30 October 2010

Lelaki lemah

Petang tadi aku gi Angsana nak amik laptop kat Yes Support. Tapi bile aku sampai kat sane, technician kat sane kate kat aku? "Ala,sory dik...belum siap lagilah". Peh, terasa menyirap gile time tuh. Semalam cakap tengah hari confirm siap. Tapi petang aku datang tak siap lagi. Mentang-mentang aku bayar RM9.90 jek. Masuk hari ni, da 3 kali aku datang nak amik laptop aku tu, tiap kali datang, "lom siap lagi". Naik bosan + segan aku nak gi sane lagi. Cakap ari Rabu bole siap, tapi sampai hari Jumaat ni tak siap lagi. Ikutkan ati aku memang nak je aku sound akak tu, tapi disebabkan masih ade kesabaran dalam diri ini, aku diamkan jek. Tapi dalam hati sape tau kan? Menyirap memang la terasa, tapi nak buat cmne, da anta pun kat sane. Confirm lepas ni aku tak anta sane lagi da.

Pastu malam ni bole lak aku teremosi. Sambil buat-buat keje, borak dengan Ajiem pasal zaman sekolah yang tak pernah nak fikir mase depan. Barulah sekarang nak menyesal perbuatan yang tak boleh diubah. Barulah sekarang fikir "kenapelah aku buat macam tu dulu". Lepas borak-borak pasal kisah silam, timbul lak pasal praktikal. Ajiem tanye,"betul ke ko nak praktikal kat Kedah sane?". Aku jawab,"Insya'allah kalau dapat". Ajiem cakap lagi,"Da tu ko nak duduk kat mane?" Aku jawab,"Tak tau lagi". Aku sambung lagi,"Sebenarnya aku da lame nak gi sane and aku nak duduk jauh daripada family. Aku sebelum ni tak pernah duk jauh daripada family. Dari kecik, baru sekarang duk jauh sikit. Tu pun JB jek. Masih dalam negeri sendiri. Aku nak hidup berdikari". Ajiem cakap lagi,"Aku ingatkan ko nak mintak kat sane ade family ko duk sane". Aku cakap,"Aku rase sewa rumah kot sebab setahu aku, aku takde family yang duduk sane. Aku memang berharap sangat nak duduk sane sebab da lame aku nak gi sane". Walaupun aku berharap dapat praktikal kat Kedah, sebenarnya ade sebab kenape sangat nak duk jauh kat sane. Tapi biarlah aku dan Ajiem (setakat ni) je yang tau sebab yang sangat utama tu. Sebabnye aku tak nak citer kat sini. Agak peribadi walaupun aku rase tak sangat.

Tu jelah aku nak citer kat sini walaupun banyak lagi sebenarnya. Tapi disebabkan emosi diri ini tidak mengizinkan, (mungkin teringat kat emak ayah di kampung) aku berhenti setakat ini. Agak lemah sebenarnya diri ini jika nak dibandingkan dengan sifat-sifat aku yang seperti tiada yang disembunyikan. Tetapi sebenarnya aku insan yang lemah, memerlukan tempat mengadu. Tetapi tiada tempat yang sesuai, aku hanya meluahkan di sini. Mungkin ada yang merasakan menulis entry sebegini hanya memalukan diri, tetapi diri ini hanyalah seorang lelaki yang lemah. Terlalu lemah jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan yang ada di sini.

5 nasihat:

Unknown said...

Assalammualaikum..bila berjauhan dari family baru kita akan sedar bahawa mereka tu sangat penting dalam hidup kita. ana pun tidak pernah berjauhan dari family sebelum ni. tapi bila dah dapat kerja lepas tu jauh lagi, ya Allah..memerlukan masa berbulan untuk menangis rindukan family..hehe..tapi tak apa, itu ujian untuk kita juga kan..kita ni hanya manusia biasa..wajarkan merasa lemah..yang penting doa tu jangan dilupakan..doa tu senjata org mukmin^^,

SHM said...

Waalaikumsalam...sebenarnya tiada masalah untuk berjauhan dengan family, tetapi sebagai manusia biasa, memang wajarlah kadang-kadang terasa kerinduan di hati jika bersendirian...terima kasih ya nurheart...

Ckin Kembaq said...

Alhamdulillah masih kuat berjauhan ngan family.. Terutamanya ngan my twin.. Sbbnya dah bpisah sejak Tingkatan 1. Dulu ni merupakan saat yg paling tak boleh thn, 3 bln air mata saja peneman..Sbb tak penah pisah ngan dia.. Skang? Da ok.alhamdulillah.. n_n

p/s : Hint antara twin ni kuat..cuma tak sedar je..hehe

Ameen Muslim said...

aku dari form 1 dah jauh dgn fmly. rindu tetap ada, tapi dah rasa biasa brjauhan. lelaki perlu rajin merantau utk ilmu dan kerja (of coz niat krn ALLAH), sal nti dialah yg pimpin keluarga.

SHM said...

ckin : da bese jgak jauh ngan family. tp kdg2 prasaan rindu tu dtg...
ameen : sbb tu aku nk merantau...

Post a Comment