06 May 2011

Sifat maskulin SHM

Assalamualaikum w.b.t

Kesinambungan daripada entry Korang nak tau ke ? , SHM nak bagitau sedikit ciri-ciri yang ada kat SHM . Macam - macam jawapan yang SHM dapat . Ada yang betul , ada yang salah . Tapi yang banyaknye salah . Cuma sorang jek yang betul jawapannya . Memang semua yang die jawab betul ! Fuh , ahli nujum ke Sherah ni ? Ni jawapan yang die bagi . "SHM mungkin jenis penyimpan rahsia.. Pendiam.. Lebih suka mendengar orang cakap, membuat penilaian sendiri, lebih suka mengalah.. Dan jenis orang yang boleh dipercayai.. Am I right? Ehee.. ^_^" Ni bodek ke ape ? Just kidding Shera ;D

Kalau betul - betul orang yang kenal SHM , mungkin diorang tak setuju kot kalau cakap SHM pendiam ! Pendiam tu cuma sikit je . Yang lebih , pemalu  Ya , SHM seorang yang pemalu *Matilah statement camni* Ini serius , bukan main - main . Lagi - lagi dengan perempuankan . Tapi kalau yang dah rapat tu , taklah sangat . Tapi kalau baru kenal , memang tak lah SHM nak tegur kan .

Lebih suka mendengar orang cakap , membuat penilaian sendiri , lebih suka mengalah *statement lagi* . Biasenye SHM akan dengar cakap jek . Kalau ditanya pendapat , barulah SHM keluarkan hujah - hujah bernas *gila statement* SHM lagi suka mengalah sebab malas sebenarnya nak bertekak ni .

Jenis yang boleh dipercayai tu , tak nak komen sangat . Memang la korang boleh percaya kat SHM *please statement* tapi better jangan percaya 100% pada orang yang kita kenal ataupun yang dah kenal . Sebab manusia ni boleh berubah kan . Kawan pon makan kawan , tapi SHM tak *perasan* . Cikgu SHM pernah pesan , walaupun korang dah kawin , tapi make sure simpan rasa ketidakpercayaan pada pasangan sikit , about 5 - 10% .

Ada jugak yang cakap SHM ni cepat marah . Tak betul tu Kak Yatie , nama SHM pun dah bermaksud 'kesabaranku' . Alhamdulillah , SHM ni orangnye sabar *oh,please statement* . Tak caye , cuba tanye kawan - kawan SHM , pernah ke diorang ni nampak marah . Kalau SHM marah , SHM simpan dalan hati jek . Tak guna lepaskan kat orang balik , tak dapat ape pon kot .

Syuxer pulak cakap , SHM seorang yang hensem . Oh tidak , SHM tidak mempunyai raut wajah yang boleh membuatkan perempuan berasa tidak keruan (rasenya) . Tapi cukuplah untuk membuatkan hati ibubapa membisikkan "kalaulah SHM ni jadik menantu aku" Ahaha . *confirm mati punya statement* Ok serius , SHM tak de rupa yang sangat menarik , cukuplah dengan sempurna wajah . Ada hidung , mata , mulut . Syuxer cakap lagi , umur dalam lingkungan 23-27 , lepasan ijazah . Salah semuanya . SHM baru jek 20 (bulan 8 masuk 21) , baru jek nak abis diploma .

SiS NaD pulak SHM seorang yang soft spoken . Erk , soft spoken tu budi bahasa ke ? Kalau budi bahasa tu , confirm SHM ni jenis soft spoken *statement bunuh diri* SHM dah diajar oleh kedua orang tua SHM , rasanya SHM takkan cakap yang tak elok - elok ngan orang yang lagi tua daripada SHM . Budi bahasa budaya kita *oh please*

Kesimpulannya , SHM seorang lelaki yang tidak mempunyai rupa paras yang menjadi kegilaan perempuan - perempuan yang meminati artis korea , mempunyai sifat pemalu , kadang - kadang menjadi pendiam , tahu hormat orang tua ,  lebih suka mendengar daripada bercakap *statement perasan* Tu jelah yang SHM nak kongsi . Takut kalau bagi banyak lagi , orang menyampah pulak :D


p/s : tak kenal maka tak cinta kata Fiera Pirot . ^_^



























SHM yg sebenar ^_^

05 May 2011

Korang nak tau ke?

Petang ni terfikir pulak persoalan ni . Korang rase korang kenal ke SHM ni macam mane ? Sebab rata-rata blogger mesti ade letak gambar diorang sendiri . Yang memang kenal tu , kenallah kan . Tapi yang memang tak pernah bersemuka dengan SHM ni ?


