog ANEFF ni plain sangat . Terlalu banyak kosong . Bosan . Tak berapa menarik minat orang nak datang kat blog ANEFF tu . Cuma kucing tu je yang comel .

Pastu kene tag pulak . Nak tag sape pulak ni . Tak payah tag lah . Sape yang nak join , join . Sape tak nak join , join jugak ^_^

p/s pagi - pagi dah mengarut.

09 May 2011

Entry khas untuk Kak Yatie

Assalamualaikum w.b.t

SHM nak buat entry khas untuk Kak Yatie . Disebabkan SHM dapat detect gambar yang macam mane Kak Yatie suka tengok kat blog SHM ni , dan memandangkan SHM pun banyak koleksi gambar - gambar yang Kak Yatie tengok , SHM buat entry khas ni untuk Kak Yatie . Sebenarnya SHM dan Kak Yatie berkongsi minat yang same iaitu sunset , jadi SHM buat entry ni  . Tapi memandangkan agak banyak koleksi sunset SHM , SHM keluarkan koleksi sunset SHM semasa keberadaan SHM kat Alor Setar ni je . So kepada Kak Yatie , enjoy .















Kepada yang lain , jangan bersedih kerana anda pun boleh nikmati gambar - gambar ini ^_^
 

Dari Mata Lensa ke Mata Hati

Entry ini di'copy' dariapada iLuvislam.com . Semoga ada manfaatnya kepada kita semua

Penulis dan Fotografi

Fotografi vs Perubatan. Bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan. Itu adalah satu dilema yang pernah saya alami dahulu. Satu dilema yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima logik akal, saya tahu. Tetapi sampai ke tahap itu sekali minat yang mendalam dalam bidang fotografi. Namun atas cita-cita yang tercipta sejak kecil, saya mengikut kata akal dan emosi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan walaupun hati kecil berkata sebaliknya.

Bukanlah saya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi atau tidak ‘passionate’ dengan bidang yang saya pilih namun atas sebab komitmen dan tanggungjawab yang kian banyak menyebabkan saya kurang punyai masa untuk diluangkan bersama kamera tersayang. Melihat sahabat-sahabat lain yang semakin maju dalam bidang fotografi, saya berasa sedikit cemburu dengan peluang mereka untuk terus mendalami dan melabur dalam bidang seni ini.

Selama lebih kurang 2-3 tahun saya berjinak-jinak dalam bidang fotografi, boleh saya katakan ianya merupakan satu seni yang bukan sahaja sukar diperhalusi tanpa praktikaliti yang cukup tetapi juga perlukan kesabaran dan penelitian lebih-lebih lagi bagi saya yang belajar semuanya dengan sendiri ‘from scratch’ melalui internet dan majalah-majalah fotografi. Namun atas hasil usaha saya yang tidak seberapa, fotografi betul-betul mengajar saya erti sebuah kesenian yang lebih luas dan lebih jauh daripada jangkauan lensa.

Bak kata pepatah inggeris, ‘A picture paints a thousand words’. Jika dahulu saya tidak faham mengapa sekeping gambar itu perlu dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit. Tetapi sekarang saya sudah faham mengapa seseorang itu sanggup melaburkan wang untuk karya seni yang cukup tidak ternilai itu. Kerana bagi saya, fotografi itu merupakan satu cara untuk mengekspresi diri yang tidak semua orang mampu miliki dan hayati.

Kisah di Sebalik Lensa

Tanah Inggeris bukan sahaja menjadi tempat untuk saya melanjutkan pelajaran tetapi juga telah membuka mata saya kepada fotografer-fotografer terkenal di sana dan salah seorang daripada mereka ialah Peter Sanders. Mungkin bagi rakan-rakan lain yang juga melanjutkan pelajaran di UK atau Ireland atau Amerika Syarikat atau negara-negara barat yang lain sudah tidak hairan dengan kisah-kisah saudara baru memeluk Islam. Tetapi bagi saya, kisah Peter Sanders betul-betul memberi kesan di hati, mungkin juga kerana beliau seorang seniman fotografer yang istimewa.

Peter Sanders
Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem in action.
Bermula sebagai seorang fotografer selebriti-selebriti terkenal seperti Bob Dylan dan The Doors, Peter akhirnya terdetik untuk mencari suatu ketenangan yang tidak mampu diberi oleh profesyennya sebagai seorang fotografer ketika itu. Beliau akhirnya membuat keputusan untuk ke India dan mengaji di sana sebelum memeluk Islam sekembalinya beliau ke England 6 bulan kemudian.

