31 October 2010

Ada apa dengan bola?

Semalam menjadi hari yang agak sibuk bagi aku. Pagi-pagi gi kolej wat skm @ sijil kemahiran malaysia. Kat kolej aku, yang mengambil dip. tek. mesti mengambil skm juge. So, dengan automatik aku sebagai student diploma teknologi senibina mengambil skm untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kolej untuk grad.

Settle semua tu, aku dan kawan-kawan balik ke rumah sambil membungkus nasi untuk makan tengah hari. Lepas Asar, aku dan kawan-kawan pergi menziarahi seorang SAHABAT yang dijangkiti demam denggi. Kesian rasanya melihat beliau yang diuji takkala beberapa hari lagi beliau akan mengikuti program mendaki gunung kinabalu.

Selepas selesai melawat beliau, aku dan kawan-kawan pun balik rumah. Malam itu, selepas Isya', aku dan kawan-kawan pergi bermain futsal di Taman Tun. Agak jauh tetapi berbaloi kerana dapat mengeluarkan peluh yang sangat banyak malam itu. 

Selepas bermain futsal, kami balik rumah dan membersihkan diri lalu pergi ke kedai mamak untuk mengisi perut. Jam ketika itu menunjukkan pukul 12 lebih dan ketika itu perlawanan di antara mu dan tottenham. Patutla ramai kat kedai mamak ni malam ni. 

Yang menjadi perhatianku, kenapa ramai orang suke tengok bola? Walaupun aku seorang lelaki yang suka bermain bola, tetapi untuk menonton perlawanan bola sepak di televisyen, amat jarang. Pergi ke stadium, jauh sekali. Dengan rasa seriusnya aku ingin memeberitahu kalian semua, aku tak pernah pergi ke stadium! Ya, tidak pernah sama sekali. Kesian kan? Tidak perlu kasihankan aku kerana aku sememangnya tidak berkeinginan pergi ke sana walaupun stadium larkin dekat dengan rumah aku (kalau stadium old trafford, mungkin nak). Aku adalah seorang manusia yang tidak sanggup meluangkan masa aku selama 90 minit di depan televisyen hanya untuk menonton perlawanan bola sepak. Ini adalah fakta diri aku. Pada aku, tiada faedah yang aku boleh dapat selama 90 minit menonton perlawanan bola sepak. Lebih baik aku duduk rumah dan tidur @ buat perkara yang lebih berfaedah. Jangan marah kepada penonton bola sepak semua ya... ^_^



p/s tahniah kepada kelantan yang menjadi juara piala malaysia malam tadi

5 nasihat:

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik

Takde yang pelik jika lelaki tidak minat bola. begitu juga tidak pelik wanita minat bola di zaman ini.

Seseorang mempunyai minat berbeza. Peminat bola tidak berasa rugi atau membzir masa menonton perlwnan bola sepak sebagaimana peminat filem tidak bosan menonton filem yg digemari.

Mungkin kerana saudara lebih meminati bola sepak EPL kerana mahu pergi ke old trafford tetapi tidak mahu ke larkin :)

SHM said...

Sebenarnya sy tak ske juga tgk EPL. Kalau ada yang bertanya tentang bola, serius byk yg sy x tau. Tentang old trafford pula, lumrah manusia biasa akan berasa lebih menarik jika berada di luar negara, mgkn disbbkn itu sy tak berkeinginan utk menonton bola di larkin ^_^

Ckin Kembaq said...

Bola?.. Ada gak pmpn yg minat.. Tp, sy tak termasuk..Stakat tengok gitu2 je boleh.. Kalau nak ngadap lama2 tu, agaknya btter tido kot.. n_n

p/s : Kalau org minta teman tgk nola,boleh je jot. Tp,kalu sorang2, ..faham2 je la..

Ameen Muslim said...

ramai je budak tmpat aku x tgk bola. but still main bola. kire, biase2 jer.

SHM said...

ckin : hehe, pendapat same!
ameen : owh, bese ea? ahaha, igtkn luar biasa...

Post a Comment