Yelah , SHM malas nak upload gambar sendiri kat blog ni . Yang ade kat profile tu cuma avatar tu je . Petang ni SHM nak tanye la pendapat readers yang membaca blog SHM ni . Korang rase SHM ni orangnye camne ? Cube komen sikit . Yang dah kenal tu , tak payah la nak komen . Pecah rahsia . Ni bukan contest ea , just suka - suka je .

Lelaki dan perempuan

Semalam , ada satu segmen yang dianjurkan Ben Ashaari yang bertajuk Lelaki vs Perempuan . SHM malas nak join , cuma membaca entry-entry yang join dalam segmen ni . Baca punya baca , sampailah kat blog Datin Seri Irma . Ada 4 soalan yang dikemukakan kepada para pembaca terutamanya lelakilah kan . Soalan-soalannya berbunyi begini .

Ntah macam mane , SHM boleh balas balik dengan jawapan kat Datin . Sebab soalan yang dikemukakan Datin , SHM rase tak jelas . Macam sifat maskulin tu . Yang SHM tahu , maskulin tu bukan untuk lelaki yang punyai six pack , badan yang tegap , pakai baju ketat-ketat , tapi lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki . Bukan lelaki yang menyerupai perempuan . Yang tu setahu SHM lah . Seorang lelaki maskulin dan gentleman adalah pelindung kepada semua wanita Kita adalah pembela wanita , bukanlah perosak wanita . Yang ni SHM ambik kat facebook Six Pack bukan lambang lelaki maskulin . So , SHM pun maskulin jugak . Ni tengok SHM tanye ape kat Datin balik .



Ingatkan Datin tak nak balas , tapi bile SHM datang balik kat blog die , die jawab yang ni pulak . 
 
SHM bagi pulak jawapan SHM yang ntah ape-ape tu untuk menjawab soalan-soalan tu bagi pandangan SHM .



Betul ape yang Datin cakap , kalau perkara berkaitan lelaki dengan perempuan ni, memang tak kan habis kalau nak dibahas . Tak semua lelaki punyai niat yang jahat . Tak semua perempuan jugak punyai niat baik . Lumrah dunia, ada yang jahat , ada yang baik .

Allah s.w.t dah ciptakan dua-dua jantina mempunyai kelebihan tersendiri . Kalau dua-dua dah sempurna , tak guna la hidup berpasangan kan ? Tak perlu la perempuan nak cover kelemahan lelaki , lelaki nak cover kelemahan perempuan . Aku , kau berbeza . Aku, kau istimewa . Sebab tu Allah ciptakan Hawa untuk mengisi kekosongan Nabi Adam masa Nabi Adam sorang-sorang kat syurga .

Wallahu'alam bissawab . 


ps : ok ke penjelasan camni? Ayat berterabur jek ^_^

04 May 2011

Penjana saham akhirat anda

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni SHM kembali menulis entry yang berguna kepada para pembaca. Bacalah dan ambil pengajaran kalau anda semua ambil berat tentang 'saham' kamu di akhirat kelak. Skim ini terlalu mudah untuk dijana kerana anda hanya perlu ada pembaca. Lagi untung kalau ada penyebar. Kalau anda semua nak menjana saham yang baik, elok dan berguna, berkongsilah perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Seperti menyebarkan ilmu yang baik, gambar-gambar yang baik. Insya'allah, kalau semua yang baik-baik, akan dapat menjana pendapatan yang baik-baik juga. Begitu juga sebaliknya. Kalau anda berkongsi perkara-perkara yang tak baik, anda akan menjana pendapatan yang tak baik juga. Nak contoh perkara yang tak baik? Gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat (baik lelaki ataupun perempuan), fitnah, kata-kata cacian contohnya.

Nak tahu macam mana skim piramid ni berfungsi? Cuba tengok gambar di bawah.


Bayangkan jika anda penyebar utama. Anda menyebarkan sesuatu yang baik dan berguna kepada pembaca, secara automatik anda dapat ganjarannya. Contohnya jika anda manulis tips untuk menghadapi peperiksaan, orang lain akan baca dan berkongsi dengan kawan-kawan mereka. Kawan-kawan mereka berkongsi pula dengan kawan-kawan mereka juga. Semakin ia berkembang, semakin banyak anda dapat pahalanya.

Begitu juga jika anda berkongsi gambar anda yang seksi, menjolok mata dan sebagainya. Anda kongsi, rakan anda lihat. Kalau rakan anda berminat, dia berkongsi dengan rakan lain. Lihat sahaja sistem piramid di atas. Semakin banyak ia dikongsikan, semakin banyaklah saham anda di akhirat kelak.


