18 November 2010

Telah kembali

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana aku pergi setelah agak lama tiada berita terbaru daripada blog ini. Maklumlah, sebelum ini tidak pernah aku meninggalkan blog ini sebegini lama.

Dalam kehidupan ini, kita tidak akan mengetahui bahawa akan terjadi 'sesuatu' dalam hidup kita. Dan kita tidak akan mengetahui bahawa 'sesuatu' itu boleh mengubah diri kita tanpa kita sedari.

Sebenarnya, selama kehilangan aku daripada blog ini, aku mencari sebuah jawapan yang persoalannya aku pun tidak pasti. Bukan sebab kesibukan yang menyebabkan tiada masa langsung untuk menulis, tetapi sengaja mengelak untuk menulis di blog ini.

Walaupun sebenarnya banyak yang aku ingin kongsikan, tetapi halangan untuk aku menulis selalu ada. Jika mungkin banyak perkara yang aku ingin tuliskan, waktu itulah aku sibuk dengan urusan dunia. Sebagai seorang pelajar, memang wajarlah kerja yang banyak menghantuiku. Tambahan pula aku seorang pelajar senibina, banyak yang perlu dilakukan di akhir-akhir sem ini. Jika masa aku renggang, tiada pula nafsu aku untuk berblog. Lebih selesa membaca blog-blog orang lain. Mungkin blog kalian yang membaca entry ini barangkali.

Sebenarnya sudah lama ingin berhenti daripada aktif di dunia maya. Daripada facebook mahupun blog. Hasrat hatiku ingin men'deactived' facebook, tetapi kasihan pula kepada rakan-rakan. Takut tiada cara untuk menghubungiku. Aku juga sebenarnya ingin 'menghilangkan' blog ini, tetapi setelah difikirkan semasak-masaknya mungkin blog ini berguna untuk kalian. Walaupun rasanya blog ini tidaklah sepenting mana, tetapi akanku manfaatkannya dengan ilmu aku yang tidak seberapa.

Di saat semua teman serumah yang lain sedang di rumah tercinta memandangkan cuti Hari Raya Aidiladha yang jatuhnya hari semalam dan tinggallah aku bersama seorang SAHABAT dari Terengganu, aku mengambil kesempatan ini untuk menulis secoret berita daripada yang mungkin agak lama muncul disini.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya yang taat kepada perintah-Nya. sanggupkah kita berkorban sedemikian rupa? Tepuk dada, tanyalah iman.


Wassalam...

p/s: berita gembira, aku da dapat tempat praktikal di Kedah.


3 nasihat:

Ckin Kembaq said...

Alhamdulillah kalu macam tu.. Moga dpt apa yg nak dicari... Sebut pasal korban, byk cabangnya....Antaranya macam ni la..kan?

p/s : Bagusla... Rezki di negeri orang... n_n

SHM said...

Sbnrnya x tau pun ap yg dcari...^_^

p/s : Alhamdulillah

Yuni Aisyah said...

jgn jadikan 'sesuatu' itu mengubah hidup kamu kpd yg tidak baik...:)

sebagai seorang pelajar kurang masa utk melakukan perkara lain..itulah pengorbanan utk mengecapi kecemerlangan kelak..


marilah kita sama2 menyelami erti sbnr pengorbanan...eid mubarak..

Post a Comment