18 April 2011

Status rezeki photographer

Hari ni dapat balik awal. Lebih kurang pukul 1 tadi balik rumah sebab office terpaksa ditutup untuk mengelakkan disaman kerana menggunakan software tiruan @ bukan original. Sebenarnya minggu lepas lagi dah mula operasi membanteras penggunaan software tiruan nih. Dan minggu lepas pon dapat balik awal sebab bos suruh balik. So, ape tunggu lagi. Balikla.

Berbalik kepada tajuk asal hari ini, SHM nak membincangkan tentang dosa seorang photographer. Sumber diambil daripada sini.
Assalamualaikum..
Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.
1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.
4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).
Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Dan SHM tepegun seketika dengan penemuan SHM nih.


Anda kenal dengan lelaki dalam gambar ni? Inilah dia Ustaz Azhar Idrus. Sebelum ni SHM cuma kenal beliau sebagai seorang penceramah sahaja. Tetapi setelah terlihat artikal ini, baru SHM tahu Ustaz Azhar Idrus ni pon seorang photographer bertaraf professional! Tengok ajelah berapa kamera die bawak tu. Pastu ade lens putih pulak tu. Dan SHM juga meminati hasil karya-karya beliau yang sealiran dengan SHM iaitu landscape.

Cuma sedikit pesanan SHM, matlamat tak menghalalkan cara. Kalau dah tak boleh nak ambik gambar orang yang tak menutup aurat tu, janganlah ambik. Melainkan anda tak kisah dosa yang anda kumpul semakin berlambak.

Peace no war ^_^

7 nasihat:

zarulazlan said...

nice brada :) thnks for the info

ziraje said...

2 la..tp skrg model2 sume tdedah aurat. camne 2? seolah-olah, amalan ni da jd sebati. dan sgt susah untuk dibuang dr budaya kite..da jauh kite tpesong. papepn, semoga kita sume djauhkan drsuma ni.

SHM said...

zarulazlan : sharing is caring rite? :D

azra wahab : sbb yg terdedah-dedah la org suke tgk an? masya'allah..moga kita dihindarkan drpd perbuatan mcm 2..

Yuni Aisyah said...

bagus entry nie....:)

nak jd cam ustaz tu la...hehe

SHM said...

Yuni Aisyah : bole je klu nk jdik...tp bkn senang nk jdi photographer professional..:D

Cik Cempaka said...

bagus lah, tak penah terfikir pulak pasal ni..

SHM said...

Cik Cempaka : xpe2x..klu x tau x pe...tp dah tau, jgn buat..:D

Post a Comment