04 November 2010

Aku, kau berbeza...aku, kau istimewa...

Sedang aku melayari internet dan mencari sesuatu yang boleh menjadi pengajaran, tiba-tiba aku terpandang akan tajuk "Aku, kau berbeza...aku, kau istimewa..." di fb lalu membacanya. Kalian pun boleh baca di sini...


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Salam Ukhuwah..~



Bagaimana? Di antara lelaki dengan perempuan mana lebih berat? Sama sahaja tanggungjawab yang harus di pikul oleh kedua jantina ini. Tidak kira lelaki atau perempuan, kita mempunyai tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul supaya mendapat ganjaran daripada-Nya. Renung-renungkan dan selamat beramal...

03 November 2010

Islam di hina di Malaysia





Ini ialah info yang di ambil di facebook semalam ketika aku ditag oleh seorang SAHABAT. Dan amat mengejutkan aku pabila membaca info ini.


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...


Masyaallah...bagaimana negara kita jika memorandum ini betul-betul diluluskan? Di manakah letaknya keistimewaan agama rasmi kita di negara ini iaitu Islam jika memorandum yang diusul dipersetujui? Nama saja negara Islam, tapi membenarkan maksiat berlaku di depan mata. Jika peraturan sekolah yang membenarkan pelajar-pelajarnya menutup aurat dimansuhkan kerana dianggap menghina agama bukan Islam, bagaimana pula pelajar-pelajar yang tidak menutup aurat di sekolah? Tidak dianggap menghina Agama Islam yang menjadi agama rasmi Negara Malaysia ini? Jika mana-mana orang yang bukan Islam hendak berkahwin dengan orang Islam tidak perlu memasuki agama Islam, adakah sah perkahwinan ini sedangkan rukun nikah menyebut tentang pengantin lelaki mestilah beragama Islam? Jika anak-anak yang belum berumur 18 tahun tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama, jadi apa dengan keturunan kita? Datuk Islam, bapa Hindu, anak Kristian. 


Masyaallah, dimana letaknya Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini? Mungkin entry ini ada unsur-unsur agama, tetapi saya ingin meminta maaf kepada pembaca sekalian. Saya berharap supaya memorandum ini semua tidak diterima oleh PM kita. Berdosa besar beliau jika menyetujui memorandum ini. Cuma saya meminta kepada penganut agama lain di negara ini, jangan pertikaikan Agama Islam di Malaysia ini kerana Agama Islam ialah agama rasmi di negara ini dan pemerintah negara ini pun telah mempersetujui hal ini sebelum ini. Tiada agama yang ditindas di negara ini memandangkan negara ini membenarkan rakyat menganut agama mereka sendiri tanpa sebarang halangan. 


Pernahkah negara ini menghalang daripada penganut Agama Kristian daripada menganut agama ini? Agama Hindu? Buddha? Pernahkah gereja-gereja dirobohkan tanpa sebarang sebab yang munasabah? Kuil-kuil? Tokong? Kita hidup di sebuah negara perlulah ada sikap saling hormat-menghormati. Barulah Malaysia boleh membangun dan setaraf dengan negara-negara maju lain. Jika kita saling berpecah-belah dan saling menjatuhkan antara satu sama lain, bagaimana negara Malaysia hendak maju?


Mari kita fikirkan bersama-sama. Saya memohon kemaafan jika ada yang terasa dengan entry kali ini, tetapi ingatlah jangan disimpan di dalam hati kerana saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati jika memorandum ini betul-betul dipersetujui oleh PM kita.


p/s info di atas tiada sebarang penambahan atau pengurangan. Jika terdapat kesilapan, perbetulkanlah kesilapan saya ini...anda juga boleh membaca tentang info ini di sini.

Selamat pergi dan selamat pulang

Semalam aku dan kawan-kawan ada terlibat dengan exam untuk SKM. So, memang kitorang tak join program yang melibatkan pelajar Jepun ke kolej aku. Aku pun tak tau sangat kenapa diorang (Jepun) suke sangat gi kolej aku. Nak kate cantik, tak de la cantik pun. Nak kate canggih, tak canggih langsung. Abaikan.

Berbalik kepada peperiksaan SKM, kitorang diperlukan untuk lulus exam teori dan amali unutk terampil SKM tahap 2. So, semalam pukul 10 kitorang start exam teori dan berakhir pukul 11.30. Then pukul 12.00 start exam amali pulak. Exam ni kitorang dikehendaki membuat pelan lantai sebuah banglo 1 tingkat dalam masa 4 jam. Sangat-sangat lame. Lepas exam teori tu, kitorang terpakse berkumpul lagi dalam pukul 5 untuk menyelesaikan fail yang tinggal sedikit lagi untuk diperbaiki. Memang semalam merupakan hari yang penat.

