16 December 2010

Sekembalinya aku

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar kalian semua? Sihat? Alhamdulillah, kita harus bersyukur dengan keadaan diri kita walau bagaimanapun keadaannya kerana itu semua kurnian Allah yang Maha Esa. Jika kita sihat, kita patut bersyukur kerana telah diberi kesihatan tubuh badan dan minda untuk menjalankan tugas seharian. Jika kita sakit kita patut bersyukur kerana Allah telah menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan. Sayangkan Allah kepada kita?. Walaupun begitu banyak dosa yang kita lakukan, Dia masih tidak jemu mengurniakan kita nikmat yang tidak terjumlah banyaknya.

Setelah agak lama menyepi, kali ini aku kembali dengan entry yang agak panjang. Terasa begitu malas sebenarnya hendak meng’update’ blog ini. Adakalanya terasa seperti mahu menutup sahaja blog ini. Begitu juga facebook yang tiada apa yang menarik minatku. Tetapi, aku cuba mengambil kata-kata dari seorang sahabat blog, “Pentingkanlah yang lebih penting itu dari pentingkan yang penting itu kerana pentingkan yang lebih penting itu lebih penting daripada pentingkan yang penting itu. Mungkin disebabkan itu, aku sekarang lebih mementingkan yang lebih penting dan kurang kurang mementingkan perkara yang kurang penting seperti blog ini dan juga facebook. Abaikan intro yang mengarut nih.

Jika kalian membaca entry sebelum ini ada mengatakan bahawa aku berada dalam kesibukan. Kesibukan yang menghalang aku melakukan kebiasaan di alam maya. Sebagai seorang pelajar, ada kalanya kita begitu sibuk hingga tidak sempat untuk melakukan perkara yang tidak perlu. Adakalanya pula masa kita seolah-olah terlalu banyak untuk melakukan perkara-perkara lain selain perkara yang berkaitan dengan pelajaran.
Sebagai seorang pelajara sinibina, memang menjadi lumrah hujung-hujung semester sibuk membuat persiapan untuk presentation final project. Begitu juga aku dan kawan-kawan yang lain. Terlalu sibuk membuat persiapan sehingga banyak perkara yang diabaikan. Makan, minum, tidur bukanlah menjadi perkara penting lagi. Semuanya terabai kecuali yang satu itu. Yang itu tidak boleh disangkal lagi kepentingannya oleh kerana telah diwajibkan ke atas seorang muslim, 5 kali sehari.

Memang sebagai seorang student architecture tidak tiduri perkara biasa, tetapi berjaga semalaman dengan duduk di satu tempat tanpa berganjak adalah memenatkan. 2-3 hari sebelum presentation, aku dan kawan-kawan bertungkus lumus menyiapkan final project kami untuk subjek design @ rekabentuk senibina. Walaupun tiada paper untuk subjek ini di final exam, tetapi untuk kos aku subjek inilah yang menjadi killer subject. Ini adalah kerana dalam subject ini, kami perlu merekabentuk sebuah bangunan bermula daripada case study hinggalah material yang akan digunakan untuk membentuk bangunan yang kami akan bina.
Pernah juga ada pelajar kos lain yang menganggap kami pelajar senibina senang untuk skor A. Tetapi mereka tidak tahu, bukan senang untuk membuat kajian sesebuah tapak samaada sesuai didirikan bangunan di situ atau tidak. Adakah rekabentuk bangunan itu sesuai dengan keadaan sekeliling? Bagaimana rekabentuk sesebuah bangunan itu boleh menjadi perhatian orang ramai? Kenapa kita merekabentuk bengunan seperti itu? Apakah bahan-bahan yang akan digunakan untuk membina bangunan yang telah kita rekabentuk supaya ianya kukuh dan bersesuaian. Semuanya akan diambil kira. Dari segala aspek. Bukannya main hentam saja, buat bangunan di sebuah tapak ikut citarasa kita. Itu bukan architecture.

Untuk final project yang terakhir kalinya dalam pelajaranku di peringkat diploma ini, aku telah diarahkan untuk mendesign sebuah perpustakaan awam @ public library di atas tapak yang telah ditetapkan iaitu di Stulang, Johor Bahru. Perpustakaan yang dibina mestilah memenuhi beberapa criteria seperti children playhall, staff workspace,reading area, common room, meeting room, toilet dan lain-lain. Dan aku telah merekabentuk sebuah public library moden 2 tingkat. Bahagian-bahagian bangunan aku itu ialah entrance, receptions, children play hall, stairs, open space, reading area, study area, open computer, toilet, meeting room, musolla, private room and relax area. Design yang agak simple tetapi memenuhi ‘requirement’.

