21 March 2011

3D using 3D Max


Semasa menjalani latihan industri ini, aku banyak belajar benda-benda baru. Memang banyak sangat sebab kat kolej dulu tak belajar benda-benda nih. Sama ada perkara yang berkaitan dengan architecture ataupun tidak.


Antara perkara yang tak berkaitan dengan architecture seperti binding, photostat, print, kemas office dan banyak lagi. Perkara yang berkaitan architecture lak seperti melipat drawing, buat setting-out kat site, buat title block, dan yang terbaru buat 3D menggunakan 3D Max. Software yang dah lama aku nak belajar. Sebelum ni aku dah boleh buat 3D guna sketch-up, tapi sekarang 3D Max pon dah boleh sikit-sikit. Kalau nak diikutkan, 3D Max ni lagi senang nak digunakan. Pastu tak leceh macam sketch-up. Kalau sape-sape yang tau guna tu, mesti cakap 3D Max lagi senang nak guna.


Seperti gambar kat atas, rumah yang dibina oleh aku sendiri tu menggunakan 3D Max. Dan ditambah pokok-pokok dan orang-orang menggunakan Photoshop CS4. Software yang paling penting untuk memanipulasi gambar supaya menjadi lebih real.


p/s : nak cari CS5. sape2 ade?

4 nasihat:

نور عيني said...

assalamualaikum...
cntik! thniah...
sy pon penah blaja 3D max tu dlu...
:)
smoge mnjadi org yg hebat!
^_^

SHM said...

نور عين : wa'alaikumsalam..
ya? terima kasih..
bru je blaja nih..
insya'allah, kita ^_*

Suehaily Mohd Jiwa said...

eh mmg senang 3D max compare to sketch up??
3D max bukan lagi byk command ke?

SHM said...

Suehaily Mohd Jiwa : sbnrnye mmg agak byk jgak..tp bile da tau yg asas, so snang la..drpd acad, import trus g 3d max, snang byk sbnrnye...:D

Post a Comment