24 November 2010

Kesibukan yg melanda

Apa khabar semua? Diharapkan semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya...Buat masa ini, aku tidak dapat berlama-lama di dunia maya ini kerana sibuk dengan urusan. Urusan duniawi yang penuh dengan cubaan ini. Insya'allah aku akan kembali semula ke sini setelah kehidupan aku kembali berjalan normal seperti sedia kala.



Aku tidak mempunyai banyak masa untuk menulis kerana sekarang ini pun aku 'mencuri' masa ketika dalam perbincangan dengan rakan-rakan. Apa-apa pun, aku akan kembali ke sini juga suatu ketika nanti. Itu janjiku. Sebelum aku mengundur diri, hayati dan fahami kata-kata ini. "Bekerjalah anda ibarat anda hidup seribu tahun lagi, beribadatlah anda seolah-olah anda mati keesokan hari".

Wassalam...

21 November 2010

Mudahnya menjadi muslim, namun...

Salam berhujung minggu kepada penduduk selatan Malaysia dan salam permulaan minggu buat warga utara.

Mudahnya menjadi muslim, namun...kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim, namun...


Anda cuma perlukan lima minit untuk solat Subuh sedangkan anda memerlukan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...


Anda hanya perlukan 2 saat untuk memberi salam kepada ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...


Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda telah meluangkan masa hingga 20 minit mendandan rambut...


Anda hanya perlukan 15 minint untuk menunaikan solat Zohor sedangkan anda memerlukan 1 jam 15 minit untuk makan tengahari...


Anda memerlukan 15 minit untuk solat Asar berjemaah tetapi anda telah meluangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...


Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-Quran, tidak selama menonton cd dan melayari internet. Solat Maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...


Hanya 2 saat mengucapkan salam dan kasih kepada ibubapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...


Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60...






Renung-renungkan...mudahnya menjadi muslim sedangkan banyak perkara yang tidak perlu kita lakukan sehari-hari. Islam agama yang mudah. Bukan agama yang menyusahkan. Cuma kita kadang-kadang yang menyusahkannya. Melakukan hal-hal duniawi dirasakan lebih penting daripada hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.

20 November 2010

Aku takut jika...


Aku takut jika tulisanku membuatkan ada yang terkecil hati.
Aku takut jika tulisanku membuatkan ada berasa marah.
Aku takut jika tulisanku membuatkan ada yang tersinggung perasaannya
Aku takut jika tulisanku ada menunjukkan aku berbangga diri.
Aku takut jika tulisanku membuatkan kalian memandang serong terhadapku.
Aku takut jika tulisanku membuatkan ada yang terlalai.
Aku takut jika tulisanku tidak diredhai-Nya.
Aku takut jika tulisanku mengundang kemurkaan-Nya.
Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan yang mahu memperbaiki diri.
Maafkanlah diri ini jika ada yang terkecil hati, memarah tanpa henti.
Abaikanlah tulisan-tulisan yang ada menunjukkan perasaan berbangga diri.
Bukan berniat untuk berbangga diri, cuma berkongsi pengalaman diri sendiri.
Maafkan aku...

18 November 2010

Telah kembali

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana aku pergi setelah agak lama tiada berita terbaru daripada blog ini. Maklumlah, sebelum ini tidak pernah aku meninggalkan blog ini sebegini lama.

Dalam kehidupan ini, kita tidak akan mengetahui bahawa akan terjadi 'sesuatu' dalam hidup kita. Dan kita tidak akan mengetahui bahawa 'sesuatu' itu boleh mengubah diri kita tanpa kita sedari.

Sebenarnya, selama kehilangan aku daripada blog ini, aku mencari sebuah jawapan yang persoalannya aku pun tidak pasti. Bukan sebab kesibukan yang menyebabkan tiada masa langsung untuk menulis, tetapi sengaja mengelak untuk menulis di blog ini.

Walaupun sebenarnya banyak yang aku ingin kongsikan, tetapi halangan untuk aku menulis selalu ada. Jika mungkin banyak perkara yang aku ingin tuliskan, waktu itulah aku sibuk dengan urusan dunia. Sebagai seorang pelajar, memang wajarlah kerja yang banyak menghantuiku. Tambahan pula aku seorang pelajar senibina, banyak yang perlu dilakukan di akhir-akhir sem ini. Jika masa aku renggang, tiada pula nafsu aku untuk berblog. Lebih selesa membaca blog-blog orang lain. Mungkin blog kalian yang membaca entry ini barangkali.

Sebenarnya sudah lama ingin berhenti daripada aktif di dunia maya. Daripada facebook mahupun blog. Hasrat hatiku ingin men'deactived' facebook, tetapi kasihan pula kepada rakan-rakan. Takut tiada cara untuk menghubungiku. Aku juga sebenarnya ingin 'menghilangkan' blog ini, tetapi setelah difikirkan semasak-masaknya mungkin blog ini berguna untuk kalian. Walaupun rasanya blog ini tidaklah sepenting mana, tetapi akanku manfaatkannya dengan ilmu aku yang tidak seberapa.

Di saat semua teman serumah yang lain sedang di rumah tercinta memandangkan cuti Hari Raya Aidiladha yang jatuhnya hari semalam dan tinggallah aku bersama seorang SAHABAT dari Terengganu, aku mengambil kesempatan ini untuk menulis secoret berita daripada yang mungkin agak lama muncul disini.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya yang taat kepada perintah-Nya. sanggupkah kita berkorban sedemikian rupa? Tepuk dada, tanyalah iman.


Wassalam...

p/s: berita gembira, aku da dapat tempat praktikal di Kedah.


05 November 2010

Erti persahabatan





Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri...tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita...


Sebagaimana kita mengharapkan kejujuran dan keikhlasan seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu...kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita...


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya...


Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri dia seribu alasan "memaksa" dia menerima alasan kita...


Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa...


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada saat kita memerlukan dia...


Dia mendengar luahan hati kita...segala rasa kecewa dan ketakutan...harapan dan impian kita luahkan...dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah...


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita...


Pernahkah kita memberi peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya?? Rasa takutnya?? Pernahkan kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita??


Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti dia meniup semangat tiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah??


Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai?? Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah?? Agar tidak rebah??


Belehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??


Sesekali jadilah sahabat yang mendengar daripada hanya bercerita...Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...kerana dia juga seorang manusia...dia juga ada rasa takut...ada rasa bimbang...ada rasa sedih...ada rasa kecewa...


Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai sumber kekuatan...jadilah kita sahabatnya itu...kita selalu melihat dia ketawa...tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka...dibalik senyumannya itu...mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...disebalik kesenangannya, mugkin tersimpan seribu kekalutan...kita tidak tahu...tetapi jika kita jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu...


Renungilah...