03 May 2011

"Kisah Candid Pictureku"

Assalamualaikum w.b.t

First of all kawan-kawan, SHM nak mintak maaf banyak-banyak sebab sejak kebelakangan ni blog ni asyik join segmen ngan contest jek. Sampai ada yang cakap, blog ni blog contest ke? Bukan SHM tak nak menulis sesuatu, cuma sekarang ni masa yang nak diperuntukkan kat blog ni takde la banyak sangat. Lagipun SHM nak mempromosi blog ni supaya lebih ramai yang membaca apa yang dikongsikan SHM. Insya'allah, esok ada entry yang best SHM nak sajikan kepada para pembaca sekalian.

SHM dah dijemput oleh tuan punya blog Genkcorner untuk meyertai "Kisah Candid Pictureku". Tak join nanti pulak, apa kata tuan rumah ye tak. Orang dah jemput, elok kita join. Sebenarnya, banyak gambar yang bersifat 'candid' dalam simpanan SHM ni. Cuma yang banyak-banyak tu bukan SHM yang dicandidkan. SHM banyak mengandid orang lain berbanding orang mengandid SHM.


Ok, gambar ni bukan nak tunjuk SHM bagus, tp ni je lah gambar yang dapat SHM pilih, takde gambar lain dah. Kalau ada pun, tak sesuai ditayangkan kat sini. Censored!


Gambar ni memang tak dapat nak dipastikan sape yang snap sebab tak perasan!! Sungguh. Kalau tak, SHM dah posing baik-baik dah. Tapi gambar ni disnap mase kampung SHM, Kampung Melayu Raya, Segamat dipilih untuk Program Ziarah Pusara. Program Ziarah Pusara ni program yang diadakan dalam Adun Kemelah (kot) setiap tahun sebelum menjelangnya bulan puasa. Program ni dimulakan dengan sedikit tahlil, lepas tu sarapan, bersihkan kawasan kubur, makan lagi, sambung bersihkan kawasan kubur hingga selesai dan balik.

Program ni jugak dimeriahkan dengan kehadiran anggota JPA, Pejabat Agama Islam Segamat dan lain-lain (tak ingat dah). Mula-mula SHM tak rancang pun nak ikut program ni, tapi bila fikir-fikir balik, bila lagi kita SHM nak berbakti kat kampung SHM ni memandangkan SHM bukannya selalu ada kat kampung, SHM pun joinla. Tambahan pulak, abang SHM join n ajak sepupu SHM sekali, SHM pun ajakla adik SHM yang bongsu tu. Daripada dia membesarkan perut kat rumah, baik ikut gi join program-program macam ni. Boleh la merapatkan silaturrahim. 

Ok, cuma tulah je kot SHM nak cerita. Mungkin tak menarik, tapi banyak manfaatnya kalau kita join program macam ni.

p/s : SHM yg mne? Ada kat dalam gambar tu. Cari jela ^_^

(sticky) PHOTO CONTEST - The Best SUNSET In Your Life

  Klik banner untuk join

Contest lagi. Sejak kebelakangan ni SHM asyik nak masuk contest jek. Tapi contest yang ni sayang nak tinggalkan sebab memang kesukaan SHM sunset-sunset ni. Lagipun, banyak gambar sunset yang ada dalam simpanan SHM ni. Tinggal nak keluarkan jek.

Klik untuk pembesaran

Ni gambar yang SHM nak pertaruhkan. Gambar ni gambar asal daripada Canon 60D SHM. Tak de sebarang editting kat gambar ni melainkan watermark tu dan juga resize.

Takde cerita best sebenarnya di sebalik gambar ni. Petang tu, 2 April 2011 bersamaan hari Sabtu macam biasa SHM keluar bawak kamera gi rumah saudara kat Pokok Sena. balik daripada Pokok Sena, dekat pukul 7 nak balik rumah sambil cari-cari tempat yang best untuk snap sunset. dah memang hobi SHM snap gambar sunset. Last-last SHM jumpa tempat yang kat atas tu, dekat je dengan rumah SHM ni. Mase tu padi semua dah dituai, jadi air je yang memenuhi sawah tu. SHM pun memulakan aktiviti kesukaan SHM sampai la dapat gambar macam ni. Sebenarnya, SHM dah lama nak snap gambar sunset kat pantai, cuma belum berkesempatan lagi. Tak dapat kat pantai, kat sawah ni pun jadi la. Ada reflection jugak kan.

