21 November 2010

Mudahnya menjadi muslim, namun...

Salam berhujung minggu kepada penduduk selatan Malaysia dan salam permulaan minggu buat warga utara.

Mudahnya menjadi muslim, namun...kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim, namun...


Anda cuma perlukan lima minit untuk solat Subuh sedangkan anda memerlukan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...


Anda hanya perlukan 2 saat untuk memberi salam kepada ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...


Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda telah meluangkan masa hingga 20 minit mendandan rambut...


Anda hanya perlukan 15 minint untuk menunaikan solat Zohor sedangkan anda memerlukan 1 jam 15 minit untuk makan tengahari...


Anda memerlukan 15 minit untuk solat Asar berjemaah tetapi anda telah meluangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...


Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-Quran, tidak selama menonton cd dan melayari internet. Solat Maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...


Hanya 2 saat mengucapkan salam dan kasih kepada ibubapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...


Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60...






Renung-renungkan...mudahnya menjadi muslim sedangkan banyak perkara yang tidak perlu kita lakukan sehari-hari. Islam agama yang mudah. Bukan agama yang menyusahkan. Cuma kita kadang-kadang yang menyusahkannya. Melakukan hal-hal duniawi dirasakan lebih penting daripada hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.

9 nasihat:

elianesuriane said...

nasihat yg brguna..

SHM said...

Insya'allah, yg baik kita kongsikan bersama...

Kalamhati said...

huhu betul tu..peringatan utk diri akak gak..tq ye!

SHM said...

peringatan untuk kita semua...
wajar dokongsi utk kebaikan bersama...

Al - Mu'allim said...

Salam 'alaik

Nasihat yang baik bagi mereka yang mahu berfikir

SHM said...

sesiapa yg mahu berfikir, insya'allah dapat menilai sebenarnya agama Islam ialah agama yg mudah...

Nur Suaidah Bachok said...

TQ atas perkongsian :)

Anonymous said...

sekadar renungan dan peringatan untuk kita semua.btw best entry ni.saye sukeee-.-

SHM said...

molmolla : benda yg baik mestilah dihebahkn utk kebaikn semua..ye x?

mahfudzah : renungan utk sesiapa yg mahu merenungkannya..terima kasih sbb suka entry ni...

Post a Comment