19 April 2011

Menangislah

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni SHM nak berkongsi tentang sebuah video yang sangat menyentuh hati. Tontonlah untuk kebaikan diri sendiri.

 


Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini, menangis adalah dituntut. Setitis air mata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di hari akhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tiak reda. Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya kepada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi, apabila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

-Semoga ada manfaat yang dapat kita kongsi bersama-

4 nasihat:

yatie Awang said...

tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira @ derita adalah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup

n3 akak yg semalam pun mengenai menangis juga DUHAI MATA YANG MENANGIS

SHM said...

yatie Awang : sesungguhnya tangisan kerana Allah itu lbh bererti drpd tangisan kerana duniawi..

dah bace entry 2 akak ^_^

Syuxer said...

emm..kadang2 susah gak kita nak menangis kerana Allah s.w.t lantaran keegoan yang kita miliki sehinggakan timbul atau terdetik dalam hati berasa sombong dengan Allah s.w.t..mintak dijauhkan itu..

SHM said...

Syuxer : btol 2...mntk djauhkn dr kta smua..amin..

Post a Comment