“Having photographed almost every famous person in the music industry I got bored and started getting in to spritual things. I just wanted something else, and so I decided to go to India. I packed everything up and went, looking for a teacher. Eventually I found one, who was basically a Hindu but had a lot of what we consider 'Muslim Qualities'. I studied with him for about six months and when I cam back to England, some of my friends had become Muslim. Then there were other friends who had gotten heavy into drugs and alchohol. It was as if God was saying to me, 'which direction do you want to go?'.


I didn't know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it. I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj. I didn't have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too. Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way." – Conversion: Islam the Growing Religion.

Dari Mata Lensa ke Mata Hati

Bukan sahaja Peter dapat meluaskan pengalamannya mengenali dunia Islam di seluruh dunia seperti di China, Malaysia, Sepanyol dan lain-lain negara, beliau juga diberi keistimewaan untuk menangkap gambar Haji di Mekah yang tidak pernah dilakukan oleh seorang ‘westerner’. Namun peluang yang beliau miliki tidak disia-siakan malah foto-foto yang ditangkap mampu memberi impak yang cukup terkesan kepada setiap mata yang memandang.

British Muslimah
British Muslimah by Peter Sanders.
Menurut Peter atau Abdul Adzeem, “Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer. Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya. Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya.”

Fotografi dan Islam

Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang sama menjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan. Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim. Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer. Malah beliau membawa Islam bersama.

Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb / Sheikh Muhammad Abduh [jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat] tentang istilah ‘Islam tanpa Muslim’ dan ‘Muslim tanpa Islam’. Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.

Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer. Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari. Kebanyakannya (tidak semua)  tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah ‘lali’. Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan ‘telanjang’ yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.

Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini. Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini. Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.



The Art of Integration

Kesimpulannya, insan di sebalik kamera itu memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada jenis kamera yang digunakan.
Walau pekerjaan apa yang kita lakukan, walau di mana juga kita berada, bawalah Islam bersama.
Wallahua'lam..

Menghitung hari - hari terakhir

Assalamualaikum w.b.t

SHM nak kongsi gambar yang SHM ambik petang semalam . Petang - petang terakhir SHM kat Kedah ni .





Cuma beberapa keping je yang SHM tengok lawa . Oh ya , yang kat dalam gambar tu bukan SHM , tapi roommate SHM , Nizam .

08 May 2011

Contest Blogger Friends Forever (BFF)

Setelah di tag oleh Encik Syuxer , SHM nak jawab tag ni .

1.Follow blog Cik Diana n Cik Mira..(Kalau dah follow blog Cik Diana,follow blog Cik Mira plak. Vice versa). -Baru follow bile nak jawab tag ni :D

2.Buat satu entry khas berserta link dan letak banner "Blogger Friends Forever (BFF)" dalam entry tersebut.

-Ni entry khas untuk "Blogger Friends Forever (BFF)" la nih .

3. Jawab soalan dibawah dan lengkapkan slogan:
a) Siapakah rakan blogger yang korang kenal rapat or baik?
-Yang kenal & rapat betul ialah Azra dan Zarul . Yang lain ada jugak kenal dan rapat , tapi diorang tak aktif sangat blog ni . Yang baik ramai blogger baik - baik . Antaranya orang yang tag SHM ni , Syuxer , Kak Yatie , Sherah , Nabila Saat , Mastura Zakaria , Ckin dan ramai lagi . Tak larat nak listkan satu - satu . Ramai sangat blogger yang baik - baik *maaf , ini bukan ayat bodek*.
b) Nyatakan blog sape yang korang suke masuk,sllu komen or lepak?
- Setiap entry baru yang ditulis oleh tuan punya yang SHM follow , SHM akan bace . Kalau nak komen , SHM komen . Kalau tak tau nak komen ape , SHM bace jek . Yang ni confirm . Kalau ada post terbaru , SHM akan bace . Kecuali kalau tak sempat . 

c)Lengkapkan slogan.."Saya layak bergelar seorang "Blogger Friends Forever (BFF)" kerana....
- Saya selalu baca entry - entry baru yang blognya SHM follow . Dan SHM akan kembali datang ke blog tu kalau SHM dah komen sebab nak tengok ape jawapan yang tuan rumah bagi . 
4. Sila tag kepada 3 org blogger lain n make sure they'olls tahu yang diorang ditag
- Yang ni sebenarnya paling malas SHM nak buat . Sebab SHM takut kalau blogger lain kecik ati sebab tak tag diorang . Takpe la , sape yang agak - agak nak join , join je la contest ni even tak ditag pun . Ok ?
SHM nak tag Azra , Kak Yatie dan jugak Shera

5.Tarikh tutup penyertaan 25Mei 2011(11.59 malam)
6.Tinggalkan link penyertaan di bahagian komen blog Cik Mira sahaja.

