04 May 2011

Penjana saham akhirat anda

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni SHM kembali menulis entry yang berguna kepada para pembaca. Bacalah dan ambil pengajaran kalau anda semua ambil berat tentang 'saham' kamu di akhirat kelak. Skim ini terlalu mudah untuk dijana kerana anda hanya perlu ada pembaca. Lagi untung kalau ada penyebar. Kalau anda semua nak menjana saham yang baik, elok dan berguna, berkongsilah perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Seperti menyebarkan ilmu yang baik, gambar-gambar yang baik. Insya'allah, kalau semua yang baik-baik, akan dapat menjana pendapatan yang baik-baik juga. Begitu juga sebaliknya. Kalau anda berkongsi perkara-perkara yang tak baik, anda akan menjana pendapatan yang tak baik juga. Nak contoh perkara yang tak baik? Gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat (baik lelaki ataupun perempuan), fitnah, kata-kata cacian contohnya.

Nak tahu macam mana skim piramid ni berfungsi? Cuba tengok gambar di bawah.


Bayangkan jika anda penyebar utama. Anda menyebarkan sesuatu yang baik dan berguna kepada pembaca, secara automatik anda dapat ganjarannya. Contohnya jika anda manulis tips untuk menghadapi peperiksaan, orang lain akan baca dan berkongsi dengan kawan-kawan mereka. Kawan-kawan mereka berkongsi pula dengan kawan-kawan mereka juga. Semakin ia berkembang, semakin banyak anda dapat pahalanya.

Begitu juga jika anda berkongsi gambar anda yang seksi, menjolok mata dan sebagainya. Anda kongsi, rakan anda lihat. Kalau rakan anda berminat, dia berkongsi dengan rakan lain. Lihat sahaja sistem piramid di atas. Semakin banyak ia dikongsikan, semakin banyaklah saham anda di akhirat kelak.


Kalau gambar ni, kita menjana pendapatan yang mana?

Sebenarnya, entry ni dah lama SHM nak tulis dan kongsikan kepada para pembaca sekalian. SHM rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan sedikit ilmu yang SHM ada ni memandangkan ramai blogger yang meletakkan gambar sendiri di blog masing-masing. Bukan sekadar wanita, lelaki pun ada juga yang meletakkan gambar yang agak tidak senonoh di blognya. SHM yang melihatnya pun berasa malu untuk melihat gambar itu. Tuan punya blog tak tahu malu ke? Tak tahulah apa perasaan beliau ketika meletakkan gambar itu dalam blognya. Tapi SHM rasa tak keterlaluan kalau SHM kata mereka-mereka yang meletakkan gambar sendiri yang tidak senonoh, mereka sudah tidak mempunyai sifat malu.

SHM mintak maaf kalau ada yang terasa, tapi SHM rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan perkara ini. Kalau tak nanti, Allah tanya kat akhirat kelak. Walaupun SHM ni bukanlah baik sangat, amalan pun cuma mengharapkan yang wajib-wajib sahaja, tapi kalau kita dah tahu perkara yang kita buat salah, tolonglah jangan buat. Sebab ini semua akan ditanya di akhirat kelak. SHM pun pernah juga berkongsi gambar-gambar yang tak elok, tapi bila SHM sedar yang SHM buat salah, terus SHM padam semua gambar-gambar yang tak elok tu. Takut menjana saham yang lebih banyak.

Setakat ni aje SHM nak berkongsi, kalau SHM salah, tolong tegur. Kalau SHM buat anda marah, tolong maafkan SHM sebab SHM hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia di muka bumi ini.

8 nasihat:

kindergartenlibrary said...

Ini baru rasa tanggungjawab ..bagus SHM !
=)

SHM said...

nelly : thanks...byk lg kne improve nih..

RHI said...

nasihat yg bagus...tak perlu ada sesiapa yg marah, malah kita perlu mengambil pengajaran drnya...thanks SHM

SHM said...

yatie Awang : mne tau..lain org lain pemikirannya..u r welcome sis..^_^

shanas ishak said...

wah...shanas suka..

SHM said...

shanas : tq sbb suka..moga ad pengajaran yg boleh kta ambil...:D

kindergartenlibrary said...

mesti boleh punya ..all the best ^^

SHM said...

nelly : tq nelly :D

Post a Comment