03 November 2010

Selamat pergi dan selamat pulang

Semalam aku dan kawan-kawan ada terlibat dengan exam untuk SKM. So, memang kitorang tak join program yang melibatkan pelajar Jepun ke kolej aku. Aku pun tak tau sangat kenapa diorang (Jepun) suke sangat gi kolej aku. Nak kate cantik, tak de la cantik pun. Nak kate canggih, tak canggih langsung. Abaikan.

Berbalik kepada peperiksaan SKM, kitorang diperlukan untuk lulus exam teori dan amali unutk terampil SKM tahap 2. So, semalam pukul 10 kitorang start exam teori dan berakhir pukul 11.30. Then pukul 12.00 start exam amali pulak. Exam ni kitorang dikehendaki membuat pelan lantai sebuah banglo 1 tingkat dalam masa 4 jam. Sangat-sangat lame. Lepas exam teori tu, kitorang terpakse berkumpul lagi dalam pukul 5 untuk menyelesaikan fail yang tinggal sedikit lagi untuk diperbaiki. Memang semalam merupakan hari yang penat.

Balik daripada kolej, aku duduk-duduk sambil melepaskan lelah setelah seharian bertungkus-lumus menyelesaikan perihal SKM. Agak serabut. Tetapi hari ini aku aku melihat awan dan sunset yang sangat cantik. Tanpa melengahkan masa, aku mencapai kamera dan mula mengambil gambar ciptaan Allah yang sangat menakjubkan. Aku memanjat tembok pagar rumah untuk view yang lebih menarik sambil mengagumi ciptaan Allah ini. Sebenarnya tidak menarik sebab kat rumah aku je. Aku juga sebenarnya sudah lama ingin mengambil gambar sunset di tepi pantai, tetapi belum berkesempatan. Cuci mata dahulu sebelum meneruskan pembacaan.

Lebih kurang pukul 6...

Awan yang sangat cantik

Burung-burung yang bebas berterbangan

Sunset yang begitu menarik

Sebelum hari ini melabuhkan tirai

Sambil-sambil aku mengambil gambar, aku sangat kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini. bagaimana Dia boleh menjadikan effect daripada matahari sedemikan rupa. Bagaimana Dia boleh membentuk awan yang begitu cantik. Sungguh Dia Maha Berkuasa. Mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki sedangkan perkara itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Betapa kerdilnya kita di sisi-Nya. Kita hanya insan yang lemah yang sangat-sangat memerlukan pertolongan Dia di dunia ini. Tanpa Dia, bagaimanalah keadaan kita? Tanpa Dia, bolehkah kita hidup seperti hari ini?

Selepas Maghrib dan masuk pula Isya', aku dan 2 lagi kawan pergi ke rumah Mail untuk bermain badminton. Kitorang naik kereta bersama abang mail untuk memudahkan urusan. Sampai di gelanggang, kami mula bermain badminton. Mula-mula, aku terasa seperti kekok bermain di sana memandangkan ini pertama kali aku bermain di gelanggang yang begitu banyak dan juga terbuka.

Teruk! Itulah yang boleh diklasifikasikan diri aku semasa bermain badminton tadi disebabkan sudah berbulan lamanya au tidak bermain badminton. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku bermain badminton. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini minat untuk aku bersukan sudah berkurangan. Futsal pun aku dah jarang main dengan kawan-kawan. Kalau dulu semasa sem 2, aku dan rakan rakan akan bermain futsal setiap minggu, hari Jumaat pukul 2 hingga 4 pagi!. Sekarang untuk bermain lebih sekali seminggu, aku akan berfikir berkali-kali. Tiada mood untuk aktif bersukan sekarang. Aku pun tidak tahu mengapa.

Opss, dari tadi membaca tidak ada yang berkaitan dengan tajuk ye? Begini sebenarnya, SAHABAT merangkap roomate aku, Chet hari ini akan berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menyertai Ekspedisi mendaki gunung kinabalu anjuran kementerian pengajian tinggi. Beliau dijangka balik semula ke JB ini pada pagi Sabtu. Jika diikutkan hati, aku pun hendak menyertai program ini. Dari kecil impian aku untuk mendaki tersemat di hati. Tetapi mungkin tiada rezeki. Program ini pun hanya memerlukan 4 orang pelajar daripada 1 kolej. Apa-apa pun, mari kita berdoa supaya kawan-kawan kita yang pergi ke sana semua sihat-sihat belaka dan tiada perkara buruk menimpa mereka. Semoga program ini ada manfaatnya kepada mereka semua.

