05 May 2011

Lelaki dan perempuan

Semalam , ada satu segmen yang dianjurkan Ben Ashaari yang bertajuk Lelaki vs Perempuan . SHM malas nak join , cuma membaca entry-entry yang join dalam segmen ni . Baca punya baca , sampailah kat blog Datin Seri Irma . Ada 4 soalan yang dikemukakan kepada para pembaca terutamanya lelakilah kan . Soalan-soalannya berbunyi begini .

Ntah macam mane , SHM boleh balas balik dengan jawapan kat Datin . Sebab soalan yang dikemukakan Datin , SHM rase tak jelas . Macam sifat maskulin tu . Yang SHM tahu , maskulin tu bukan untuk lelaki yang punyai six pack , badan yang tegap , pakai baju ketat-ketat , tapi lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki . Bukan lelaki yang menyerupai perempuan . Yang tu setahu SHM lah . Seorang lelaki maskulin dan gentleman adalah pelindung kepada semua wanita Kita adalah pembela wanita , bukanlah perosak wanita . Yang ni SHM ambik kat facebook Six Pack bukan lambang lelaki maskulin . So , SHM pun maskulin jugak . Ni tengok SHM tanye ape kat Datin balik .



Ingatkan Datin tak nak balas , tapi bile SHM datang balik kat blog die , die jawab yang ni pulak . 
 
SHM bagi pulak jawapan SHM yang ntah ape-ape tu untuk menjawab soalan-soalan tu bagi pandangan SHM .



Betul ape yang Datin cakap , kalau perkara berkaitan lelaki dengan perempuan ni, memang tak kan habis kalau nak dibahas . Tak semua lelaki punyai niat yang jahat . Tak semua perempuan jugak punyai niat baik . Lumrah dunia, ada yang jahat , ada yang baik .

Allah s.w.t dah ciptakan dua-dua jantina mempunyai kelebihan tersendiri . Kalau dua-dua dah sempurna , tak guna la hidup berpasangan kan ? Tak perlu la perempuan nak cover kelemahan lelaki , lelaki nak cover kelemahan perempuan . Aku , kau berbeza . Aku, kau istimewa . Sebab tu Allah ciptakan Hawa untuk mengisi kekosongan Nabi Adam masa Nabi Adam sorang-sorang kat syurga .

Wallahu'alam bissawab . 


ps : ok ke penjelasan camni? Ayat berterabur jek ^_^

5 nasihat:

nelly said...

perempuan atau lelaki , semua sama je ..huhu ..nak bahasa , memang tak habis ~

SHM said...

nelly : tp kdg2 tu ad je yg nk menangkn kaum msg2 gak .

zarulazlan said...

hehehe . SHM six pack kannn . lol :))

yatie Awang said...

akak setuju apa Yg SHM kata, yelah kita manusia biasa, tulah sudah tercatat perempuan yg baik untuk lelaki yg baik....

SHM said...

zarulazlan : ahaha . 2 keluar bile tak makan jek . klu dah mkn , ilang la wei .

yatie Awang : betul 2 . tu janji Allah .

Post a Comment