19 May 2011

Hukum meletakkan gambar tidak menutup aurat

Assalamualaikum w.b.t


SHM nak berkongsi dengan topik yang mungkin kita anggap remeh . Hukum meletakkan gambar yang tidak menutup aurat tak kisah lelaki ataupun perempuan . SHM bercakap bukan berdasarkan logik akal semata - mata , tetapi setelah membuat sedikit kajian , SHM mendapati hukum menyiarkan gambar - gambar tidak menutup aurat ialah BERDOSA . Ini bersandarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud " Sesiapa yang menyeru manusia kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala sama dengan orang yang melakukannya tanpa dikurangkan walau sedikitpun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru manusia kepada kesesatan maka dia juga turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikit pun.  (Hadis riwayat Muslim) "

Hukum melihat dan memperlihatkan aurat orang lain yang bukan mahram ialah berdosa . Ini kerana Islam telah mengajarkan kepada penganutnya supaya menutup auratnya jika berhadapan dengan orang yang bukan mahram . Kita akan dikira penyumbang dosa kepada pembukaan aurat orang lain jika kita menyebarkan gambar - gambar yang tidak menutup aurat .

Bayangkan kalau kita berkongsikan gambar seseorang yang tidak menutup aurat seperti di blog contohnya , kita akan dikira sebagai penyumbang kepada maksiat bukan ? Orang lain yang melihat gambar itu berdosa kerana melihat aurat orang lain , tetapi siapa yang membuatkan orang itu mendapat dosa kalau bukan kita yang menyebarkannya ? Orang yang paling banyak mendapat dosa sudah tentu tuan punya badan yang diperlihatkan auratnya . Tidak kurang photographer yang mengambil gambar tuan punya badan yang memperlihatkan auratnya juga . Orang yang berkongsikan gambar yang tidak menutup aurat di blog misalannya dapat tempias dosa kerana telah menyebarkan gambar itu . Dan akhir sekali , orang yang melihat sahaja gambar itu turut sama mendapat dosa .

Hal ini tejadi sama seperti sistem piramid yang telah SHM kongsikan sebelum ini . Siapa yang paling mendapat banyak saham daripada sistem ini ? Sudah tentulah orang yang diambil gambarnya dan disebarkan di blog , facebook , myspace dan sebagainya yang menjana saham terbesar . Walaupun penyebar - penyebar gambar seperti ini mungkin mendapat peratusan yang sedikit dalam pembahagian dosa yang dijana melalui gambar - gambar seperti itu , tahukah anda selagi gambar itu tidak dipadamkan daripada blog , facebook , myspace dan sebagainya , kita tetap mendapat ' keuntungan ' selagi orang lain melihatnya .

Sebab tulah kalau anda semua perasan , gambar - gambar yang dijadikan penyeri blog ni rasenye takde gambar - gambar perempuan walaupun kartun . SHM cuba mengelakkan menjana dosa daripada blog ni . Harap - harap takde lah gambar - gambar yang tak elok dalam blog ni . Kalau ada tu , tegur - tegurlah ye . SHM ni manusia biasa yang tak lepas buat silap .

Cukup sampai di sini penerangan SHM , para pembaca mungkin sudah cukup dewasa untuk menilai sesuatu samaada yang baik atau pun tidak . Gunakanlah kecerdikan anda untuk mencari keredhaan-Nya . Jangan berputus asa dalam mencari kebenaran . Mungkin penerangan ini tidak begitu jelas , tetapi anda boleh merujuk di sini , atau di sini dan juga di sini untuk meyakinkan anda .

Banyak lagi kelemahan SHM yang belum dibaiki . Tetapi tidak salah rasanya berkongsikan sesuatu yang telah kita ketahui kepada umum untuk kebaikan diri . Kalau yang dah baca entry ni , harap - haram cepat - cepatlah padam gambar - gambar yang tak berkenaan . Kalau tak nak , tak pe lah sebab SHM dah menjalankan tanggungjawab SHM . Keputusan terletak di tangan anda .

Wallahualam bissawab