11 May 2011

Yang mana satu ?

Assalamualaikum w.b.t

Belum habis merenovate blog ni . Pening jugak kepala architecture kalau masuk software engineering nih . Tengok kod - kod html , agak serabut . Tapi berjaya jugak edit sampai macam nih . Ada banyak benda lagi nak kena buat . SHM berkenan sangat kat template blog ni , tapi disebabkan tak dapat kod html yang blog ni guna , SHM mencuba edit seakan - akan blog tu . Sambung lain kali renovate blog ni sebab ada kerja yang SHM kena buat , SHM nak berkongsi sikit pengalaman hidup hari ini .
 
Hari ni hari kedua terakhir SHM berada Kedah ni . Banyak cara bos SHM nak suruh kerja kat sini . Sama ada secara halus ataupun terang - terangan . Secara halus macam bos SHM sanggup main badminton dengan kitorang semalam walaupun sebelum ni tak pernah main dengan kitorang pun . Tapi hebat jugak bos SHM main badminton . Satu set je kalah , set last . Tengok jugak sape jadi partner die , SHM la ^_^

Pastu lunch tadi bos SHM buat jamuan khas untuk SHM . Die cakap , sebelum ni tak pernah pun die buat jamuan untuk student praktikal ni . Tapi disebabkan bos offer keje kat SHM , tapi SHM tak nak , die buat jamuan ni .

Petang sebelum balik , bos SHM suruh masuk bilik die . Die tanye lebih kurang macam ni .

Bos : Betul tak nak kerja sini?
SHM : Saya boleh je nak kerja sini , tapi dapat offer kat JB , kerja sana je lah .
Bos : Kalau tak dapat offer JB hang kerja sinilah?
SHM : A'ah .
Bos : Lagi untung kalau hang kerja sini . Dapat lebih .
SHM : Yeke ?
Bos : Ha la . Depa bagi berapa ?
SHM : Tak tau lagi . Bos bagi berapa ?
Bos : Kena tau dulu sana bagi berapa . Nanti habaq kat saya depa bagi berapa . Baru saya cakap saya bagi berapa .

Nampak tak permainan die ? Punyalah nak suruh SHM kerja kat Alor Setar ni . Pastu sebelum balik , die letak surat pengesahan LI , notebook ngan cek . Die bagi hadiah sikit . SHM terkelu lidah , tak tau nak cakap ape melainkan terima kasih . Terasa dirasuah bile bos letak cek depan mata .  Memang sangat berharap bos nak suruh SHM kerja sini .

Keluar bilik bos , lalu meja Abang Tony , architect kat situ tengok cek . Wah , ok la tu . Tak pernah - pernah bos bagi bonus kat student praktikal . See , betapa sayangnya beliau nak lepaskan SHM pergi *statement perasan* . Jadi , SHM kena fikir balik jalan yang mana SHM patut pilih . Jauh ataupun dekat dengan family .

4 nasihat:

yatie Awang said...

jauh atau dekat tak penting, yang penting mereka sentiasa di hati SHM, tentang kerja fikir betul2, buat keputusan yg tepat untuk masa depan SHM ok

SHM said...

yatie Awang : tq kak . mmg nak kene fikir betul2 ni . utk mse dpn kan

Shaherah said...

eh blog ni dh ade ea.. mase tu bukk.. blog ni ckp tok reader tertentu jek.. Dah hentak2 laptop ni au// hahahah.. >.<"

SHM said...

Shaherah : dlm proses merenovate . ni pon lom siap lg .

Post a Comment