28 May 2011

Selamat tinggal

Assalamualaikum w.b.t



Selamat tinggal JB . Aku rasa teruk duduk sini . Hidup penuh dengan buang masa . Aku semakin teruk kat sini . Banyak bende aku tinggal . Ada benda aku buat . Yang aku dah tinggal lama dulu . Tapi aku tak suka . Aku lebih suka tidur awal . Lebih suka bangun awal . Bukan tidur 3-4 pagi . Bangun dekat tengah hari . Bukan duduk menghadap laptop setiap masa . Aku tak nak makan kat kedai , tapi nak makan apa yang mak aku masak . Lagi sedap , lagi puas hati . Boleh tambah sesuka hati , tak payah bayar . Kat sini duit aku keluar laju , macam air . Cuma 5 hari , tapi belanja dekat RM400 . Bukan macam dulu , RM400 aku boleh guna untuk sebulan . Macam orang kaya la kau SHM . Babai JB . Ntah aku tak tau macam mane aku nak saving kalau duduk kat sini . Doakan SHM selamat sampai ke Segamat ye esok kawan - kawan . Niat nak bertolak pukul 4 pagi , nak sarapan ngan family same - same . Tapi tengoklah bangun pukul berapa esok .

p/s bila duduk kampung , takde entry baru . doakan aje ade line p1 kat kg , boleh update blog nih 

Kawal emosi

Assalamualaikum w.b.t

Cuma nak kongsi , semalam SHM main futsal . Orang tengah tido , SHM main futsal dengan kawan - kawan . Biasalah tu orang , jadi kelawar kat JB ni . Orang ajak friendly , kitorang pun ok je lah . Lawannya budak junior kolej .

SHM nak cerita pasal perlawanan futsal tu . Entah macam mana , disebabkan 2 orang pihak lawan yang main agak kasar , perlawanan jadi tegang . Terhenti ketika hampir - hampir hujung perjalanan . Cuma gaduh mulut , tapi tetap bergaduh .

Lepas dah balik , lupakan kejadian tadi , berlaku perbualan SHM dengan kawan SHM .

Kawan SHM : Aku tak pernah nampak ko mental koyak SHM .
SHM : Aku malas gaduh - gaduh ni .
Kawan SHM : Kalau ko mental , aku tengok ko jalan . Tak de nak emo - emo .
SHM : Aku kalau boleh tak nak gaduh - gaduh nih . Nanti tak sedap bila jumpa balik .
Kawan SHM : A'ah . Nanti jumpa kat kolej rasa macam lain pulak .

SHM memang jarang gaduh - gaduh ni . Kalau main futsal , kalau ada yang gaduh - gaduh , SHM tengokkan je dari jauh . Malas masuk campur . Nanti kalau masuk campur nanti takut ada yang patah tangan ke , kaki ke , lebam biji mata . Hehe .

Orang yang dapat mengawal kemarahan tu orang yang paling kuat sebenarnya . Bukan orang yang dapat mematahkan tangan , kaki orang lain sebenarnya kuat . Sebab marah ni datangnya daripada syaitan . Kalau ada orang marah , maka syaitan pun mengapi - apikan lagi . Jadi , bersabarlah .


Itu yang lebih baik . Wallahualam .

26 May 2011

CONTEST BEST HEADER EVER!!!

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni SHM nak join contest lagi . Memandangkan otak ni stuck lepas buat report , SHM malas nak kerah otak fikir ape nak kongsi walaupun ada , tapi SHM join contest ni dulu sebab senang je contest ni . Tak payah tag - tag .


Dan header yang paling SHM suka ialah yang tengah guna sekarang nih . Agak susah sebenarnya nak buat header nih , tapi disebabkan keminatan yang tinggi terhadap alam semulajadi nih , SHM buat jugak . Ada la dalam beberapa hari nak siapkan sebab SHM tak terus buat sampai siap . Buat sikit , tak de idea nak edit . Akhirnya jadilah sampai rupa bentuk macam harini walaupun masih tak puas hati dengan header nih . Tapi rasanya ni jelah header yang paling cantik SHM ade .


Disebabkan ruang yang terbatas untuk meletakkan header SHM ni kat template yang tengah SHM guna sekarang ni , SHM terpaksa memendekkan header ni . Jadi macam tak lawa sangat . Tapi bolehla kan , untuk dijadikan penghias blog SHM yang macam perempuan ni .



p/s ada orang ingat ini blog perempuan :D

SUNSHINE SMILE CONTEST

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

Dibawah ini adalah gambar yang dipertaruhkan saya (contoh sahaja):



Pagi - pagi ni SHM nak join SUNSHINE SMILE CONTEST . Sebenarnya SHM dah ditag oleh Fariza Othman . Bile dah ditag oleh beliau , SHM fikir bukan setakat 2 - 3 kali tapi banyak kali . Nak join ke tak nak . Dan SHM buat keputusan nak join sebab orang dah tag . Macam tak elok pulak orang dah tag kite tak jawabkan .

Dalam pemilihan gambar , SHM carik - carik gambar lama , takde pun gambar SHM senyum sorang - sorang ! Sebab SHM ni bukan jenis yang suke diambil gambar , SHM suke mengambil gambar . Gambar orang lain yang tengah senyum penuh la dalam simpanan SHM . Tapi setelah digodek - godek laptop nih , jumpalah gambar yang sesuai kot . Nak kate menawan , takde lah menawan sangat cuma bole la dikatakan senyum kan . Ni dia gambar yang dipertandingkan .


Gambar ni diambil semasa program berbuka puasa untuk kos architecture . SHM diapit dikiri dan kanan oleh sahabat SHM dan SHM telah memenangi pakaian paling retro malam tuh memandangkan tema untuk malam tu ialah retro *saje nak mention* . Dan sebenarnya SHM tengah sakit , baru lepas excident . Tapi macam takde ape - ape kan ? Sebab takde luka luaran yang terlibat , tu yang tak nampak macam excident . Yang terlibat hanyalah luka buah pinggang . Darah banyak keluar semasa buang air kecil . Tu yang masuk hospital 2 hari tuh . Tapi sekarang dah ok . Nasib baik takde kesan sampingan .

Ok , lari tajuk . Sekarang SHM nak tag 3 orang walaupun part ni paling tak best . Disebabkan dah syarat - syarat pertandingan macam tu , kite kene buat jugaklah . SHM tag Azra , Syuxer dan Siti .

25 May 2011

Gambar rosak 2

Assalamualaikum w.b.t

Entry pendek nak kejar mase , enjoy gambar rosak 2 .