16 May 2011

Culture shock !

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam pelik culture shock kat negeri sendiri . Walaupun baru 5 bulan aku duduk negeri orang , tapi persekitarannya aku dah biasa . Balik negeri sendiri , pelik ! Mata ni dah biasa persekitaran yang menghijau . Sampai kat JB , semua bangunan . Kiri , kanan , depan , belakang , atas pun nampak bangunan .

Masa tengok wayang haritu , pelik jugak . Tengok ramai sangat perempuan . Kasihan mereka . Kebanyakannya pakai - pakaian tak cukup kain ! Kiri , kanan , depan , belakang , semua ada perempuan . Tak tahu mana mata ni sesuai dialihkan .

Pergi makan , pelik lagi . Selalu makan dengan minum , lebih kurang 5 ringgit . Tapi makan minum kat sini , dekat 10 ringgit . Kos sara hidup kat sini lagi tinggi . Fakta yang membuatkan aku mengakuinya .

Duduk rumah , tengok jiran - jiran sebelah , Cina . Kat Alor Setar , aku takde jiran Cina . Takde anjing . Bukan nak membangkitkan isu perkauman , tapi hanya luahan hati . Kita 1 Malaysia . Sepatutnya kita boleh hidup berjiran bersama . Kan ?

Banyak perbezaannya . Utara dan selatan . Memang berbeza . Di mana pilihan hidup aku ? Masih belum dapat ditentukan lagi . Masih belum puas duduk di rumah yang telah ditinggalkan setelah terlalu singkat menjenguknya .

12 nasihat:

yatie Awang said...

jom duduk sebelah timur pulak

nelly said...

pakaian tak cukup kain tu kesian gak ~~~
berbeza kaum , agama , bangsa tak jadi satu masalah ..
konsep 1 Malaysia ! hehehehe

Shaherah said...

kat sane kurang lebih rm5 ea? Kat johor kalau tak ada dalam MINIMA RM30 jangan keluar.. Memang tak cukup.. Kat johor memang mahal.. Tak tahu lar pasal apa.. Kalau SHM gi singapura.. lagi lar macam apa.. sabar je lar.. >.<"

SHM said...

yatie Awang : tak teringin lg nak dduk pnti timur :D

nelly : mmg kesian dgn manusia2 cmni . ish3

Shaherah : tau takpe . smuanya mmg mahal .

nelly said...

haha ..betul2 ..doa saja lah ~

SHM said...

nelly : insya'allah . itu yg termampu . nak tegur , tak berani :D

Syuxer said...

meh nikah dengan orng kelate or pantai timur..gerenti syok n best..hehehe

Siti Mashitah Saidin said...

hehe... banayk pgalaman pegi tempt orang...

SHM said...

Siti Mashitah Saidin : mmg byk . x sama pengalaman ngan negeri sendiri .

SHM said...

Syuxer : hehe . tlong cri calon :D

Nurr Kasih said...

Buat pilihan yg btl..kdg2 persekitaran juga mempengaruhi jiwa. all the best :D

SHM said...

Nurr Kasih : yup , tu mmg btul . masih lagi berfikir . tq :D

Post a Comment