07 May 2011

Rapuh

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni sebenarnya agak sibuk jugak SHM . Nak siapkan design rumah Nizam , roommate SHM , kemas baju n packing barang . Tapi lepas packing barang tadi , tak jadi nak sambung design rumah roomate SHM . Tengok tv sambil melawat blog . Lagipun tinggal sikit je lagi nak siapkan . Sambung esok je lah *suka kerja bertangguh*

Sambil - sambil jenguk blog ni , dengar pulak lagu Rapuh yang didendangkan oleh Opick . SHM minat lagu ni sejak dengar kat blog , tapi lupe blog mane . Tapi mase 1st time dengar lagu ni , terus jatuh cinta ! Terus biarkan blog tu terus terbuka sambil cari - cari lagu ape ni . Lepas dengar lagu ni , search kat google guna lirik . Memang senang nak cari benda kat internet ni . Cari guna keyword yang ada kaitan dengan bende tu , terus boleh dapat . Dunia hujung jari !

Walaupun tak pernah - pernah SHM review lagu ni , hari ni SHM nak review lagu ni sebab lagu ni ada maksud tersendiri . Hayati dan fahami , korang akan jumpa apa yang dimaksudkan SHM . Kalau nak dengar sendiri lagu ni , search kat google . SHM malas nak letak link sebab senang sangat nak cari .


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

p/s cuba hayati dan ambil pengajaran . semoga ada kebaikannya .

Akhirnya dia melepaskan aku pergi

Assalamualaikum w.b.t

Semalam , satu acara makan - makan diadakan yang melibatkan office SHM . Aktiviti best yang terakhir untuk SHM sebab SHM akan balik ke Johor tak lama lagi . Tapi SHM bukan nak cerita pasal makan - makan , tapi salah satu topik perbualan yang melibatkan SHM dan bos .

Bos : SHM , hang dapat offer kat JB ka ?
SHM : A'ah .
Bos : Kat firm mana ?
SHM : * Architect
Bos : O, x pa la . Jangan jadi macam kawan kita , setahun sekali pun susah nak balik *semua gelak* Kalau hang duduk sini , nanti kene bawak balik bunga - bunga sekali . Kalau tak , sia - sia hang kerja jauh - jauh .

Bos SHM ni ade offer keje kat tempat praktikal SHM ni keje terus dengan die . Mula - mula SHM ok jek . Tapi bile kawan SHM ajak keje kat tempat die , SHM terus tak jadik keje kat Alor Setar ni . Dan terdapatnya beberapa sebab yang lain . Pastu SHM cakap kat bos , die macam tak rela SHM nak pergi *statement perasan* . SHM pun rase macam memberikan harapan palsu kepada dia *ceh* . Yela , semua orang da bersedia nak bekerjasama dengan SHM .

Bos : Hang nanti nak duduk sana ka , sini ka , ikut hang la . Mana hang selesa . Sana bawah aircond , sejuk , kat sini tak sejuk sangat .

Banyak sangat perbualan yang membayangkan SHM kerja kat situ . Siap ada yang jeles sebab tray letak fali yang akak office dah belikan untuk SHM lain daripada yang lain . 4 tingkat . Yang lain cuma 3 tingkat je . Ahaha . Last - last tak jadi keje kat situ .

Ni perbualan SHM dengan Abang Tony , architect kat tempat praktikal SHM lepas SHM cakap nak kerja dengan * Architect .

Abang Tony : Ko nak kerja kat * Architect ?
SHM : A'ah
Abang Tony : Bagus firm tu . Firm tu jenis yang explore design . Bukan jenis yang copy paste design lame - lame .
SHM : O.
Abang Tony : Ko sambung degree la nanti . Keje setahun , pastu sambung degree . Ko boleh apply UTM ?
SHM : Boleh .
Abang Tony : Ha , ko keje dulu , pastu sambung degree .
Bos : Hang tak sambung degree ?
SHM : Saya kerja dulu setahun , pastu sambung la .
Abang Radzi : Takut hang dah kerja , pegang duit dah tak malas sambung belaja .
Bos : Dia kene sambungla sebab bukan banyak mana cukup gaji yang dia dapat .
Abany Tony : Lepas degree pun , tak cukup gak gaji . Kena amik license pulak . Tu pun tak cukup lagi .
Bos : Mana cukup . Kalau cukup duit aku , hang semua takda kerja la .
Masing -masing gelak.

Lepas perbualan tu , SHM rase aman sikit tanpa ada perasaan bersalah kat bos sebab tak kerja kat situ . Tapi memandangkan bos dah bagi restu kat SHM , SHM pun tanpa rasa bersalah tak sabar - sabar nak balik .