01 November 2010

Bila tension menguasai diri

Entry kali ini aku menulis dengan keadaan diri aku yang tidak sihat. Pagi tadi, selepas aku bangun daripada tidur, terasa pinggang dan perutku sakit sangat. Selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku berbaring untuk meredakan kesakitan pinggangku. Entah kenapa pinggangku terasa begitu sakit. Mungkin kesan daripada duduk yang begitu lama. Semasa aku berbaring, tanpa disedari aku terlelap. Tidak dapat menulis entry seperti kebiasaan.

Selepas itu, aku terus pergi ke kelas dengan keadaan pinggangku yang masih terasa sakit. Hari ini pelajar Jepun ada melawat kolej aku. Tetapi aku tidak dapat menyertai program itu seperti biasa kerana kesibukan membuat SKM.

Selalunya, jika pelajar Jepun datang melawat kolej, aku dan kawan-kawan akan menyertai program ini dengan bermain dan mengajar pelajar-pelajar Jepun bermain kompang. Sewaktu hendak balik ke rumah, tiba-tiba aku dan 2 lagi kawan disuruh oleh Cik Diana mengajar pelajar-pelajar Jepun bermain takraw. Dan aku terkejut apabila melihat pelajar-pelajar yang ingin belajar bermain takraw ialah perempuan. Lengkap dengan memakai uniform sekolah mereka pula. "Tak kan nak ajar diorang dengan pakai skirt cik",kataku kepada Cik Diana. "Tak pe, ajar je. Diorang tak kisah", jawab Cik Diana. Aku dengan serba-salah pun pergi ke sekumpulan pelajar yang sedang menanti seorang jurulatih yang akan mengajar mereka bermain takraw. Lalu aku ajarlah mereka cara-cara bermain takraw. Ish, banyak dosa aku harini. Selepas aku menunaikan amanat daripada Cik Diana di tengah-tengah panas (ish, makin hitamlah aku lepas ni), aku pergi ke Cik Diana dalam keadaan berpeluh. Aku berkata kepada beliau "Haus cik". Beliau menjawab "Tak pe, nanti saye belanja minum". Sebenarnya aku tak mengharapkan apa-apa daripada beliau, tetapi beliau menunaikan kata-katanya dengan membelanja aku dan 2 orang kawan air sirap bandung special dan juge burger sorang satu. Terasa segan pule. Ini kali pertama aku dibelanja oleh seorang lecturer yang berstatus bujang. Aku mengajak beliau duduk minum bersama, tetapi beliau berkata "Tak pe lah. Segan". Maklumlah, kami bertiga lelaki, dan beliau seorang perempuan. Memang wajarlah beliau bersikap demikian. Tambahan pula, beliau merupakan seorang lecturer Iqra' dan menjaga batas-batas pergaulannya.

Selepas balik ke rumah dan tidak lama selepas itu aku keluar berseorangan menuju ke Holiday Plaza atas sedikit urusan. Dalam perjalanan balik, aku telah ditahan dan disaman atas kesalahan yang memang aku lakukan. Ye, memang aku bersalah kerana aku membelok di simpang yang tidak sepatutnya aku belok. Tetapi aku tidak begitu berpuas hati dengan salah seorang anggota polis yang tidak memberi peluang kepada aku membela diri. Argh, tension aku.

Lepas balik ke rumah, aku dan kawan-kawan pergi ke kelas untuk menyiapkan SKM. Terasa sangat tension kerana kerja yang terpaksa dibuat, disaman buat pertama kali dalam hidup dan juga penat yang menguasai diri. Tiba-tiba aku jadi pendiam untuk seketika di kelas.

Selepas selesai semua urusan SKM, aku dan kawan-kawan balik ke rumah. Aku menghubungi wanita yang bertakhta di hatiku selama ini untuk memaklumkan kepadanya tentang berita aku disaman tadi. Selepas beberapa minit, aku meletakkan telefon. Perasaan tension masih menguasai diri. Terasa ingin menjerit sekuat hati. Aku keluar lalu melepaskan tensionku dengan menyepak sekuat hati bola di laman rumah. Selepas beberapa ketika, aku masuk ke rumah lalu membersihkan diri, ambil wuduk, menunaikan solat Asar. Terasa hilang tekanan yang membelenggu tadi. Alhamdulillah, cara ini berjaya mengatasi rasa tensionku.

