21 January 2011

GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com

Entry khas untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ckin yang sudi tag aku. Walaupun aku menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, ini tidak bermakna aku ingin menyertai peraduan ini. Sebabnya, blog ini hanyalah blog usang dan terdapat beberapa kriteria yang blog ini tidak dapat memenuhi kehendak penganjur.

Walaupun aku tidak menyertai peraduan yang dianjurkan oleh FARISZ@AZ.Com ini, tetapi aku akan menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan.

Soalan pertama:
i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.(xramai suka lagu nasyid tapi pilihlah lagu mana yang paling disukai).

Aku ni jenis yang tak selalu dengar nasyid. Bergantung kepada mood. Tapi, aku juga suka lagu nasyid yang bertajuk Ainul Mardhiah yang didendangkan oleh kumpulan UNIC.

Soalan kedua :
ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.

Ainul Mardhiah

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )

iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.

Sebab aku suka lagu ini adalah kerana dua perkara ni:

-Lirik - Lirik lagu Ainul Mardhiah ni mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Lagu yang menceritakan seseorang yang bernama Ainul Mardhiah iaitu ketua kepada para bidadari di syurga yang akan menjadi peneman seorang lelaki yang masuk ke syurga ini. Kecantikan Ainul Mardhiah ini tidak boleh ditandingi mana-mana wanita yang ada di dunia ini.

-Muzik - Muzik lagu ini juga menjadi sebab aku meminati lagu ini. Lebih-lebih lagi bila tiba di bahagian korus.

Dengan gabungan dua eleman yang bersesuaian ini, ia telah menambatkan hatiku untuk meminati lagu ini. Sebenarnya, ada banyak lagi lagu-lagu nasyid yang aku suka. Tetapi tidaklah terlalu banyak sehingga tahu lagu-lagu yang terbaru. Di antara lagu-lagu nasyid lain yang aku suka ialah, Allahu, Pelita Hidup, Rasulullah, Selimut Putih, Teman Sejati, Fatamorgana dan banyak lagi.

Tetapi, semenjak aku berjumpa dengan video Sheikh Masyari, seorang imam besar imam besar negara Kuwait mengalunkan bacaan Al-Quran semasa Solat Tarawih di komputer abangku, aku mula jatuh cinta dengan bacaannya. Sungguh menyentuh hatiku.

Dan aku berkenan untuk tag 3 orang yang sudi menjadi follower blog ini iaitu:


p/s : Kepada yang ditag, terpulang sama ada anda mahu menjawab soalan-soalan di atas atau tidak.




5 nasihat:

Random Talk said...

feel free..
taq me in any post..
definitely im glad in sharing..:)

Ckin Kembaq said...

Oh..suka lagu tu..Memang best lagu UNIC.. n_n

SHM said...

cik mimie : insya'allah..i will..:D
Ckin Kembaq : ^_^ sbb 'unic'

Al - Mu'allim said...

Saya dah jawab. Ok x jawapan tu? hehe

SHM said...

Al - Mu'allim : mestilah ok klu Al-Muallim yg buat..^_^

Post a Comment