17 May 2011

Pandangan pertama

Assalamualaikum w.b.t






Hari ni nak bercerita sikit pasal "Pandangan pertama" . Pandangan pertama yang nak kita bincangkan adalah berkaitan pandangan pertama orang terhadap kita . Baik ke , buruk ke , tu semua bergantung dengan apa yang kita ada . Apa yang kita pakai .


Korang percaya dengan pandangan pertama ? SHM yakin , semua orang nak orang lain memandang kita sebagai orang yang baik - baik . Pada pandangan pertama , orang boleh menilai keperibadian diri kita . Contohnya , kalau korang baru pertama kali jumpa orang tu , korang pun banyak berbual , mesti orang memandang korang sebagai peramah . Ye kan ? Begitu juga sebaliknya . Orang juga boleh menilai kita dengan melihat apa yang kita pakai . Kalau kita pakai - pakaian yang selekeh , mesti orang menilai kita sebagai pengotor . Mana ada orang yang pembersih pakai - pakaian yang kotor - kotor , busuk - busuk .

Pandangan pertama ni sangat penting untuk melahirkan perasaan kesukaan orang lain terhadap kita . Kalau dari pandangan pertama orang dah benci kita , apatah lagi nak diorang jadikan kita sebagai kawan baik kan ?

SHM : Ape ko rase bile tengok aku first time ?
NM : Orang takut kot tengok ko .
SHM : Aik ? Apsal lak ?
NM : Sebab orang tengok ko mesti ingat ko gangster . Dengan badan ko , muka ko lagi .
SHM : Apsal plak badan ngan muka aku ?
NM : Orang mesti tengok ko orang yang jage gim . Pastu muka ko pulak macam ade parut samseng . Dengan kulit ko gelap sikit kan .
SHM : Ahaha . Badan cam ni jage gim ?


Nampak tak ? Memangla kulit ni gelap sebab SHM ni bukannye orang bandar . SHM orang kampung . Selalu sangat berjemur tengah panas . Buat kerja kampung . Jadilah kulit gelap macam nih . Tapi takde lah gelap sangat macam orang Afrika tuh .

Bila SHM cerita pandangan SHM kat kawan SHM yang dah lama kenal SHM , diorang gelak . " Muka ko macam samseng ? Tak sesuai betul " *sambung gelak* . Betapa pentingnya pandangan pertama . Tapi lagi penting mengenal isi hati orang tuh . Orang cakap tak kenal maka tak cinta . Jadi pandangan pertama penting , kenal isi hati lagi penting .

Bila SHM pakai baju kemeja , pakai songkok , kawan SHM cakap SHM ni macam ustaz pulak . Tinggal gi ujibakat Imam Muda jek . Baru pakai songkok , belum pakai Baju Melayu , kain pelekat . Kawan SHM cakap SHM dah macam watak Adam dalam cerita Nur Kasih pulak dah . Lain pakaian , lain pandangan . Betapa pentingnya cara kita berpakaian . Kalau dah pakai Baju Melayu , pakai songkok , pakai kain pelekat , tak kan orang fikir kita nak gi mencuri pulak kan .


Kesimpulannya , berhati - hatilah dalam memilih pakaian kerana orang menilai kita dari luaran sebelum menilai dari segi dalaman pulak . SHM tak suka sebenarnya orang menilai SHM yang buruk - buruk . Siapalah yang suka orang nilai kita buruk - buruk . Tapi SHM tak nak orang nilai SHM terlalu baik pulak . Sebab SHM ni manusia biasa , banyak lagi perkara - perkara yang tak baik masih SHM buat . Nanti kalau orang SHM pandang baik sangat , susah pulak SHM nak hipokritkan diri supaya orang tengok SHM ni budak yang baik je .

5 nasihat:

RHI said...

jangan lihat kulit, lihat isinya...tp kakak rasa SHM, ok-oklah...kan3 haha..

Shaherah said...

same lar.. shera tak suka orang kutuk shera.. kalau boleh shera nak semua orang puas hati n senang hati berkeluar ngan shera..

tapi macam mana kita control pun.. mulut orang kan.. paham2 je lar..

tp pandangan pertama penting.. macam shera.. Orang akan cakap shera bukan orang malaysia.. orang singapura.. tang mana singapura tu pun tak tahu lar.. menci meh.. IC i biru tau u.. <gedik tetiba.. HAHAHA..

SHM said...

yatie Awang : ok - oklah tu camne akak ? :D

Shaherah : muke shera cam cina kot . tu yg org ckp cm org singapore :)

Shaherah said...

cina? wah cina habis.. tak ada lar SHM.. muka melayu..

SHM said...

Shaherah : lain org lain pandangannya shera :D

Post a Comment