Lebih kurang pukul 6, aku dan We pergi ke Angsana untuk mengambil laptop ku yang sudah seminggu di sana. Aku tidak kisah, walaupun jika laptopku belum siap, aku akan ambil juga hari ini. Aku tidak boleh bersabar lagi kerana aku memerlukan laptopku untuk membuat banyak kerja yang tertangguh. Dan hasilnya, aku berjaya membawa pulang laptop ku ini walaupun wifi tidak boleh digunakan. Tak pe, aku boleh download drivernye sendiri.

Dari petang selepas balik ke rumah, aku masih menginstall program-program yang aku perlukan. Walaupun keadaan diriku ini masih dibelenggu sakit pinggang yang agak terasa, aku menggagahkan diri untuk menulis entry ini. Tak mengapa, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Masih terlalu banyak kesakitan yang perlu aku tanggungi untuk menghapuskan dosa-dosaku. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan dalam sepanjang aku hidup di dunia ini sama ada sengaja ataupun tidak. Oleh itu, janganlah kita mengeluh jika kita ditimpa ujian-Nya.



p/s jangan tension selalu sebab tak baik untuk kesihatan

31 October 2010

Ada apa dengan bola?

Semalam menjadi hari yang agak sibuk bagi aku. Pagi-pagi gi kolej wat skm @ sijil kemahiran malaysia. Kat kolej aku, yang mengambil dip. tek. mesti mengambil skm juge. So, dengan automatik aku sebagai student diploma teknologi senibina mengambil skm untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kolej untuk grad.

Settle semua tu, aku dan kawan-kawan balik ke rumah sambil membungkus nasi untuk makan tengah hari. Lepas Asar, aku dan kawan-kawan pergi menziarahi seorang SAHABAT yang dijangkiti demam denggi. Kesian rasanya melihat beliau yang diuji takkala beberapa hari lagi beliau akan mengikuti program mendaki gunung kinabalu.

Selepas selesai melawat beliau, aku dan kawan-kawan pun balik rumah. Malam itu, selepas Isya', aku dan kawan-kawan pergi bermain futsal di Taman Tun. Agak jauh tetapi berbaloi kerana dapat mengeluarkan peluh yang sangat banyak malam itu. 

Selepas bermain futsal, kami balik rumah dan membersihkan diri lalu pergi ke kedai mamak untuk mengisi perut. Jam ketika itu menunjukkan pukul 12 lebih dan ketika itu perlawanan di antara mu dan tottenham. Patutla ramai kat kedai mamak ni malam ni. 

Yang menjadi perhatianku, kenapa ramai orang suke tengok bola? Walaupun aku seorang lelaki yang suka bermain bola, tetapi untuk menonton perlawanan bola sepak di televisyen, amat jarang. Pergi ke stadium, jauh sekali. Dengan rasa seriusnya aku ingin memeberitahu kalian semua, aku tak pernah pergi ke stadium! Ya, tidak pernah sama sekali. Kesian kan? Tidak perlu kasihankan aku kerana aku sememangnya tidak berkeinginan pergi ke sana walaupun stadium larkin dekat dengan rumah aku (kalau stadium old trafford, mungkin nak). Aku adalah seorang manusia yang tidak sanggup meluangkan masa aku selama 90 minit di depan televisyen hanya untuk menonton perlawanan bola sepak. Ini adalah fakta diri aku. Pada aku, tiada faedah yang aku boleh dapat selama 90 minit menonton perlawanan bola sepak. Lebih baik aku duduk rumah dan tidur @ buat perkara yang lebih berfaedah. Jangan marah kepada penonton bola sepak semua ya... ^_^



p/s tahniah kepada kelantan yang menjadi juara piala malaysia malam tadi

30 October 2010

Lelaki lemah

Petang tadi aku gi Angsana nak amik laptop kat Yes Support. Tapi bile aku sampai kat sane, technician kat sane kate kat aku? "Ala,sory dik...belum siap lagilah". Peh, terasa menyirap gile time tuh. Semalam cakap tengah hari confirm siap. Tapi petang aku datang tak siap lagi. Mentang-mentang aku bayar RM9.90 jek. Masuk hari ni, da 3 kali aku datang nak amik laptop aku tu, tiap kali datang, "lom siap lagi". Naik bosan + segan aku nak gi sane lagi. Cakap ari Rabu bole siap, tapi sampai hari Jumaat ni tak siap lagi. Ikutkan ati aku memang nak je aku sound akak tu, tapi disebabkan masih ade kesabaran dalam diri ini, aku diamkan jek. Tapi dalam hati sape tau kan? Menyirap memang la terasa, tapi nak buat cmne, da anta pun kat sane. Confirm lepas ni aku tak anta sane lagi da.

