03 May 2011

"Kisah Candid Pictureku"

Assalamualaikum w.b.t

First of all kawan-kawan, SHM nak mintak maaf banyak-banyak sebab sejak kebelakangan ni blog ni asyik join segmen ngan contest jek. Sampai ada yang cakap, blog ni blog contest ke? Bukan SHM tak nak menulis sesuatu, cuma sekarang ni masa yang nak diperuntukkan kat blog ni takde la banyak sangat. Lagipun SHM nak mempromosi blog ni supaya lebih ramai yang membaca apa yang dikongsikan SHM. Insya'allah, esok ada entry yang best SHM nak sajikan kepada para pembaca sekalian.

SHM dah dijemput oleh tuan punya blog Genkcorner untuk meyertai "Kisah Candid Pictureku". Tak join nanti pulak, apa kata tuan rumah ye tak. Orang dah jemput, elok kita join. Sebenarnya, banyak gambar yang bersifat 'candid' dalam simpanan SHM ni. Cuma yang banyak-banyak tu bukan SHM yang dicandidkan. SHM banyak mengandid orang lain berbanding orang mengandid SHM.


Ok, gambar ni bukan nak tunjuk SHM bagus, tp ni je lah gambar yang dapat SHM pilih, takde gambar lain dah. Kalau ada pun, tak sesuai ditayangkan kat sini. Censored!


Gambar ni memang tak dapat nak dipastikan sape yang snap sebab tak perasan!! Sungguh. Kalau tak, SHM dah posing baik-baik dah. Tapi gambar ni disnap mase kampung SHM, Kampung Melayu Raya, Segamat dipilih untuk Program Ziarah Pusara. Program Ziarah Pusara ni program yang diadakan dalam Adun Kemelah (kot) setiap tahun sebelum menjelangnya bulan puasa. Program ni dimulakan dengan sedikit tahlil, lepas tu sarapan, bersihkan kawasan kubur, makan lagi, sambung bersihkan kawasan kubur hingga selesai dan balik.

Program ni jugak dimeriahkan dengan kehadiran anggota JPA, Pejabat Agama Islam Segamat dan lain-lain (tak ingat dah). Mula-mula SHM tak rancang pun nak ikut program ni, tapi bila fikir-fikir balik, bila lagi kita SHM nak berbakti kat kampung SHM ni memandangkan SHM bukannya selalu ada kat kampung, SHM pun joinla. Tambahan pulak, abang SHM join n ajak sepupu SHM sekali, SHM pun ajakla adik SHM yang bongsu tu. Daripada dia membesarkan perut kat rumah, baik ikut gi join program-program macam ni. Boleh la merapatkan silaturrahim. 

Ok, cuma tulah je kot SHM nak cerita. Mungkin tak menarik, tapi banyak manfaatnya kalau kita join program macam ni.

p/s : SHM yg mne? Ada kat dalam gambar tu. Cari jela ^_^

6 nasihat:

syuxer said...

tak seram ke bergotong royong kat kubur tuh..:p..

SHM said...

Syuxer : nak seram apnye...
x de bnde lah...

miss jambu said...

genk dtg sini tgk pic..
nice pic...
good luck
makasi sudi join..

SHM said...

genkconer : sila tengok...bukan sy yg ambik...klu dijemput, insya'allah sy join...tp jgn yg mengarut2 sudah..;D

Shaherah said...

SHM.. it's ok lar kalau banyak segman ngan contest.. time2 mcm ni kena promosikan blog.. Bagi orang kenal blog kita.. Ye tak? Biar orang nak cakp apa.. ^_^

SHM said...

Shaherah : hehe . btoi gak 2 . thanks sifu ;D

Post a Comment