02 May 2011

SEGMEN: CITA-CITA AKU MASA KECIL

Dah dekat hujung-hujung praktikal ni, tak banyak masa yang SHM boleh peruntukkan kat blog ni sebab banyak lagi komitmen lain yang SHM kena fokuskan. Untuk menjimatkan masa, SHM nak join SEGMEN: CITA-CITA AKU MASA KECIL yang dianjurkan oleh Shera.


Ha, kalau korang nak tau, dulu mase kecik-kecik SHM ni bercita-cita nak jadik askar. Tapi, cita-cita tu terkubur lepas SHM tak terpilih masuk Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat kat Port Dickson. SHM tak dapat masuk sebab ukuran dada tak cukup. Ahaha. Lepas tu cita-cita mula berubah. Nak jadik polis pulak lah. Pastu tukar Bomba.

Tapi last-last sekarang masuk dalam bidang arkitek pulak dah. Jadi, cita-cita SHM mase kecik dulu tak tercapailah dan rasanya tak nak dah kot jadik askar walaupun masih ada peluang masuk askar. Tapi SHM sekarang ada migrain, tak boleh nak duduk tengah panas, mungkin memang tak boleh nak masuk askar kot. Tapi SHM bergembira dengan bidang yang SHM ceburi sekarang ni walaupun tak pernah mengimpikan masuk dalam bidang arkitek nih. SHM pun dah serasi jek dengan bidang yang SHM ambik nih.


Apa yang Shera patut buat dengan blog Shera? Erm, rasenye overall dah ok. Ringkas, tak berat. Tapi mungkin kalau follower tu letak tepi pun ok kot. (Blog SHM ni pun masih comot lagi, tak sempat nak cantikkan)

9 nasihat:

yatie Awang said...

masa kecik memang banyak cita2, sering bertukar je haha...belum matang katakan, dan buat SHM semoga sukses menjadi arkitek....

SHM said...

yatie Awang : haha..btul 2..
tq ea..:D

Shaherah said...

hahaha.. ok ok.. ada migrain ea.. jd arkitek tak bertambah2 ke migrain tu? ehee..

tp pape pun thanks ea join.. shera first time wat segmen ni.. thanks sgt2 join2.. hargai sgt2 ni.. ^_^ nanti shera citer pasal cita2 shera pulak ea.. ^_^

Syiera Bucuk said...

hope u dun mind if i'm asking..SHM tu singkatan tuk ape?nama awak ke...btw,ble cite bab2 cita2 ni..syiera bucuk kecik2 dl trgn nak jd polis..tp xley sbb rabun n x ckup tggi kot(158 cm je)hahaha..so terjun ke bidang engineering...jauh beza..=)

SHM said...

Shaherah : kdg2 2 ade la jgak kene serangan kan..tp dah biase dah...tp klu nak jdi askar mmg x lepas la skrg nih..:D

Syiera Bucuk : SHM tu singkatan utk Salihin Hilmi Mustapa...x pe2, engineering pun ok kot...

Syuxer said...

wahhh abang askar tuh..heheh..arkitek pun power bro..bina bangunan2 power2 patut ar arituh tanya design pasal masjid cantik2..rupanya ada kaitan dengan keje heheh..:)..semoga berjaya dalam bidang arkitek ni..nasib badanla saya x reti nak lukis pelan2 nih..jap2 ukur pembaris,jap2 ukur sesiku L..heheh

SHM said...

Syuxer : tq ye...skrg dah tak lukis gne pembaris2 nih...smua da pki komputer..:D

eintan nurfuzie said...

FOLO KAMU..N GD LUCK

SHM said...

eintan nurfuzie : thanks ya..:D

Post a Comment