26 May 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

Dibawah ini adalah gambar yang dipertaruhkan saya (contoh sahaja):



Pagi - pagi ni SHM nak join SUNSHINE SMILE CONTEST . Sebenarnya SHM dah ditag oleh Fariza Othman . Bile dah ditag oleh beliau , SHM fikir bukan setakat 2 - 3 kali tapi banyak kali . Nak join ke tak nak . Dan SHM buat keputusan nak join sebab orang dah tag . Macam tak elok pulak orang dah tag kite tak jawabkan .

Dalam pemilihan gambar , SHM carik - carik gambar lama , takde pun gambar SHM senyum sorang - sorang ! Sebab SHM ni bukan jenis yang suke diambil gambar , SHM suke mengambil gambar . Gambar orang lain yang tengah senyum penuh la dalam simpanan SHM . Tapi setelah digodek - godek laptop nih , jumpalah gambar yang sesuai kot . Nak kate menawan , takde lah menawan sangat cuma bole la dikatakan senyum kan . Ni dia gambar yang dipertandingkan .


Gambar ni diambil semasa program berbuka puasa untuk kos architecture . SHM diapit dikiri dan kanan oleh sahabat SHM dan SHM telah memenangi pakaian paling retro malam tuh memandangkan tema untuk malam tu ialah retro *saje nak mention* . Dan sebenarnya SHM tengah sakit , baru lepas excident . Tapi macam takde ape - ape kan ? Sebab takde luka luaran yang terlibat , tu yang tak nampak macam excident . Yang terlibat hanyalah luka buah pinggang . Darah banyak keluar semasa buang air kecil . Tu yang masuk hospital 2 hari tuh . Tapi sekarang dah ok . Nasib baik takde kesan sampingan .

Ok , lari tajuk . Sekarang SHM nak tag 3 orang walaupun part ni paling tak best . Disebabkan dah syarat - syarat pertandingan macam tu , kite kene buat jugaklah . SHM tag Azra , Syuxer dan Siti .