Pastu malam ni bole lak aku teremosi. Sambil buat-buat keje, borak dengan Ajiem pasal zaman sekolah yang tak pernah nak fikir mase depan. Barulah sekarang nak menyesal perbuatan yang tak boleh diubah. Barulah sekarang fikir "kenapelah aku buat macam tu dulu". Lepas borak-borak pasal kisah silam, timbul lak pasal praktikal. Ajiem tanye,"betul ke ko nak praktikal kat Kedah sane?". Aku jawab,"Insya'allah kalau dapat". Ajiem cakap lagi,"Da tu ko nak duduk kat mane?" Aku jawab,"Tak tau lagi". Aku sambung lagi,"Sebenarnya aku da lame nak gi sane and aku nak duduk jauh daripada family. Aku sebelum ni tak pernah duk jauh daripada family. Dari kecik, baru sekarang duk jauh sikit. Tu pun JB jek. Masih dalam negeri sendiri. Aku nak hidup berdikari". Ajiem cakap lagi,"Aku ingatkan ko nak mintak kat sane ade family ko duk sane". Aku cakap,"Aku rase sewa rumah kot sebab setahu aku, aku takde family yang duduk sane. Aku memang berharap sangat nak duduk sane sebab da lame aku nak gi sane". Walaupun aku berharap dapat praktikal kat Kedah, sebenarnya ade sebab kenape sangat nak duk jauh kat sane. Tapi biarlah aku dan Ajiem (setakat ni) je yang tau sebab yang sangat utama tu. Sebabnye aku tak nak citer kat sini. Agak peribadi walaupun aku rase tak sangat.

Tu jelah aku nak citer kat sini walaupun banyak lagi sebenarnya. Tapi disebabkan emosi diri ini tidak mengizinkan, (mungkin teringat kat emak ayah di kampung) aku berhenti setakat ini. Agak lemah sebenarnya diri ini jika nak dibandingkan dengan sifat-sifat aku yang seperti tiada yang disembunyikan. Tetapi sebenarnya aku insan yang lemah, memerlukan tempat mengadu. Tetapi tiada tempat yang sesuai, aku hanya meluahkan di sini. Mungkin ada yang merasakan menulis entry sebegini hanya memalukan diri, tetapi diri ini hanyalah seorang lelaki yang lemah. Terlalu lemah jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan yang ada di sini.

28 October 2010

Berita terkini tentang Sodium Laureth Sulfate

Sebelum tu, korang kene bace entry tentang ni dulu. Kalau da bace, baru sambung yang ni. Ok, tadi sebelum gi kelas, Chet ade bagitau aku tentang Sodium Laureth Sulfate kat palmolive aku. Die kate SLS (bukan SDS ea) ni bukannye terdapat di dalam sabun mandi sahaja, tetapi juga terdapat dalam shampoo, ubat gigi dan banyak lagi. Die kate, die tak jadik nak tukar palmolive aku dengan shokubutsu die. Tak pe la, lebih berharga kawan daripada bende tu an. So, tak tukar pon tak pe.

Berbalik kepada SLS, Chet cakap lagi banyak effect yang boleh kite dapat kalau gune barang yang mengandungi SLS ni. Sebab tu die tak jadik nak tukar shokubutsu die dengan palmolive aku. Ok, bile die cakap je bukan dalam sabun jek ade SLS ni, aku terus tengok barang-barang aku. Dan aku terkejut bila tengok kat shampoo aku pon ade SLS jugak. So, lepas ni memang tak ar aku nak gune shampoo tu an.

Lepas tu, aku search kat internet, memang ternyata SLS ni banyak memberi kesan buruk terhadap diri manusia. Di antaranya ialah kerosakan kulit, kerosakan mata sementara, keguguran rambut, kerosakan hati dan banyak lagi. Kalau korang tak percaya, korang search sendiri. Ish, memang sungguh tidak diduga. Sebelum ni memang tak mengambil berat tentang ni semua, walhal beli air tengok ade tande halal, ok jek.

Tetapi setelah menginjak dewasa dan mahu memikir tentang kesihatan diri, kini aku lebih berhati-hati dalam membeli barang. Marilah kita bersama-sama mengelakkan daripada menggunakan barangan yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate untuk kesihatan diri. Jangan menyesal di kemudian hari. Mengelak lebih baik daripada merawat.

Wallahualam...