Balik daripada kolej, aku duduk-duduk sambil melepaskan lelah setelah seharian bertungkus-lumus menyelesaikan perihal SKM. Agak serabut. Tetapi hari ini aku aku melihat awan dan sunset yang sangat cantik. Tanpa melengahkan masa, aku mencapai kamera dan mula mengambil gambar ciptaan Allah yang sangat menakjubkan. Aku memanjat tembok pagar rumah untuk view yang lebih menarik sambil mengagumi ciptaan Allah ini. Sebenarnya tidak menarik sebab kat rumah aku je. Aku juga sebenarnya sudah lama ingin mengambil gambar sunset di tepi pantai, tetapi belum berkesempatan. Cuci mata dahulu sebelum meneruskan pembacaan.

Lebih kurang pukul 6...

Awan yang sangat cantik

Burung-burung yang bebas berterbangan

Sunset yang begitu menarik

Sebelum hari ini melabuhkan tirai

Sambil-sambil aku mengambil gambar, aku sangat kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini. bagaimana Dia boleh menjadikan effect daripada matahari sedemikan rupa. Bagaimana Dia boleh membentuk awan yang begitu cantik. Sungguh Dia Maha Berkuasa. Mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki sedangkan perkara itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Betapa kerdilnya kita di sisi-Nya. Kita hanya insan yang lemah yang sangat-sangat memerlukan pertolongan Dia di dunia ini. Tanpa Dia, bagaimanalah keadaan kita? Tanpa Dia, bolehkah kita hidup seperti hari ini?

Selepas Maghrib dan masuk pula Isya', aku dan 2 lagi kawan pergi ke rumah Mail untuk bermain badminton. Kitorang naik kereta bersama abang mail untuk memudahkan urusan. Sampai di gelanggang, kami mula bermain badminton. Mula-mula, aku terasa seperti kekok bermain di sana memandangkan ini pertama kali aku bermain di gelanggang yang begitu banyak dan juga terbuka.

Teruk! Itulah yang boleh diklasifikasikan diri aku semasa bermain badminton tadi disebabkan sudah berbulan lamanya au tidak bermain badminton. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku bermain badminton. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini minat untuk aku bersukan sudah berkurangan. Futsal pun aku dah jarang main dengan kawan-kawan. Kalau dulu semasa sem 2, aku dan rakan rakan akan bermain futsal setiap minggu, hari Jumaat pukul 2 hingga 4 pagi!. Sekarang untuk bermain lebih sekali seminggu, aku akan berfikir berkali-kali. Tiada mood untuk aktif bersukan sekarang. Aku pun tidak tahu mengapa.

Opss, dari tadi membaca tidak ada yang berkaitan dengan tajuk ye? Begini sebenarnya, SAHABAT merangkap roomate aku, Chet hari ini akan berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menyertai Ekspedisi mendaki gunung kinabalu anjuran kementerian pengajian tinggi. Beliau dijangka balik semula ke JB ini pada pagi Sabtu. Jika diikutkan hati, aku pun hendak menyertai program ini. Dari kecil impian aku untuk mendaki tersemat di hati. Tetapi mungkin tiada rezeki. Program ini pun hanya memerlukan 4 orang pelajar daripada 1 kolej. Apa-apa pun, mari kita berdoa supaya kawan-kawan kita yang pergi ke sana semua sihat-sihat belaka dan tiada perkara buruk menimpa mereka. Semoga program ini ada manfaatnya kepada mereka semua.

01 November 2010

Bila tension menguasai diri

Entry kali ini aku menulis dengan keadaan diri aku yang tidak sihat. Pagi tadi, selepas aku bangun daripada tidur, terasa pinggang dan perutku sakit sangat. Selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku berbaring untuk meredakan kesakitan pinggangku. Entah kenapa pinggangku terasa begitu sakit. Mungkin kesan daripada duduk yang begitu lama. Semasa aku berbaring, tanpa disedari aku terlelap. Tidak dapat menulis entry seperti kebiasaan.

Selepas itu, aku terus pergi ke kelas dengan keadaan pinggangku yang masih terasa sakit. Hari ini pelajar Jepun ada melawat kolej aku. Tetapi aku tidak dapat menyertai program itu seperti biasa kerana kesibukan membuat SKM.

