السلام عليكم
Alhamdulillah, design masjid yang SHM kena buat dah siap. Cuma tinggal dikritik aje. Terasa macam nak suruh readers semua kritik, cuma lukisan yang SHM buat dalam bentuk 2D. Takut ramai yang tak faham. Nanti kalau ada masa, SHM tunjuk 3D masjid yang SHM dah design tuh.
Hari ni, SHM nak kongsi dengan artikel yang SHM terjumpa tadi. Tentang soalan Nabi Muhammad S.A.W kepada iblis dan iblis menjawabnya dengan jujur.  
20 soalan Rasulullah S.A.W Kepada Iblis dan dijawab oleh Iblis sebagai  peringatan kepada kita semua. Moga kita terlindung dari kejahatan dan  tipu daya iblis. kongsikan bersama-sama rakan anda.
Soalan Nabi yang Pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah!Tuanlah musuh hamba yang paling besar di  antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka  Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya  Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti  sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak  salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru  kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka  terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam  supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran  supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba  berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan  tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah  supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"
Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan  kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga  mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya  meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka,  hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata,  rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan  haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di  situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum  arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan  malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu  maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan  zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari  wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka  teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba  akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba  goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena  goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan  melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta,  mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan  berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan  menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang  paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang  melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang  memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan  engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha  Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi  sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu  tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah  dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba  tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama.  Tiba-tiba datang firman Allah SWT. hendak menjadikan seorang Khalifah di  dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat  memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu  Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu  bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian  Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang  permaisuri(Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah  dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu  melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya  dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan  kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat  beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya  membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan  berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir  ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke  langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia  berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba  turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang  sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan  berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja  ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke  langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di  setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka  Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala.  Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan  semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera  hamba untuk menjalankan tugas hasutan."
Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada  kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya.  Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan  pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan  hamba"
Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan  hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh  iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.  Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas  sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan  dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan  khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya  sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah  Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak  kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya  sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang  pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba  sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"
Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa  terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari  daripadanya."
Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"
Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya  kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah  cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan  kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa  yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak  dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba  ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung  dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang  berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada  setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala  semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari  bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.  Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah  sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba;  jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas  dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana  pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat  tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak  mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa  seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam  tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."
Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar  seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang  dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang  "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut  mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq  sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan  pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas  kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri  telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal  kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.  Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan  anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.  Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya  kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.  Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba  kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah  mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh  menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai  membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina  Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa  bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati  syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya,  banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat  itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis  Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat  merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina  Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya  dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis,  syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka  kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama  memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada  sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah  akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah  negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi  menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.
Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan  dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi  nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta  meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah  pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah  iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat  amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun;  terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka  hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya  ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba.  Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu,  tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin  hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila  diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat  seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan  terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan  hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar  sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan  hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"
Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"
Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"
Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak  membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok gosokkan najisnya  sendiri ke badannya tanpa dia sedari"
Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta  membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika  tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah  benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan  gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Inisemua  kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa  Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan,  tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd  Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah  mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut  bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah  hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat  pada bulu itu"
Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di  waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena  hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan  isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"
Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan  tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan  solat tengah malam"
Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"
Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab iblis -"Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup"
Semua rahsia dah kita ketahui. Cuma pandai-pandailah diri sendiri nak elak godaan tu macam mana.
Sumber dari sini.

3 nasihat:
cukup bermanfaat
Banyaknya soalan Nabi pada iblis .. Dan iblis pula jawab dengan jujur !!!
Nice sharing ..
=)
yatie Awang : lagi bermanfaat klu kita mengambil pengajaran drpdnya..
nelly : sharing is caring :D
Post a Comment