24 January 2011
Dosa yang lebih besar daripada berzina
Sekadar renungan bersama. Marilah kita sama-sama menghayati kisah tauladan ini.
DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.
Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.
“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina. “Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… tewas,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya.
Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
” Ada !” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.” Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” . Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.
Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.
Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.
p/s : mencuba untuk menjadikan blog ini sebagai blog ilmiah supaya dapat manfaat darinya.
Labels:
Islam
21 January 2011
GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com
Entry khas untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ckin yang sudi tag aku. Walaupun aku menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, ini tidak bermakna aku ingin menyertai peraduan ini. Sebabnya, blog ini hanyalah blog usang dan terdapat beberapa kriteria yang blog ini tidak dapat memenuhi kehendak penganjur.
Walaupun aku tidak menyertai peraduan yang dianjurkan oleh FARISZ@AZ.Com ini, tetapi aku akan menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan.
Soalan pertama:
i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.(xramai suka lagu nasyid tapi pilihlah lagu mana yang paling disukai).
Aku ni jenis yang tak selalu dengar nasyid. Bergantung kepada mood. Tapi, aku juga suka lagu nasyid yang bertajuk Ainul Mardhiah yang didendangkan oleh kumpulan UNIC.
Soalan kedua :
ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.
Ainul Mardhiah
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )
iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.
Sebab aku suka lagu ini adalah kerana dua perkara ni:
-Lirik - Lirik lagu Ainul Mardhiah ni mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Lagu yang menceritakan seseorang yang bernama Ainul Mardhiah iaitu ketua kepada para bidadari di syurga yang akan menjadi peneman seorang lelaki yang masuk ke syurga ini. Kecantikan Ainul Mardhiah ini tidak boleh ditandingi mana-mana wanita yang ada di dunia ini.
-Muzik - Muzik lagu ini juga menjadi sebab aku meminati lagu ini. Lebih-lebih lagi bila tiba di bahagian korus.
Dengan gabungan dua eleman yang bersesuaian ini, ia telah menambatkan hatiku untuk meminati lagu ini. Sebenarnya, ada banyak lagi lagu-lagu nasyid yang aku suka. Tetapi tidaklah terlalu banyak sehingga tahu lagu-lagu yang terbaru. Di antara lagu-lagu nasyid lain yang aku suka ialah, Allahu, Pelita Hidup, Rasulullah, Selimut Putih, Teman Sejati, Fatamorgana dan banyak lagi.
Tetapi, semenjak aku berjumpa dengan video Sheikh Masyari, seorang imam besar imam besar negara Kuwait mengalunkan bacaan Al-Quran semasa Solat Tarawih di komputer abangku, aku mula jatuh cinta dengan bacaannya. Sungguh menyentuh hatiku.
Dan aku berkenan untuk tag 3 orang yang sudi menjadi follower blog ini iaitu:
p/s : Kepada yang ditag, terpulang sama ada anda mahu menjawab soalan-soalan di atas atau tidak.
18 January 2011
Futsal terakhir di JB
Ketika aku kekeringan idea apa yang hendak ditulis di blog yang berhabuk ini, aku terpandangkan satu post yang berstatus draft. Belum dipublishkan walaupun telah diuploadkan gambar-gambarnya pada 26 Disember 2010. Hampir sebulan ia sudah di upload, tetapi belum dipublishkan. Jadi, entry ini adalah berkenaan dengan perlawanan persahabatan terakhir aku di JB sebelum kepergian kami ke praktikal.
Perlawanan persahabatan yang paling bosan pernah aku rasai kerana lawan kami tidak bersungguh-sungguh untuk bermain. Walau apapun, pengalaman aku bermain futsal dengan Landak Kawan memang akan ku kenangkan sampai bila-bila.
Labels:
Mengarut
13 January 2011
Menjadikan blog lebih 'Hijau'
Kepada pembaca yang menyedari, jika anda tidak aktif di blog ini selama 10 saat, anda akan mendapati skrin akan menjadi gelap seperti di bawah ini.
Sebenarnya aku menyahut seruan Online Leaf untuk menjadikan website lebih 'hijau'. Seruan ini aku terbaca di blog abang aku, Sollehahn.com. Selepas melihat blog beliau, aku terasa ingin mencuba memasang 'energy saving mode' yang boleh mengurangkan tenaga yang digunakan. Sungguh mudah untuk menyahut seruan ini.
12 January 2011
Manipulation
Assalamualaikum w.b.t
Entry ini adalah kesinambungan entry yang bertajuk 1st 3D in praktikal. Daripada model 3d yang aku dah buat lepas, aku kena manipulasi model tersebut supaya kelihatan lebih real di mata klien. So, inilah hasilnya.
Kepada siapa yang melihat, cuba teka apakah kecacatan dalam gambar ini.