Selalunya, jika pelajar Jepun datang melawat kolej, aku dan kawan-kawan akan menyertai program ini dengan bermain dan mengajar pelajar-pelajar Jepun bermain kompang. Sewaktu hendak balik ke rumah, tiba-tiba aku dan 2 lagi kawan disuruh oleh Cik Diana mengajar pelajar-pelajar Jepun bermain takraw. Dan aku terkejut apabila melihat pelajar-pelajar yang ingin belajar bermain takraw ialah perempuan. Lengkap dengan memakai uniform sekolah mereka pula. "Tak kan nak ajar diorang dengan pakai skirt cik",kataku kepada Cik Diana. "Tak pe, ajar je. Diorang tak kisah", jawab Cik Diana. Aku dengan serba-salah pun pergi ke sekumpulan pelajar yang sedang menanti seorang jurulatih yang akan mengajar mereka bermain takraw. Lalu aku ajarlah mereka cara-cara bermain takraw. Ish, banyak dosa aku harini. Selepas aku menunaikan amanat daripada Cik Diana di tengah-tengah panas (ish, makin hitamlah aku lepas ni), aku pergi ke Cik Diana dalam keadaan berpeluh. Aku berkata kepada beliau "Haus cik". Beliau menjawab "Tak pe, nanti saye belanja minum". Sebenarnya aku tak mengharapkan apa-apa daripada beliau, tetapi beliau menunaikan kata-katanya dengan membelanja aku dan 2 orang kawan air sirap bandung special dan juge burger sorang satu. Terasa segan pule. Ini kali pertama aku dibelanja oleh seorang lecturer yang berstatus bujang. Aku mengajak beliau duduk minum bersama, tetapi beliau berkata "Tak pe lah. Segan". Maklumlah, kami bertiga lelaki, dan beliau seorang perempuan. Memang wajarlah beliau bersikap demikian. Tambahan pula, beliau merupakan seorang lecturer Iqra' dan menjaga batas-batas pergaulannya.

Selepas balik ke rumah dan tidak lama selepas itu aku keluar berseorangan menuju ke Holiday Plaza atas sedikit urusan. Dalam perjalanan balik, aku telah ditahan dan disaman atas kesalahan yang memang aku lakukan. Ye, memang aku bersalah kerana aku membelok di simpang yang tidak sepatutnya aku belok. Tetapi aku tidak begitu berpuas hati dengan salah seorang anggota polis yang tidak memberi peluang kepada aku membela diri. Argh, tension aku.

Lepas balik ke rumah, aku dan kawan-kawan pergi ke kelas untuk menyiapkan SKM. Terasa sangat tension kerana kerja yang terpaksa dibuat, disaman buat pertama kali dalam hidup dan juga penat yang menguasai diri. Tiba-tiba aku jadi pendiam untuk seketika di kelas.

Selepas selesai semua urusan SKM, aku dan kawan-kawan balik ke rumah. Aku menghubungi wanita yang bertakhta di hatiku selama ini untuk memaklumkan kepadanya tentang berita aku disaman tadi. Selepas beberapa minit, aku meletakkan telefon. Perasaan tension masih menguasai diri. Terasa ingin menjerit sekuat hati. Aku keluar lalu melepaskan tensionku dengan menyepak sekuat hati bola di laman rumah. Selepas beberapa ketika, aku masuk ke rumah lalu membersihkan diri, ambil wuduk, menunaikan solat Asar. Terasa hilang tekanan yang membelenggu tadi. Alhamdulillah, cara ini berjaya mengatasi rasa tensionku.

Lebih kurang pukul 6, aku dan We pergi ke Angsana untuk mengambil laptop ku yang sudah seminggu di sana. Aku tidak kisah, walaupun jika laptopku belum siap, aku akan ambil juga hari ini. Aku tidak boleh bersabar lagi kerana aku memerlukan laptopku untuk membuat banyak kerja yang tertangguh. Dan hasilnya, aku berjaya membawa pulang laptop ku ini walaupun wifi tidak boleh digunakan. Tak pe, aku boleh download drivernye sendiri.

Dari petang selepas balik ke rumah, aku masih menginstall program-program yang aku perlukan. Walaupun keadaan diriku ini masih dibelenggu sakit pinggang yang agak terasa, aku menggagahkan diri untuk menulis entry ini. Tak mengapa, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Masih terlalu banyak kesakitan yang perlu aku tanggungi untuk menghapuskan dosa-dosaku. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan dalam sepanjang aku hidup di dunia ini sama ada sengaja ataupun tidak. Oleh itu, janganlah kita mengeluh jika kita ditimpa ujian-Nya.



p/s jangan tension selalu sebab tak baik untuk kesihatan