Kalau gambar ni, kita menjana pendapatan yang mana?

Sebenarnya, entry ni dah lama SHM nak tulis dan kongsikan kepada para pembaca sekalian. SHM rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan sedikit ilmu yang SHM ada ni memandangkan ramai blogger yang meletakkan gambar sendiri di blog masing-masing. Bukan sekadar wanita, lelaki pun ada juga yang meletakkan gambar yang agak tidak senonoh di blognya. SHM yang melihatnya pun berasa malu untuk melihat gambar itu. Tuan punya blog tak tahu malu ke? Tak tahulah apa perasaan beliau ketika meletakkan gambar itu dalam blognya. Tapi SHM rasa tak keterlaluan kalau SHM kata mereka-mereka yang meletakkan gambar sendiri yang tidak senonoh, mereka sudah tidak mempunyai sifat malu.

SHM mintak maaf kalau ada yang terasa, tapi SHM rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan perkara ini. Kalau tak nanti, Allah tanya kat akhirat kelak. Walaupun SHM ni bukanlah baik sangat, amalan pun cuma mengharapkan yang wajib-wajib sahaja, tapi kalau kita dah tahu perkara yang kita buat salah, tolonglah jangan buat. Sebab ini semua akan ditanya di akhirat kelak. SHM pun pernah juga berkongsi gambar-gambar yang tak elok, tapi bila SHM sedar yang SHM buat salah, terus SHM padam semua gambar-gambar yang tak elok tu. Takut menjana saham yang lebih banyak.

Setakat ni aje SHM nak berkongsi, kalau SHM salah, tolong tegur. Kalau SHM buat anda marah, tolong maafkan SHM sebab SHM hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia di muka bumi ini.

03 May 2011

"Kisah Candid Pictureku"

Assalamualaikum w.b.t

First of all kawan-kawan, SHM nak mintak maaf banyak-banyak sebab sejak kebelakangan ni blog ni asyik join segmen ngan contest jek. Sampai ada yang cakap, blog ni blog contest ke? Bukan SHM tak nak menulis sesuatu, cuma sekarang ni masa yang nak diperuntukkan kat blog ni takde la banyak sangat. Lagipun SHM nak mempromosi blog ni supaya lebih ramai yang membaca apa yang dikongsikan SHM. Insya'allah, esok ada entry yang best SHM nak sajikan kepada para pembaca sekalian.

SHM dah dijemput oleh tuan punya blog Genkcorner untuk meyertai "Kisah Candid Pictureku". Tak join nanti pulak, apa kata tuan rumah ye tak. Orang dah jemput, elok kita join. Sebenarnya, banyak gambar yang bersifat 'candid' dalam simpanan SHM ni. Cuma yang banyak-banyak tu bukan SHM yang dicandidkan. SHM banyak mengandid orang lain berbanding orang mengandid SHM.


Ok, gambar ni bukan nak tunjuk SHM bagus, tp ni je lah gambar yang dapat SHM pilih, takde gambar lain dah. Kalau ada pun, tak sesuai ditayangkan kat sini. Censored!


Gambar ni memang tak dapat nak dipastikan sape yang snap sebab tak perasan!! Sungguh. Kalau tak, SHM dah posing baik-baik dah. Tapi gambar ni disnap mase kampung SHM, Kampung Melayu Raya, Segamat dipilih untuk Program Ziarah Pusara. Program Ziarah Pusara ni program yang diadakan dalam Adun Kemelah (kot) setiap tahun sebelum menjelangnya bulan puasa. Program ni dimulakan dengan sedikit tahlil, lepas tu sarapan, bersihkan kawasan kubur, makan lagi, sambung bersihkan kawasan kubur hingga selesai dan balik.

Program ni jugak dimeriahkan dengan kehadiran anggota JPA, Pejabat Agama Islam Segamat dan lain-lain (tak ingat dah). Mula-mula SHM tak rancang pun nak ikut program ni, tapi bila fikir-fikir balik, bila lagi kita SHM nak berbakti kat kampung SHM ni memandangkan SHM bukannya selalu ada kat kampung, SHM pun joinla. Tambahan pulak, abang SHM join n ajak sepupu SHM sekali, SHM pun ajakla adik SHM yang bongsu tu. Daripada dia membesarkan perut kat rumah, baik ikut gi join program-program macam ni. Boleh la merapatkan silaturrahim. 

Ok, cuma tulah je kot SHM nak cerita. Mungkin tak menarik, tapi banyak manfaatnya kalau kita join program macam ni.

p/s : SHM yg mne? Ada kat dalam gambar tu. Cari jela ^_^