Tapi pengalaman berada di tempat kejadian hanya boleh dirasai SHM sendiri je sebab bg SHM, walau cantik macam mane pun gambar yang kita ambil, tak kan sama dengan perasaan kita kat tempat yang kita ambil gambar tu. Kecantikan semulajadi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ni memang takde tolok bandingnya.

Akhir sekali, SHM nak tag Azra sebab die baru je beli kamera baru. Nak tengok gambar kamera baru macam mane. ^_^

02 May 2011

Contest : Gambar DesktOp Lappy !

Kali ni SHM nak join contest pulak. Memandangkan contest ni senang jek, SHM pun join.


Contest ng dianjurkan oleh tuan punya blog, Another story to tell you. Ok, gambar desktop SHM ni takdelah lawa sangat. Tapi gambar tu pernah jadi header blog ni dulu. Serius simple sebab SHM tak suka bende-bende yang terlalu serabut. So, gambar desktop SHM ialah seperti yang ditunjukkan di bawah ni.


See. Simple yang amat kan? Icon-icon pon takde sebab SHM hidekan. Memang SHM tak suka serabut-serabut dan untuk memudahkan SHM bukak apa yang SHM suka bukak, SHM guna Object Dock yang kat atas tu untuk menggantikan icon-icon sedia ada kat desktop tuh. Icon-icon tu boleh ditukarkan dengan apa sahaja icon yang pengguna nak guna. Jadi, kemas la sikit desktop SHM ni.

Sekarang SHM nak kena tag 2 blogger lain. Jadi setelah dipertimbangkan, SHM nak tag Yatie Awang dan Yuni Aisyah.

Segmen Jemput Ke Blog Saya


Hari ni SHM nak join segmen lagi. Segmen Jemput Ke Blog Saya. Heheh. Jemput la datang ke blog SHM nih. Walaupun blog ni takde lah lawa sangat, header pun belum sempat nak buat lagi, tapi mungkin ada ilmu-ilmu yang boleh kita ambil daripadanya. Tu yang pentingkan. Ilmu yang ada dalam sesebuah blog lagi penting daripada widget-widget yang terlalu banyak.

Insya'allah, blog SHM ni akan berkongsikan lebih banyak ilmu di masa akan datang. Nak join segmen ni? Boleh la ke klik kat sini ataupun header atas tu.

SEGMEN: CITA-CITA AKU MASA KECIL

Dah dekat hujung-hujung praktikal ni, tak banyak masa yang SHM boleh peruntukkan kat blog ni sebab banyak lagi komitmen lain yang SHM kena fokuskan. Untuk menjimatkan masa, SHM nak join SEGMEN: CITA-CITA AKU MASA KECIL yang dianjurkan oleh Shera.


Ha, kalau korang nak tau, dulu mase kecik-kecik SHM ni bercita-cita nak jadik askar. Tapi, cita-cita tu terkubur lepas SHM tak terpilih masuk Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat kat Port Dickson. SHM tak dapat masuk sebab ukuran dada tak cukup. Ahaha. Lepas tu cita-cita mula berubah. Nak jadik polis pulak lah. Pastu tukar Bomba.

Tapi last-last sekarang masuk dalam bidang arkitek pulak dah. Jadi, cita-cita SHM mase kecik dulu tak tercapailah dan rasanya tak nak dah kot jadik askar walaupun masih ada peluang masuk askar. Tapi SHM sekarang ada migrain, tak boleh nak duduk tengah panas, mungkin memang tak boleh nak masuk askar kot. Tapi SHM bergembira dengan bidang yang SHM ceburi sekarang ni walaupun tak pernah mengimpikan masuk dalam bidang arkitek nih. SHM pun dah serasi jek dengan bidang yang SHM ambik nih.


Apa yang Shera patut buat dengan blog Shera? Erm, rasenye overall dah ok. Ringkas, tak berat. Tapi mungkin kalau follower tu letak tepi pun ok kot. (Blog SHM ni pun masih comot lagi, tak sempat nak cantikkan)