Pada hari Isnin, 6 Desember 2010, aku dan rakan-rakan yang lain telah mem’present’ design masing-masing kepada Pn. Marlina, lecturer subject design untuk semester ini. Dan aku berasa sangat berpuas hati dengan hasil kerjaku kerana telah mendapat markah above average. Terasa sungguh berbaloi usaha yang aku lakukan. Terasa berbaloi tidak mendapat tidur yang mencukupi selama beberapa hari.  Aku telah mendapat apa yang telah aku kerjakan. Tahniah juga buat kawan-kawanku yang bersama-sama bertungkus-lumus menyiapkan design dan mendapat markah above average iaitu Chet, Man, Ajiem and Rakeeb. Ya, semua yang mendapat markah above average semua lelaki. Sangat-sangat menakjubkan kerana bukan kaum perempuan kaum minority di dalam kos kami. Terasa kami kaum lelaki yang amat cemerlang apabila hanya 5 orang yang mendapat markah above average. Bukan hendak bersikap riak atau berbangga diri, tetapi ingin berkongsikan berita gembira kami setelah berjuang sehabis baik. Setelah berjuang tanpa mengenal erti kepenatan.

Bukan aku ingin mengatakan bahawa kaum perempuan tidak bagus, cuma mungkin nasib tidak menyebelahi mereka. Tahniah juga buat mereka iaitu rakan-rakan sekelas yang telah berjaya menyiapkan  final project ini. Sesungguhnya itu lebih baik daripada tidak siap langsung. Ye tak? Sekurang-kurangnya kita telah melakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga siap projek ini. Semua adalah pelajar yang terbaik kerana mampu menghasilkan design tersendiri.

Bukannya senang untuk menyiapkan projek ni kerana projek ni dilakukan secara individu. Ini bermakna setiap individu bebas mencurahkan idea mereka sendiri. Bebas untuk merekabentuk bangunan mereka sendiri. Tahniah sekali lagi kepada student DMA 5 2010/2011 kerana telah Berjaya menyiapkan projek ini.
Dan sepanjang project ini dijalankan, terdapat juga kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Pengalaman setelah membuat kerja selama beberapa jam dan tanpa sempat di’save’ telah hilang begitu saja dek kerana seorang teman serumah yang terlanggar wayar pengecas laptop aku. Tetapi yang peliknya, aku tidak berasa marah walau sedikit pun kepada beliau kerana telah menyebabkan hasil kerja-kerjaku hilang sekelip mata dan aku perlu membuatnya dari mula. Sungguh tidak aku fahami diri sendiri. Mungkin kerana aku berasa ianya salah aku juga yang tidak simpan dari awal. Tetapi, kasihan pula melihat rakanku itu yang terasa sungguh bersalah. Sangat-sangat terasa bersalah kerana telah membuatkan kerjaku hilang dalam sekelip mata.

Ah, tidak mengapa kerana semua itu sudah lepas. Semua itu menjadi akan menjadi kenangan. Kenangan di pengakhiran semester ini. Selepas ini tiada lagi peluang kami bersengkang mata untuk menyiapkan projek kerana semester depan kami akan menjalani Latihan Industri. Dan masing-masing mungkin tidak akan berjumpa selalu. Masing-masing akan membawa haluan sendiri. Begitu juga aku yang akan membawa diri jauh. Lebih jauh berbanding rakan-rakan yang lain. Semoga rakan-rakan seperjuanganku berjaya menempuh setiap cubaan yang disediakan kepada kita semua.

1st presentation board aku. Simple yg amat.

 2nd board.

Perspektif yang dah di render. Hantam sajalah...

2 nasihat:

Al - Mu'allim said...

Walaupun dihentam tapi ianya ttp cantik. Kalau dibuat betul2 mesti lagi cantik.

Walaupun saudara kata tidak mempunyai bakat dalam penulisan tapi bakat dalam lukisan saudara adalah hebat.

tidak mahu ke berkongsi lukisan di sini?

SDS said...

yg ni bkn lukisan tgn, tp lukisan komputer...
bkt lukisan tgn, sy takde.. :D

Post a Comment