19 March 2011

Hi, i'm back



Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya tak menulis kat sini. Disebabkan hidup aku dah berubah sekarang ni sejak praktikal, aku dah tak sempat nak menulis dalam blog nih. Cuma menulis dalam buku laporan praktikal aku je tuh.

Hari-hari, aku gi kerja. Pagi, dalam pukul 8.00 aku siap-siap nak gi kerja. Kul 9.00, masuk kerja sampai kul 6.00. Daripada hari Ahad sampailah hari Khamis, rutin harian aku sama jek. Kadag-kadang stay office malam tuh sebab wat kerja yang tertangguh. Ada sehari tuh, aku stay office daripada pukul 8.00 malam sampai la 6.00 petang. Tak tido sebab banyak kerja yang nak submit tengah hari tuh. Dengan tak balik rumah, pakai baju yang sama, aku duk dalam office tuh lebih kurang 22 jam sebab buat 3D.

Then, hari minggu lak, duk rumah takde buat ape-ape. Just online, men game, tengok citer. Nak keluar takde member lak. Kalau ade pon, tak tau nak gi mane. Macam tu lah rutin hidup aku. Rase macam bosan jek. Tapi macam ni lah realiti orang bila ada kerjaya kot. Tapi kadang-kadang tu, lepas balik kerja salin baju, gi main takraw kat depan rumah. Main bola ngan budak-budak kecik sebelah rumah. Temankan kawan sebilik aku ni senam. Rasanya, tak banyak perbezaan dari minggu ni dengan minggu lepas pon.

Hari ni, tiba-tiba tergerak hati aku nak menulis sesuatu kat dalam blog nih. Aku rasa nak 'hidupkan' balik blog nih. Tapi tak janji boleh update setiap hari sebab masa tak mengizinkan aku nak keluarkan idea untuk tulis apa dalam blog nih. Kalau boleh, aku pun tak nak menjadikan blog aku nih tempat untuk menceritakan perihal peribadi aku.

sampai berjumpa lagi dalam entry akan datang.

4 nasihat:

RHI said...

wah!!!! sibuknya dia huhu....

Ckin Kembaq said...

Selamat kembali..

kembali dengan info,ilmu baru..bila nak berkongsi..? ^_^

SHM said...

dh msk bidang ni, mmg mcm ni lah rutin hdpnya..:D

SHM said...

Ckin Kembaq : insya'allah, akan dikongsi dari masa ke masa..^_*

Post a Comment